Soalan :
AssalamualaikumĀ ustaz, ada rakan bertanyakan kepada saya berkenaan kelebihan meninggal dunia pada hari jumaat.
Adakah benar mereka yang meninggal dunia pada hari tersebut akan dijauhkan daripada azab kubur?
Minta pandangan ustaz.
Jawapan :
Ų§ŁŲŁ ŲÆ ŁŁŁ Ų±ŲØ Ų§ŁŲ¹Ų§ŁŁ ŁŁ, ŁŲØŁ ŁŲ³ŲŖŲ¹ŁŁ, ŁŲ§ŁŲµŁŲ§Ų© ŁŲ§ŁŲ³ŁŲ§Ł Ų¹ŁŁ أؓر٠اŁŲ£ŁŲØŁŲ§Ų” ŁŲ§ŁŁ Ų±Ų³ŁŁŁ, Ų³ŁŲÆŁŲ§ Ł ŲŁ ŲÆ ŁŲ¹ŁŁ Ų¢ŁŁ ŁŲµŲŲØŁ ŁŁ Ł Ų§ŁŲ«ŲÆŁ ŲØŁŲÆŁŁ ŁŲ§Ų³ŲŖŁ ŲØŲ³ŁŲŖŁ Ų„ŁŁ ŁŁŁ Ų§ŁŲÆŁŁ, أ٠ا ŲØŲ¹ŲÆ,
Diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi didalam sunan-nya hadith daripada Abdullah bin Amru, beliau berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : āTiada seorang pun daripada kalangan orang muslim yang meninggal dunia pada hari jumaaat atau pada malam jumaat melainkan dia dipelihara oleh Allah s.w.t daripada azab kubur.ā
Pandangan ulamaā berkenaan taraf hadith :
- Berkata Abu Isa : Hadith ini dhoāif (gharib) dan sanadnya (rantaian perawinya) tidak bersambung.
- Imam Ibnu Hajar Al-Athqolani pula berkata bahawa hadith ini daripada kategori hadith dhoāif
- Imam Al-Albani pula berpendapat bahawaĀ hadith ini daripada kategori hadith hasan atau sahih jika dilihat dari seluruh jalan periwayatan (bermaksud hadith ini diriwayatkan melalui banyak jalan periwayatan dan masing-masing menyokong antara satu sama lain lalu mengangkat taraf hadith ini daripaada dhoāif kepada hasan atau sahih mengikut kaedah ilmu hadith.)
Secara keseluruhan, kebanyakan ulamaā hadith berpendapat bahawa hadith ini adalah hadith dhoāif (lemah).Maka hadith dhoāif tidak boleh dijadikan sandaran dalam perkara yang berkaitan dengan aqidah (kerana azab kubur merupakan perkara ghaib yang wajib diimani dan merupakan sebahagian dari pegangan aqidah umat islam).
Walaupun hadith dhoif masih lagi didalam kategori hadith yang diterima, namun antara syarat untuk beramal dengannya adalah tidak meyakini sepenuhnya ia datang dari Nabi s.a.w. Dalam erti kata yang lain, kita tidak boleh meyakini 100% bahawa orang yang meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam jumaat akan dipelihara oleh azab kubur merujuk kepadataraf hadith tersebut.
Kerana sesungguhnya apa yang membantu seseorang muslim itu didalam kubur nanti adalah amalannya, bahkan ramai daripada kalangan Sahabat -radhiallahu āanhum- yang meninggal dunia pada hari selain daripada hari jumaat. Saidina Abu Bakar r.a sendiri meninggal dunia pada hari selasa menurut satu riwayat akan tetapi beliau sendiri telah dijanjikan syurga baginya.
Sebahagian ahli ilmu pula maenjadikannya sebagai tanda-tanda husnul khatimah bersandarkan kepada hadith ini.
Maka seadil-adil pegangan dalam perkara ini adalah sekiranya muncul tanda-tanda seperti ini maka sebagai seorang muslim kita tidak boleh mengatakan secara pasti bahawa si mati dijauhkan dari azab kubur, akan tetapiĀ tidak salah untuk merasa tenang dengan pemergiannya pada hari yang mulia ini,
begitu juga sebaliknya, kita tidak boleh berkeyakinan bahawa jika tidak muncul tanda-tanda husnul khatimah (meninggal dunia pada hari jumaat atau malam jumaat) pada si mati, maka secara pasti dia bukan daripada kalangan orang-orang soleh dan dikenakan azab kubur kerana perkara ini tergolong dalam perkara-perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t sahaja.
Firman Allah s.w.t Ā di dalam surah Al-Luqman ayat ke 24 :
āSesungguhnya hanya disisi Allah ilmu tentang hari kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada di dalam Rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok, dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui dibumi mana dia akan mati.Sungguh, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.ā
Sesungguhnya manusia tidak mengetahui dimana dan bila dia akan mati kerana ilmu tentang kematian milik Allah s.w.t secara mutlak.Oleh sebab itu,yang lebih penting bagi seorang hamba itu adalah beramal dengan amal yang soleh serta mencari keredhaan-Nya dalam setiap perkara yang dilakukan.
Wallahuaālam.
Ā Ā Ust Shairawi bin Mohd Noor Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)
[Sumber rujukan]
- Fatwa Asyabakah Al-Islamiah, No. 5278, 28696, 57241, 72241.
- Fatwa Al-Azhar ; Ad-Duktur Atiyyah Saqr.
- Umdatul Qariā Syarh Sohihul Bukhari.
- Syarh Sohihul Bukhari li-Ibni Abi Bathol.
- Tuhfatul Ahwazi.
- Fatwa Mauqiā Al-alukah.
- Fatwa Nur āAla Al-Dari li-Ibnu Uthaimin.

