LOGO RASMI MUIS

IRSYAD melambangkan bimbingan, panduan dan petunjuk ke arah kebenaran. Ia mencerminkan peranan MUIS sebagai gerakan ilmuan yang membimbing masyarakat dengan ilmu, hikmah dan kefahaman Islam yang sahih.

Makna Irsyad selari dengan usaha MUIS menghimpunkan para ulama, ilmuwan dan asatizah serta menggerakkan peranan mereka dalam masyarakat melalui pendekatan Islam Wasatiy, berteraskan nilai Rabbani, Seimbang, Menyeluruh, Berprinsip dan Membina Peradaban.

Warna Hijau Olive dipilih kerana menampilkan identiti yang tenang, matang dan berwibawa, di samping menggambarkan keseimbangan serta kesinambungan dengan tradisi Islam.

Logo rasmi MUIS disediakan untuk kegunaan penerbitan, program, bahan media dan urusan rasmi yang berkaitan. Sila gunakan logo dalam bentuk asal tanpa mengubah elemen utama identitinya.

Scroll to Top