DakwahKolumnisMunasabat Islam

Rugi Buat Yang Tidak Memohon Keampunan Pada Detik-Detik Terakhir Ramadan

  1. Terlalu banyak sebab untuk Allah Taala mengampunkan dosa-dosa hambaNya ketika bulan Ramadan samada ketika berpuasa, tarawih, qiyamullail, sedekah, berzikir, memberi makanan berbuka, menahan diri dari perbuatan tercela dan sebagainya.
  2. Namun, amat-amatlah rugi bagi sesiapa yang melalui Ramadan tanpa mengharap serta memohon keampunan daripada Allah SWT.
  3. Malaikat Jibril AS pernah mendoakan kecelakaan bagi sesiapa yang tidak mendapat keampunan daripada Allah Taala selepas berlalunya Ramadan.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadan tetapi tidak diampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan dari rahmat Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”
(Hadis Riwayat Bukhari)

  1. Begitu juga keadaannya para salafussoleh. Mereka sangat mengambil berat soal meminta keampunan sebelum berakhir Bulan Ramadan.

Qatadah RA pernah berkata;

من لم يغفر له في رمضان ، فلن يغفر له فيما سواه

“Barangsiapa yang tidak diampunkan baginya pada bulan Ramadan, maka dia takkan diampunkan pada bulan-bulan selainnya juga.”
(Nukilan daripada kitab Lataiful Maarif, karangan Ibnu Rejab)

  1. Selagi belum habis bulan Ramadan, marilah kita terus perbanyakkan istighfar dan berdoa :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: Ya Allah, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dan suka untuk mengampunkan, maka ampunilah daku.

Wallahua’lam Bissawab

Ustaz Abdul Halim Bin Ismail

Penyelidik, Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *