Utama

Biodata Ust Dr Soberi Awang

Kelahiran

  • Nama: Mohd Soberi bin Awang
  • Lahir pada 11 Ogos 1964
  • Tempat lahir: Kampung Besut, Daerah Kemaman, Terengganu
  • Membesar dalam suasana pondok – Taman Islam, Kg Bakau Tinggi, Kemaman, Terengganu. Pondok Pengajian Taman Islam ini telah diasaskan semenjak tahun 1977 oleh Haji Sulaiman bin Ashari, Haji Zawawi bin Abdullah dan Haji Shafie bin Muda.

Pendidikan

  • Beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Chukai (1971-1976)
  • Bersekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Al-Falah yang beraliran bahasa Arab (1977-1979)
  • Kemudian, menyambung pelajaran di Darul Uloom Nadwatul Ulama, Lucknow India dan Darul Uloom Deoband, India.
  • Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir di dalam bidang Usuluddin (Dakwah dan Thaqafah) 1988
  • Ijazah Sarjana Lanjutan di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan (Ekonomi Islam) 1997
  • Manakala ijazah PhD beliau adalah di Universiti Kebangsaan Malaysia (Tamadun Islam Hadhari, bahagian Zakat) 2017 – “Pengislahan dan Pengembangan Asnaf Zakat Masa Kini – Kajian Kes di Negeri Terengganu” di bawah seliaan Dato’ Dr Mohamad Sabri Haron yang kini adalah Mufti Negeri Terengganu.

Keluarga

  • Berkahwin pada 28 Mei 1989
  • Nama Isteri: Hayati binti Mohd Zari @ Jaafar
  • Dikurniakan seorang anak perempuan tunggal setelah 10 tahun berkahwin
  • Nama anak: Nadhratul Hana’ binti Mohd Soberi
  • Nama menantu: Muhammad Mus’ab Umairi bin Ahmad Zaharuddin

Kerjaya

  • Pernah bekerja sebagai pensyarah di Kolej UNITI, Port Dickson (1998-2017)
  • Pernah menjadi Ketua Eksekutif Pertama Aman Palestin Berhad (2008) sebelum menyambung semula kerjaya sebagai pensyarah
  • Kemudian, berpindah ke Universiti Sains Islam MalaysiaUSIM di Nilai, Negeri Sembilan. Menjadi pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang.
  • Kepakaran dalam bidang Maqasid al-Shariah, Usul Fiqh dan Fiqh Khilaf.

Amal Dakwah & Perjuangan

  • Us Dr Soberi terkenal sebagai pencinta ilmu. Di samping penulisan artikel & jurnal ilmiah di Universiti, beliau juga adalah penceramah dan pengkuliah aktif di beberapa Masjid dan Surau khususnya di Negeri Sembilan dan Selangor. Jadual kuliah Maghrib, Subuh dan kuliah lain-lainnya, hampir memenuhi rutin hariannya.
  • Allahyarham juga adalah salah seorang Perunding pertubuhan Aman Palestin yang amat aktif. Di samping wacana-wacana yang disampaikan secara berterusan berkenaan isu Palestin, beliau juga turut menyertai misi-misi utama anjuran Aman Palestin samada ke negara Palestin, Lubnan, Turki dan sebagainya.
  • Manakala dalam amal dakwah beliau di Malaysia, Allahyarham merupakan antara ahli pertubuhan ISMA Ikatan Muslimin Malaysia, sebuah NGO Islam dan Melayu sederhana. Menjadi perintis dan pimpinan utama MUIS, pernah menjawat jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi MUIS selama beberapa tahun. Mengetuai delegasi-delegasi MUIS ke luar negara untuk membina jaringan ulama di Nusantara mahupun di negera-negara Arab.
  • Semoga semua amal Allahyarham diterima Allah – seterusnya menjadi pendamping beliau di sepanjang masa dan waktu.

~ DIsediakan oleh ; Penyelidik MUIS
~ Sumber daripada rakan & ahli keluarga Allahyarham Ust Dr Soberi Awang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *