Fiqh SemasaKenyataan Rasmi

Kenyataan MUIS Dalam Isu Vape

  1. Majlis Ulama ISMA (MUIS) meminta kelulusan cecair nikotin vape dikeluarkan daripada senarai racun yang telah dikuatkuasakan baru-baru ini dikaji semula.
  2. MUIS berpandangan bahawa budaya ‘Vape’ sebagai salah satu bentuk anasir yang boleh merosakkan nilai agama dan budaya masyarakat Islam.
  3. MUIS berpandangan nilai budaya dan identiti masyarakat Islam tidak sepatutnya dijadikan titik tolak ansur semata-mata ingin meraih keuntungan daripada kutipan cukai hasil industri Vape, bertepatan dengan kaedah syarak yang mendahulukan menjaga agama dan nyawa, (hifzu an-nafs & hifzu ad-deen) daripada menjaga harta.
  4. Pandangan MUIS selari dengan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan tahun 2015, yang menyatakan bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah diharamkan.
  5. Setiap pihak perlu peka dan cakna terhadap sebarang bentuk kegiatan dan budaya yang boleh meruntuhkan akhlak dan identiti masyarakat Islam, dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang perkara tersebut daripada berlaku.

Dato Zamri Hashim
Pengerusi
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply