AqidahFiqh Semasa

Umar Al-Khattab RA mengajar hakikat takdir

Ketika mana bermula terjadinya waba taun amwas (18H) di tanah umat Islam Syam, rombongan khilafah yang diketuai Umar sendiri pada waktu itu sedang dalam perjalanan ke sana atas urusan kerja. Ketika hampir tiba mereka bertemu dengan sekumpulan penduduk di sana termasuklah Abu Ubaidah al Jarrah.

Abu Ubaidah memaklumkan pada Umar akan waba taun yang sedang melanda di kota Syam. Maka berlakulah perselisahan pandangan di dalam rombongan itu sehingga akhirnya Umar membuat keputusan untuk mereka semua kembali pulang ke Madinah. Lalu berlakulah satu persoalan Abu Ubaidah pada Umar tentang takdir (ada diriwayatkan dalam kitab Riyadus Salihin).

أفراراً من قدر اللَّه!
“Adakah engkau telah lari daripada takdir Allah?”

Lalu Umar menjawab membayangkan mendalamnya kefahamannya tentang erti takdir:

نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله أرأيت لو كانت لك إبل فهبطت واديا له ‏ ‏عدوتان ‏ ‏إحداهما خصبة والأخرى ‏ ‏جدبة ‏ ‏أليس إن رعيت الخصبة رعيتها بقدر الله وإن رعيت ‏ ‏الجدبة ‏ ‏رعيتها بقدر الله
“Ya memang aku lari, tetapi aku lari daripada satu takdirNya kepada takdirNya yang lain. Apa pandangan engkau jika ada seekor unta yang turun pada satu lembah yang mempunyai dua keadaan iaitu tanah subur dan tanah tandus. Bukankah jika memilih membelanya di tanah subur masih lagi di dalam taqdirNya dan jika di tanah tandus juga masih di dalam taqdirNya?”

Mendangar jawapan tersebut terus Abu Ubaydah senyap membayangkan mendalamnya kefahaman Umar tentang takdir. Hinggalah datang Abdul Rahman bin Awf yang mengatakan dia tahu solusi masalah ini iaitulah berdasarkan hadis yang melarang keluar atau masuk bandar yang sedang dilanda waba. Maka rombongan itu pun pulang.

Hadis ini jelas mengajar kita mengambil segala usaha, berlindung, memelihara diri daripada waba bukanlah isu takutkan virus ini melebihi Allah swt, tetapi ianya adalah hasil mendalamnya kefahaman kita terhadap takdir yang merupakan asas dalam Rukun Iman. Takdir tidak pernah menghalang bahkan mewajibkan kita untuk memilih tindakan yang lebih baik bagi diri kita.

Bersamalah kita mengikut nasihat Umar ra berpindah daripada satu takdir kepada takdirNya yang lain.

Ustaz Muhammad Firdaus bin Zalani
Penyelidik
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *