Potong kuku dan rambut dalam keadaan hadas besar
Assalamualaikum ustaz,
Bolehkah seorang perempuan yang sedang dalam haid atau hadas besar memotong kuku dan memotong rambut?
Jawapan:
الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام علي أشرف الأنبياء و المرسلين
:وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد
Mengikut Syeikh Soleh Munjid, permasalahan ini biasanya timbul daripada fahaman salah bahawa kuku dan rambut yang dipotong dalam keadaan seseorang sedang berjunub, haid atau nifas akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tidak suci. Fahaman ini adalah tidak benar. Sebenarnya tiada dalil yang mengharamkan seseorang memotong kuku dan seumpamanya ketika dia sedang berjunub, haid atau nifas.
Dalam kitab fatwa "فتاوى نور على الدرب" oleh syeikh Ibnu Uthaimin, bahawa beliau pernah ditanya seperti berikut:
" سمعت بأن مَشط الشعر لا يجوز أثناء الحيض ، ولا قص الأظافر والغسل ، فهل هذا صحيح أم لا ؟
Maksudnya:
Saya mendengar bahawa menyikat rambut, memotong kuku dan mandi tidak harus waktu haid, adakah pandangan ini betul atau salah?
Syeikh menjawab:
هذا ليس بصحيح ، فالحائض يجوز لها قص أظافرها ومشط رأسها ، ويجوز أن تغتسل من الجنابة
Maksudnya: Pandangan tersebut adalah tidak benar. Wanita haid harus baginya memotong kuku, menyikat rambut dan juga harus baginya mandi ketika berjunub.
Sebagai kesimpulan, adalah harus bagi orang yang sedang berjunub, haid dan nifas memotong kuku, rambut dan seumpamanya. Tiada dalil sahih dan tiada pandangan ulama-ulama mazhab muktabar yang mengharamkan perbuatan tersebut.
Sekian والله أعلم
Rujukan:
1) Islamonline
2) http://www.islam-qa.com/ar/ref/101285
Disediakan oleh:
Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS
salam.."Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan akar rambut. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak. "benarkah knyataan ni n apakah dalilnye?wallahualam
salam…..sy pun ingin tahu jugak..btul ker jika kita dalam hait atau nifas jika memotong kuku atau rambut termasuk rambut2 yg gugur semasa kita mandi perlu disimpan dan dmandikan bersama2 sms mandi hadas atau mandi wajib…
sekian..terima kasih…wassalam…
Salam..
saya ingin bertanya betul ker jika dalam haid atau nifas jika memotong kuku,kuku nye perlu disimpan dan dimandi kn bersama2 semasa mandi hadas?
sekian.. terima kasih.
Salam;
Berikut adalah pembetulan terjemahan kepada jawaban Syeikh Ibnu Uthaimin seperti di atas:
Terjemahan Asal:
Maksudnya: Pandangan tersebut adalah tidak benar. Wanita haid harus baginya memotong kuku, menyikat rambut dan harus baginya mandi ketika berjunub.
Pembetulan terjemahan:
Maksudnya: Pandangan tersebut adalah tidak benar. Wanita haid harus baginya memotong kuku, menyikat rambut dan harus baginya membersihkan diri ketika berjunub.
Sekian والله أعلم
Setiausaha MUIS
Syukran ustaz atas jawapan yg diberikan. ;}
Pembetulan:
Saya ingin membuat pembetulan untuk kesimpulan kepada jawaban di atas.
Ayat asal:
Sebagai kesimpulan, adalah harus bagi orang yang sedang berjunub, haid dan nifas memotong kuku, rambut dan seumpamanya. Tiada dalil sahih dan tiada pandangan ulama-ulama mazhab muktabar yang mengharamkan perbuatan tersebut.
Diubah kepada:
Sebagai kesimpulan, adalah harus bagi orang yang sedang berjunub, haid dan nifas memotong kuku, rambut dan seumpamanya. Tiada dalil yang sahih mengharamkan perbuatan tersebut.
Sekian والله أعلم
S/U Muis
salam;
Terdapat hadis riwayat al-Bazzar dan at-Thabarani yg menyatakan bahawa Rasulullah memotong kuku pada hari Jumaat. Ada pendapat setengah ulama seperti Ibnu Hajar menyatakan sunat potong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat (pagi sebelum jumaat).
Maaf, saya tidak mengetahui secara tepat alat yg digunakan oleh Baginda untuk memotong kuku.
sekian والله اعلم
s/u muis
Bagaimana pula hari2 yg sunat untuk kita potong kuku? adakah hanya pada hari jumaat sahaja? dan adakah hadith yg mengatakan sunat memotong kuku pada hari jumaat, dan apakah alat yg digunakan oleh Baginda untuk memotong kuku Baginda?