Pendidikan agama perlu diperkasakan dalam membina generasi baru
1. Rasulullah ο·Ί sangat menekankan pendidikan asas agama bagi anak-anak Muslim. Al-Imam Ibn al-Qayyim menjelaskan bahawa seawal kelahiran anak kecil itu lagi kita telah dianjurkan untuk membisikkan azan ditelinga mereka. Lafaz-lafaz tauhid yang menerobos ke telinga mereka menggambarkan betapa penerapan nilai aqidah perlu diterapkan sejak anak kecil itu lahir ke dunia lagi. (Ibn al-Qayyim, Tuhfah al-Maudud)
2. Baginda Nabi ο·Ί juga dilihat mengajar anak-anak kecil tentang perihal aqidah seawal usia kecil mereka. Al-Imam al-Bukhari merekodkan bagaimana Nabi ο·Ί menggunakan pendekatan βcasualβ (bersahaja) dalam mendekati Ibn Abbas dengan kefahaman aqidah. Rasulullah ο·Ί dikatakan mengajar Ibn Abbas tentang perkara aqidah ketika Baginda ο·Ί menunggang tungangannya bersama Ibn Abbas. Sabda Nabi ο·Ί:
ΩΩΨ§ ΨΊΩΩΩΨ§Ω Ω, Ψ₯ΩΩΩΩΩ Ψ£ΩΨΉΩΩΩΩΩ ΩΩΩ ΩΩΩΩΩ ΩΨ§ΨͺΩ: Ψ§ΨΩΩΩΨΈΩ Ψ§ΩΩΩΩΩΩ ΩΩΨΩΩΩΨΈΩΩΩ, Ψ§ΨΩΩΩΨΈΩ Ψ§ΩΩΩΩΩΩ ΨͺΩΨ¬ΩΨ―ΩΩΩ ΨͺΩΨ¬ΩΨ§ΩΩΩΩ, Ψ₯ΩΨ°ΩΨ§ Ψ³ΩΨ£ΩΩΩΨͺΩ ΩΩΨ§Ψ³ΩΨ£ΩΩΩ Ψ§ΩΩΩΩΩΩ, ΩΩΨ₯ΩΨ°ΩΨ§ Ψ§Ψ³ΩΨͺΩΨΉΩΩΩΨͺΩ ΩΩΨ§Ψ³ΩΨͺΩΨΉΩΩΩ Ψ¨ΩΨ§ΩΩΩΩΩΩ,
βWahai anak! Sesungguhnya aku ajarkan kepadamu beberapa perkara. Jagalah Allah, maka Allah akan memelihara engkau. Sekiranya engkau ingin meminta sesuatu, maka mohonlah bantuan dari Allah!
Lihatlah, betapa anak kecil ini sudah mula diberikan didikan oleh Nabi ο·Ί dengan perkara aqidah.
3. al-Imam al-Bayhaqi merekodkan bagaimana Rasulullah ο·Ί berpesan kepada Ibn Abbas dan Ibn Amru (riwayat Ibn al-Sunni), bahawa perkataan pertama yang seharusnya diajarkan kepada anak kecilmu adalah kalimah tauhid. Sabda Nabi ο·Ί kepada Ibn Abbas:
Ψ§ΩΨͺΨΩΨ§ ΨΉΩΩ Ψ΅Ψ¨ΩΨ§ΩΩΩ Ψ£ΩΩ ΩΩΩ Ψ© ΩΨ§ Ψ₯ΩΩ Ψ₯ΩΨ§ Ψ§ΩΩΩ ΩΩΩΩΩΩΩ ΨΉΩΨ― Ψ§ΩΩ ΩΨͺ ΩΨ§ Ψ₯ΩΩ Ψ₯ΩΨ§ Ψ§ΩΩΩ
βAjarkanlah atau jadikanlah perkataan pertama pertama anak kecilmu perkataan Lailahaillah. Dan ajarilah mereka saat kematian mereka juga perkataan Lailahaillah. (al-Bayhaqi, Shuβab al-Iman)
4. Sunnah Rasulullah ο·Ί ini juga dapat kita fahami melalui perilaku para sahabat. Jundub al-Bajilli turut menceritakan bagaimana ketika mereka muda remaja, Rasulullah akan menekankan tentang perkara aqidah dahulu sebelum pengajian Quran (Shuab al-Iman). Begitu juga dengan Ummu Sulaym yang mengajarkan Saidina Anas tentang lafaz tauhid sebelum perkara yang lain (al-Zahabi, Siyar Aβlam al-Nubala).
5. Penekanan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menerapkan keutuhan aqidah sejak mereka kecil. Pendidikan agama seawal usia ini adalah bagi membentuk etika serta memupuk peribadi Muslim ke dalam jiwa anak kecil ini.
6. Di Malaysia, pendidikan agama di sekolah kebangsaan hanya memakan beberapa slot sahaja dalam seminggu. Selebihnya, pelajar didedahkan dengan kemahiran asas sains dan matematik sesuai perkembangan dan keperluan pelajar itu sendiri.
Mudah-mudahan Allah memelihara kita dan membesarkan anak-anak kita dengan kefahaman Islam.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi