BeritaUtama

Penjajahan dalaman lebih bahaya daripada penjajahan fizikal

 

merdeka 57

IPOH, 30 Ogos- Penjajahan berbentuk dalaman atau menjadi minda tawanan adalah lebih berbahaya berbanding penjajahan berbentuk fizikal kerana jajahan dalaman berbentuk diperhambakan otak dan pemikirannya berbeza penjajahan luaran yang sekadar rompakan kekayaan.

Demikian ujar Timbalan Mufti Perak, Sohibul Fadhilah Ust Zamri Hashim dalam teks khutbah jumaat yang dibaca olehnya di Masjid Sultan Idris Shah II, Perak semalam.

“Satu fenomena baru yang lebih buruk daripada penjajahan (luaran) iaitu perhambaan terselubung dan ia juga dikenali sebagai berjiwa hamba tetapi bukan hamba kepada Allah”

“Maka lahirlah golongan rakyat yang hidup di negara merdeka tetapi mempunyai jiwa hamba dan mempunyai minda yang masih tertawan” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Tertinggi Majlis Ulama ISMA (MUIS) turut berkata antara tanda orang yang terjajah mindanya adalah rakyat muslim yang tidak merasa Izzah (mulia) dengan Islam yang dia ada, tidak merasa mulia jika negara ini dikaitkan dengan Islam bahkan bersungguh-sungguh menyetujui gagasan sekularnya negara ini.

“Dia tidak sedar bahawa sekali kita menyetujui gagasan sekularnya Negara ini, selama-lamanya kita tiada punya lagi landasan untuk menuntut syariah dilaksanakan dalam kehidupan”

Ujarnya lagi kelompok sebegini boleh diibaratkan sebagai “sarjana-sarjana” burung kakak tua yang hanya tahu meniru , tidak memiliki keaslian intelektual bahkan merelakan diri untuk dijajah selamanya.

“Mari kita merdekakan diri dan mengisi kemerdekaan Malaysia dengan kembali kepada syariat Islam dan kita mulakan kesepakatan itu mulai sekarang.” Seruan beliau kepada seluruh umat Islam sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-57.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *