Ibu tiri layak mewarisi harta
Assalamualaikum,
Seorang kawan saya ada bertanya tentang suatu kes berkaitan dengan kelayakan untuk mendapatkan harta pusaka. Hal ini terjadi kepada mak tirinya. Adakah dia layak mewarisi pusaka dari ayahnya yang telah kembali ke rahmatullah, sedangkan semenjak ayahnya sakit lebih kurang 2 bulan emak tirinya itu telah pergi meninggalkan rumah dan ayahnya tanpa izin suami. Sebelum itu juga suaminya telah berazam untuk mencerainya sebelum ia jatuh sakit.
Sekian semoga mendapat penjelasan.
Akhukum fillah
Hamzah
Jawapan:
Ibu tiri merupakan salah seorang pewaris harta pusaka yang sah. Beliau berhak mewarisi sebanyak 1/6 daripada peninggalan jika si mati ada anak dan 1/3 jika tiada anak.Hasrat si mati untuk menceraikan isteri tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang hak ibu tiri berkenaan mewarisi harta pusaka selagi mana tiada bukti yang menunjukkan berlaku perceraian. Begitu juga dakwaan ibu tiri meninggalkan rumah tanpa izin suaminya perlu diselidiki dan tidak boleh dijadikan sebab yang menghalang daripada mewarisi harta pusaka berkenaan.
Wallahualam.
Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel MUIS
jazakumullah kpd Abdullah di atas pembetulan yg dibuat
s/u muis
Isteri berhak mendapat 1/4 kalau tiada anak dan 1/8 kalau ada anak dgn nas al-quran (an-nisa': 12), bukannya 1/6 dan 1/3.