Perkiraan mendapat rakaat solat Jumaat
Assalamualaikum ustaz,
Bagaimana caranya kita nak sembahyang Jumaat sekiranya kita terkemudian dari Imam. (datang lewat).
i. Imam dah habis rakaat pertama.
ii. Imam masuk rakaat ke 2 eg duduk tahyat. Terima kasih
Jawapan:
Ψ§ΩΨΩ Ψ― ΩΩΩΨ ΩΨ§ΩΨ΅ΩΨ§Ψ© ΩΨ§ΩΨ³ΩΨ§Ω ΨΉΩΩ Ψ±Ψ³ΩΩ Ψ§ΩΩΩΨ ΩΨΉΩΩ Ψ’ΩΩ ΩΨ£Ψ΅ΨΨ§Ψ¨Ω Ψ£Ψ¬Ω ΨΉΩΩΨ ΩΨ¨ΨΉΨ―:
Solat Jumaat diwajibkan ke atas lelaki, baligh, berakal dan bermastautin. Di sisi Islam hari Jumaat juga disebut sebagai “Ψ³ΩΨ― Ψ§ΩΨ£ΩΨ§Ω ”. Sehubungan itu, Muslim dituntut menggiatkan amalannya pada malam dan hari jumaat seperti membaca al-Quran, berzikir, bersedekah, beristigfar termasuklah bersegera ke masjid bagi menunaikan solat fardhu Jumaat. Namun soalan yang diajukan berkaitan bagaimanakah sekiranya berlaku kelewatan dan hanya sempat bertahiyyat akhir bersama imam.
Merujuk kepada hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a baginda saw bersabda:
Maksudnya: “ Sesiapa yang memperolehi satu rakaat sesungguhnya ia memperolehi kesemuanya”
( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Dalam hadith yang lain, baginda saw bersabda:
Maksudnya: “ sesiapa yang memeprolehi satu rakaat daripada solat jumaat, maka lengkapkan rakaatnya dan sempurnalah sembahyangnya”
(Riwayat al-Nasa`I, Ibn Majah dan Darulqutni).
Berasaskan dalil-dalil di atas, jelas menunujukkan bahawa seseorang itu perlu menambah satu rakaat sahaja lagi sekiranya ia sempat memperolehi satu rakaat bersamaan imam. Sekiranya seseorang ia hanya sempat bersama imam selepas daripada ruku` pada rakaat kedua hendaklah ia melengkapkan empat rakaat seperti sembahyang zohor tanpa memerlukan niat yang baru. Inilah pendapat kebanyakan sahabat seperti Ibn Mas`ud, Ibn Umar dan juga imam mazhab al-Syafi`I, al-Maliki dan al-Hanbali. Abi Syuja` di dalam teksnya menyatakan
“Ω Ω Ψ£Ψ―Ψ±Ω Ψ±ΩΩΨΉ Ψ§ΩΨ«Ψ§ΩΩΨ© Ψ£Ψ―Ψ±Ω Ψ§ΩΨ¬Ω ΨΉΨ© ΩΩΨ΅ΩΩ Ψ¨ΨΉΨ― Ψ³ΩΨ§Ω Ψ§ΩΨ₯Ω Ψ§Ω Ψ±ΩΨΉΨ© ΩΨ₯Ω Ψ£Ψ―Ψ±ΩΩ Ψ¨ΨΉΨ―Ω ΩΨ§ΨͺΨͺΩ ΩΩΨͺΩ Ψ¨ΨΉΨ― Ψ³ΩΨ§Ω Ω ΨΈΩΨ±Ψ§ Ψ£Ψ±Ψ¨ΨΉΨ§”
Maksudnya : Sesiapa yang sempat rukuk kedua ia telah memperolehi jumaat maka hendaklah ia sembahyang satu rakaat lagi selepas imam memberi salam, dan jia ia hanya sempat selepas daripada itu maka luputlah daripadanya (jumaat),hendaklah ia menyempurnakanya empat rakaat zohor selepas imam memberi salam
Sekalipun begitu, ada kalangan ulama yang berpendapat mereka yang sempat solat bersama imam, ia telah memperolehi Jumaat, maka baginya perlu melengkapkan dua rakaat sahaja sebagaimana solat jumaat. Pendapat ini dipelopori oleh Imam al-Hanafi.
ΩΨ§ΩΩΩ Ψ£ΨΉΩΩ Ψ¨Ψ§ΩΨ΅ΩΨ§Ψ¨
Rujukan;
Muhgni al-Muhtaj, jld.1
Al-Fiqh al- Manhaji, jlid.1
Fiqh al-Sunnah, jld.1
Subulul al-Salam, jld.2
Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel MUIS
assalamualaikum ustaz..
pernah saya terfikir bagaimana dengan niat jika kena sempurnakan 4 rakaat pula, tp alhamdulillah, persoalan ini sudah terjawab..
erm.. tp ustaz, mendengar khutbah tu salah satu syarat kan.. kalau datang lambat tu, kira tak dengar khutbah dah, abih jadi macam mana?