Kenyataan Rasmi

Kenyataan MUIS untuk barisan kabinet baharu

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS) mengucapkan tahniah kepada barisan kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam.

MUIS berharap barisan kabinet yang telah diperkenan oleh DYMM YDPA mempunyai kemampuan dan kredibiliti dalam bidang dan jawatan masing-masing.

Pihak MUIS turut ingin menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas pelantikan bekas Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Zulkifli Al-Bakri sebagai Menteri Agama. Ini selaras dengan saranan MUIS sebelum ini yang menuntut kerajaan meletakkan institusi ulama sebagai rujukan utama di dalam pentadbiran negara.

Barisan kabinet baru ini mempunyai peluang dan ruang mendapat satu panduan dan saranan Syariah dalam menjalankan tugasan pentadbiran dan pelaksanaan polisi-polisi dalam negara dengan adanya seorang Menteri yang berpengalaman sebelum ini sebagai mufti.

Kami juga turut ingin menyampaikan hasrat agar kedudukan Islam terus diperkasa, institusi agama diperkemaskan, isu-isu melibatkan sensitiviti umat Islam akan dapat diselesaikan dengann panduan syarak dan perlembagaan negara , agar Malaysia menuju sebuah negara yang benar-benar menepati aspirasi Syariah dan terpandu atas landasan Al-Quran dan Sunnah.

Semoga pentadbiran kerajaan baru di bawah kepimpinan Perdana Menteri ini mendapat petunjuk dan taufiq daripada Allah SWT.

Sahibus Samahah Dato’ Haji Zamri bin Hashim
Timbalan Mufti Perak
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *