Ulasan karakter berdasarkan bulan kelahiran (kalendar masihi & hijri)
Salam.
Saya mempunyai satu kemusykilan. Jika mempercayai horoskop adalah dilarang, bagaimana pula dengan karakter seseorang individu yang diulas berdasarkan tarikh lahirnya atau bulan kelahirannya (berpandukan kalendar masihi dan/atau hijri)?
Berdasarkan pemahaman saya, horoskop adalah ramalan yg dibuat on daily/monthly basis. Mungkin di sinilah titik perbezaan antara horoskop dan ulasan karakter yang saya nyatakan seperti di atas (kerana ulasan mengikut bulan kelahiran tidak berubah-ubah).
Saya berminat untuk mengutarakan persoalan ini kerana semasa di sekolah dahulu, badan agama ada menerbitkan majalah yang mana antara isi kandungannya adalah ulasan karakter mengikut bulan kelahiran (masihi).
Akhir-akhir ini pula, saya bertemu kes di mana terdapat individu yang menghukum /mengiyakan apa yang berlaku terhadap individu tertentu (pada masa sekarang) berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan dalam ulasan karakter mengikut bulan hijri.
Misalnya, dinyatakan A lahir dalam bulan beta adalah seorang yang jika jahat, adalah terlalu jahat dan jika baik, adalah terlalu baik. Maka individu B menjustifikasikan sikap A pada masa sekarang yang teramat baik adalah bertepatan dengan ulasan yang dibacanya itu.
Jazakumullahu khair.
Jawapan:
Mengetahui karakter seseorang melalui tarikh lahir adalah bercanggah dengan ajaran al-Quran danย hadis nabi saw seperti yang telah dijelaskan oleh para ulama. Antara hujah yang digunakan ialah:
1) Maksud firman Allah swt: Katakanlah: “Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahuiย perkara yang ghaib, kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.ย Al-Naml – 65
2) Maksud firman Allah swt:ย Katakanlah: “Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku danย tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. dan sekiranya Aku mengetahuiย yang ghaib, tentulah Aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan Aku tidak akan ditimpaย kemudharatan.ย Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orangย yang beriman”. Al-A`raf-188
3) Sabda Nabi saw:
“ู ู ุฃุชู ุนุฑุงูุง ูุณุฃูู ุนู ุดุฆ ูู ุชูุจู ูู ุตูุงุฉ ุฃุฑุจุนูู ูููุฉ” ุฑูุงู ู ุณูู ุนู ุจุนุถ ุฃุฒูุงุฌ ุงููุจู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู .
Maksudnya:ย Sesiapa yang berjumpa dengan tukang tilik lalu bertanya tentang sesuatu tidak diterima solatnya 40 hariย (Riwayat Muslim)
4) Sabda Nabi saw:
” ู ู ุฃุชู ุนุฑุงูุง ุฃู ุณุงุญุฑูุง ุฃู ูุงููุงุ ูุคู ู ุจู ุง ููููุ ููุฏ ููุฑ ุจู ุง ุฃูุฒู ุนูู ู ุญู ุฏ ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ” ุฑูุงู ุงูุทุจุฑุงูู ุนู ุงุจู ู ุณุนูุฏ ูุฑุฌุงูู ุซูุงุช.
Maksudnya: Sesiapa yangย ย berjumpa dengan tukang tilik atau ahli sihir atau ahli agama bukan Islam lalu beriman dengan tilikannya sesungguhnya ia telah kufur dengan apa yang diturunkanย ย kepada nabi Muhammad s.a.w. (Riwayat at-Tabarani daripada Ibnu Mas’ud dan perawinya adalah thiqah).
Pemikiran mengaitkan nasib manusiaย ย mengikut tarikh lahir mereka adalahย ย pemikiran jahiliyyah tidak disokong oleh nas dan aqal, tidak diasaskan oleh agama dan ilmu pengetahuan. Satu persoalan yangย ย amat basic dalam pemikiran kita ialah: Kita tidakย ย boleh memilih tarikh lahir kita sendiri.
Kenapa fenomena ini tersebar:
1-ย ย ย ย kekosongan akal dan jiwa manusia yang tidak dipenuhi. Kekosongan ini diambil alih oleh kebatilan seperti kata hikmah: sesiapa yang tidak memenuhi jiwanya dengan kebenaran ia akan dipenuhi oleh kebatilan.
2-ย ย ย ย Keresahan jiwa dan ketiadaan rasa ketenangan dalaman. Penyakit yang melanda dunia hari ini. Padahal umat Islam memiliki keimanan, kerana Ketenangan bersama dengan keimanan dan zikir.
3-ย ย ย ย Kelemahan kesedaran beragama yang sebenar.
Rujukan: Islam Online
Sekian
Ust Razali Musa
Ahli Panel MUIS
kalau baca buku psikologi karakter manusia ada 4
1)jenis mahu manang sendiri
2)tenang dan suka relaks
3)orang yang teliti dan banyak bermain emosi
4)orang yang sukakan perhatian & selalu mendominasi perbualan
karakter boleh berubah jika seseorang itu mahu dan islam menyeru kepada berbuat baik… kalaulah, saya dilahirkan dalam bulan yg mana karakternya menunjukkan org yg jahat, maka sedihlah saya kerna saya seakan-akan pasti berada dalam nerakaNya… kalaulah, saya lahir dalam bulan yang orang baik tidaklah terlalu baik dan jahat tapi tidak terlalu jahat, saya pasti juga sedih kerna masih berpeluang merasa azab nerakaNya… Wallahu’alam ikhwah fillah sekalian… Mungkin kita rasa tak layak nak masuk syurgaNya, tapi janganlah sekali-kali mengharapkan untuk berada di nerakaNya, jadi, nak tak nak, menjadi baik itu satu kewajipan bagi orang2 yang berfikir… insyaAllah… ummat memerlukan perubahan kalian! =)
haah, tertarik dengan soalan ni. rasanya jawapan 1 hingga 4 lebih menjawab kepada soalan horoskop, bukan kepada karekter bulan kelahiran sebagaimana soalan
http://www.jomlayan.com/mybb/rahsia-bulan-kelahiran-mengikut-kajian-25-tahun-dr-fadhilah-kamsah-t-19105.html
Setakat mana kebolehpercayaan kajian yang dibuat oleh Dr. Fadzilah? Adakah kajian Dr Fadzilah tersebut telah dibentang dalam mana-mana conference dan hasil kajiannya telah diterima oleh ilmuan-ilmuan yang berautoriti?
sy ingin menambah sedikit.penceramah motivasi terkemuka, Dr. fadzilah kamsah juga ada mengeluarkan karakter2 berdasarkan bulan kelahiran…tetapi ia dibuat berdasarkan kajiannya selama beberapa tahun…dan selama kajiannya itu…org yg lahir pd bulan sekian mempunyai satu segi kesamaan yg disenaraikan oleh beliau.jadi,kalu begitu bagaimana pula?