AqidahDakwahPolitik Islam

Perkataan “Rahmah” Pada Makanan Tidak Halal, Bakal Timbul Salah Faham.

Sejak pemerintahan kerajaan yang baharu di negara ini, kita dapat melihat perkataan “Menu Rahmah” ini sering digunapakai di merata tempat. Ia merupakan sebuah inisiatif yang diadakan bagi membantu sebahagian masyarakat yang berpendapatan rendah yang berupa set makanan dan sebagainya.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahudin Ayub berkata sebanyak 49 buah kedai di negeri Johor menyambut inisitif rahmah berkenaan dengan menawarkan Menu Rahmah tidak halal di kedai mereka.

Apabila perkataan rahmah itu digunakan untuk makanan yang tidak halal dan seumpamanya, ia boleh menimbulkan kesalahfahaman dan kekeliruan kerana rahmah itu ialah daripada perkataan bahasa arab dan ia membawa konotasi “rahmatan lil alamin” yang membawa maksud Islam sebagai rahmah untuk sekalian alam. Amat jauh sekali untuk menghimpunkan perkataan rahmah dengan makanan yang tidak halal itu.

Jadi untuk makanan yang tidak halal, ia tidak sesuai digunakan dalam inisiatif Menu Rahmah supaya dapat menjaga sensitiviti agama dan juga budaya orang melayu itu sendiri.

Jika sekiranya kerajaan mahu meluaskan inisiatif rahmah ini kepada pihak bukan islam, lebih baik menggunakan dengan nama yang lain agar tidak menimbulkan kontrovesi serta menimbulkan isu-isu yg lain.

Wallahua’lam Bissawab

Ustaz Ahmad Syamil Bin Mohd Esa

Pengarah Sekretariat

Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *