Mencukur kening bagi wanita
Saya ingin bertanyakan satu soalan iaitu hukum mencukur kening untuk dilihat suami.minta ustaz perjelaskan tentang hukum tersebut beserta dalil dari Al-Quran dan hadis.-sukri
Bismillahirrahmanirrahim,
βDan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang.sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.ββ (Ar βrum 30:21)
Isteri yang bijak dan sensitif tidak lupa bahawa salah satu perbuatan mulia yang boleh dilakukannya dalam hidup ini sesudah mengabdikan diri kepada Β Allah ialah berjaya dalam hubungannya dengan suaminya dan berjaya menggembirakan hati suami,supaya jauh di sudut hati suami ,dia merasa gembira berkahwin dengannya serta dapat menikmati hidup bersamanya dan menjadi temanya.Ini adalah diantara saranan wahyu kepada kita sebagai seorang isteri.
Sebagai seorang isteri ,wanita tetap tidak melupai bahawa dia adalah kenikmatan yang paling besar di dunia ini untuk suami jika dia tahu bagaimana hendak menghubungkan dirinya dengan suami.Jika dia melupai peranan yang hebat ini maka dia adalah punca kesedihan dan kesusahan bagi suami sebagaimana dinyatakan dalam sanda Rasulullah S.A.W
βTiga perkara yang menjadikan Bani Adam bahagia,dan tiga perkara yang mencelakakan dia.Tiga perkara yang membahagiakan Bani Adam ialah isteri yang baik,rumah yang baik dan kenderaan yang baik;manakala tiga perkara yang membuatnya celaka ialah isteri yang buruk,rumah yang buruk dan kenderaan yang burukββRiwayat Ahmad 1/168 para perawinya ialah rijal as sahih
Kelihatan cantik dan menarik di depan suami termasuk salah satu ajaran Islam supaya suami melihatnya dengan hati yang gembira
Persoalannya .Apakah hukum isteri mencukur kening untuk di lihat suami?
Dari pengamatan kita semua ,bahagian kening iniΒ telah punΒ menjadiΒ salah satu bahagian tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa sejak dari zaman nabi lagi. Di zaman kini perkara yang membabitkan pengubahsuaiannyaΒ makin berleluasa, bahkan sudahpun menjadi satu trend kini.
Para suami hendaklah memahami tuntutan dan tanggungjawab dalam keluarga sebelum terpedaya dengan pakej kecantikan untuk dihadiahkan kepada isteri tercinta.
Antara hadis yang melarang perbuatan mencukur keningΒ ialah hadisΒ daripada Abdullah bin MasudΒ daripada RasulullahΒ S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka ( al Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabutbulu keningnya( al Mutanammisah),wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah” . Riwayat ( al Bukhari ,Muslim ,Abu Daud)
Laknat Allah adalah ke atas perbuatan yang di larang.Tidak terkena laknat Allah jika sekiranya perbuatan itu di benarkan syarak.
Suasana hari ini tidak boleh dinafikan bahawa ada dikalangan kaum wanitaΒ diuji Allah dengan memiliki kening yang bermasalah dari segi lebat , panjang danΒ nipisnya atau bulu kening yang bersambung antara kanan dan kiri.Hal tersebut menyebabkan luar biasa bagi pandangan suami.
Sekiranya suami mengizinkanΒ si isteri mencukur kening yang tumbuh luar biasa ituΒ sekadar untuk tidy up.Teserlah kebersihan kening,hal yang demikian di bolehkan ,kerana ia tidak termasukΒ mengubah ciptaan Allah.IniΒ termasuk perihal perhiasan wanita yang boleh menggembirakan hati suami .Kecantikan wajah isteri di hatiΒ suami akan menambahkan lagiΒ mawaddah antara suami isteri,ini sebahagian tuntutan dalam Islam.
Keharusan ini ditujukan kepada wanita yang mempunyai bulu kening yang luar biasa lebatnya dan panjangnya.Keharusan ini juga adalah untuk wanita tersebut memendekkan kening supaya nampak kemas dan bersih.
Perhatian ! Pekara ini hanya di benarkan bagi wanita yang telah berumahtangga.Sekiranya wanita yang belum berumahtangga tetap tidak dibenarkan.Sekiranya di lakukan juga maka wanita tersebut telah melakukan penipuan terhadap perihal wajahnya yang sebenar,lebih-lebih lagi jika dia didatangi oleh wakil untuk meminang.
Suami isteri sepatutnya saling pesan memesan diatas perkara kebaikan .Segarkan minda dengan hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin βAmr bin Al ββAs r.a di mana Rasulullah S.A.W bersabda
βDunia ini hanya perhiasan sementara,dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.β Riyawat Muslim
Wallahu βaalam.
Ustazah Hayati Mohd Zari Ahli Majlis Ulama ISMA