Aktivis Muslimah: Antara Hijab dan Purdah
Segala puji bagi Allah swt, selawat dan salam ke atas rasulnya Muhamad saw.
Lanjutan daripada perbincangan mengenai hukum memakai niqab (purdah) bagi wanita
Islam, timbul persoalan bagi wanita yang terlibat aktif dengan dakwah. Yang manakah
lebih baik antara memakai purdah (menutup seluruh badan termasuk muka dan tangan) atau
memakai hijab (menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tangan).
Seperti yang disebut sebelum ini, Syeikh Yusof al-Qardhawi mentarjihkan pandangan yang
mengatakan wanita Islam wajib menutup seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan.
Inilah pandangan jumhur ulama semenjak zaman sahabat r.a. Syeikh Abdul Sattar Fathullah Said
(seorang prof di Universiti al-Azhar) yang merupakan seorang ulama dalam gerakan Ikhwan Muslimin
di Mesir juga mempunyai pandangan yang sama. Syeikh Abdul Sattar berpendapat hijab diwajibkan
ke atas wanita Islam dan memakai purdah adalah fadhilah bukan wajib. Adalah tersasar pandangan
yang mengatakan berpurdah merupakan satu bida’ah dalam agama.
Berdasar huraian di atas, kedapatan wanita muslimah yang aktif dalam dakwah ingin memakai purdah
kerana status ‘fadhilah’ seperti yang disebut oleh Syeikh Sattar Fathullah. Saya berpandangan bagi
wanita Islam yang aktif dengan dakwah beramal mengikut pandangan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi
seperti katanya:
ูุฃูุถู ููู
ุณูู
ุฉ ุงูู
ุดุชุบูุฉ ุจุงูุฏุนูุฉ:ุฃูุง ุชูุชูุจุ ุญุชู ูุง ุชุถุน ุญุงุฌุฒูุง ุจูููุง
ูุจูู ุณุงุฆุฑ ุงูู
ุณูู
ุงุชุ ูู
ุตูุญุฉ ุงูุฏุนูุฉ ููุง ุฃูู
ู
ู ุงูุฃุฎุฐ ุจู
ุง ุชุฑุงู ุฃุญูุท
Maksudnya: Dan adalah afdhal bagi wanita muslimah yang terlibat dengan aktiviti dakwah bahawa dia
tidak memakai purdah (niqab) kerana (dengan memakai purdah) boleh menjadi penghalang antara dia
dengan wanita-wanita Islam yang lain. Maslahah (kepentingan) dakwah adalah lebih utama di sini
daripada mengambil pandangan yang dilihatnya lebih berhati-hati.
Semoga Allah swt mengurniakan keberkatanNya untuk kita semua.
Sekian, Wallahu A’lam.
Rujukan
1) Website Syeikh Yusof al-Qaradhawi.
2) Muhadharah Syeikh Abdul Sattar Fathullah Said.
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha Majlis Ulama Isma
Pautan ke soalan:ย Hukum Pemakaian Niqab (Purdah)
terlupa satu point, qaradhawi menggunakan perkataan “afdhal” (lebih baik), bukannya perkataan yang sahih, atau yang betul dsbnya.
sekian
s/u
w’salam;
seperti yg telah disebut dalam perbincangan mengenai hukum pakai purdah atau niqab sebelum ini, ia adalah masalah khilaf (perselisihan ulama). mengikut syeikh al-qaradhawi, jika ditulis buku baru bagi membincang masalah ini, ia tetap tidak dapat menyelesaikan masalah khilaf ini. Syeikh Qaradhawi memilih (preference) pandangan tertentu tetapi tidak menyalahkan pandangan lain.
Sebagai kesimpulan, masalah yg ditanya adalah masalah khilaf yg tiada garis penamat. Oleh itu wajar bagi setiap pihak sama-sama menghormati pandangan pihak lain.
s/u muis
salam.. ana nak bertanya pendapat… adakah menjadi suatu kewajipan bagi muslimah yang berpurdah untuk terus berpurdah (istiqomah & tidak bisa buka purdah itu dihadapan ajnabi)?
bagaimana pula dengan mereka yang berpurdah, tetapi buka apabila menghadiri program2 spt khidmat masyarakat… dsb.. salahkah?
-hamba kerdil-
Rasulullah s.a.w. adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di muka bumi ini entah berapa ribu juta trillion manusia ni ada seorang di dunia ni namanya Muhammad Bin Abdullah s.a.w.
Beliau telah dilantik menjadi nabi bila umur dia 40 tahun. Waktu dia beranak jadi 40 tahun belum jadi nabi ni dia beranak, bonda dia mak dia Siti Aminah tak tahu anaknya ini akan dilantik menjadi nabi.
Sebagaimana yang disebut minggu lepas, kita menyambut maulid nabi, maulid nabi ni kerja tak sudah. Jangan ingat bila kita sambut maulid nabi ni selesai masalah.
Kalau Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa Muhammad Muhammad lain. Kat kampung kita ada Muhammad,situ ada Muhammad, ada Mat, orang Melayu Kelantan panggil Mat, Mat anak kita, Mat budak kampung kita dengan Mat Bin Abdullah di Tanah Arab tu waktu dia beranak serupa aja. Yang jadi masalah, yang jadi kita dengan dia peringkat rapat ni setelah 40 tahun kemudian bila beliau jadi nabi dengan turunnya ayat Iqra’
Artikel penuh di http://hanifsalleh.blogspot.com/2010/02/tok-guru-oh-tok-guru.html
Sila ziarah http://fakehkhalifah.blogspot.com untuk mendapat artikel-artikel seumpama ini