
1. MUIS memandang serius penganjuran acara hiburan berskala besar seperti festival โRain Rave Water Music Festivalโ yang dijadualkan berlangsung di negara ini. Sebagai sebuah negara yang berteraskan identiti Islam, sebarang bentuk penganjuran acara awam wajar mengambil kira nilai, budaya dan sensitiviti masyarakat majoriti Muslim.
2. Adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk mengekalkan identiti Malaysia sebagai negara yang menjunjung nilai Islam, selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Penganjuran program berunsur hiburan melampau berisiko mencairkan nilai tersebut secara berperingkat.
3. Cara seperti ini perlu dinilai dari sudut keharmonian sosial dan sensitiviti masyarakat Melayu Islam yang merupakan majoriti penduduk. Pendekatan pembangunan negara tidak boleh mengabaikan asas nilai masyarakat tempatan demi memenuhi agenda hiburan semata-mata.
4. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, keutamaan seharusnya diberikan kepada pengurusan sumber secara berhemah. Penganjuran program berskala besar yang melibatkan kos tinggi wajar dinilai semula agar selari dengan prinsip keutamaan dan keperluan semasa rakyat.
5. MUIS menegaskan kebimbangan terhadap normalisasi budaya hedonisme yang berpotensi memberi kesan negatif terhadap pembinaan sahsiah, khususnya dalam kalangan generasi muda.
6. Sehubungan itu, MUIS menggesa pihak berkaitan untuk menilai semula penganjuran acara ini secara menyeluruh, dengan mengambil kira aspek nilai, sosial, ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
Dr Suriani Binti Sudi
Naib Yang Dipertua 2
Muafakat ILMUWAN Islam (MUIS)
