MUIS: Institusi Ilmuan
Membimbing Ummah
Menghimpunkan ulama dan asatizah dalam satu jaringan tersusun bagi memperkukuh
kefahaman Islam dalam masyarakat mengikut manhaj yang Wasatiy.
PENGENALAN MUIS
Menghimpunkan Ilmuan & Membimbing Masyarakat
MUIS ialah sebuah inisiatif yang mengumpulkan asatizah dan ulama dalam satu gerakan tersusun, bagi mengarusperdanakan kefahaman Islam Wasatiy serta memimpin umat menghadapi cabaran pemikiran dan kehidupan semasa dengan panduan yang sahih, seimbang dan berprinsip.


KEPIMPINAN AWAL
Ditubuhkan sekitar tahun 2010 sebagai satu inisiatif mengumpulkan para ulama dan ilmuan dalam satu gerakan yang tersusun bagi memperkukuh kefahaman Islam dalam masyarakat.
Pada peringkat awal, MUIS bergerak di bawah pengurusan pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia dan dipimpin oleh Profesor Dato’ Dr. Haji Aznan bin Hasan sebagai pengerusi pertama, dalam usaha membina asas jaringan ulama dan dakwah secara lebih tersusun.
GERAKAN ULAMA NASIONAL
Pada tahun 2019, Sahibus Samahah Dato’ Haji Zamri Hashim mengambil alih kepimpinan MUIS dan meneruskan usaha memperkukuh pertubuhan ini sebagai sebuah gerakan ulama bebas yang aktif di peringkat nasional.
Gerakan ini kemudiannya didaftarkan secara rasmi pada 26 Julai 2023 di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sebagai pertubuhan Muafakat Ilmuan Islam Malaysia.
Sejak itu, MUIS terus beriltizam menjadi suara ulama yang membawa pendekatan Islam Wasatiy, iaitu kefahaman Islam yang rabbani, seimbang, menyeluruh dan berprinsip, membimbing masyarakat menghadapi cabaran semasa umat dan negara.


Teruskan mengenali hala tuju MUIS melalui Visi & Misi pertubuhan...
