IlmiahUsuluddinUtama

Kerjaya wanita di zaman Rasulullah SAW

1. Khadijah adalah model usahawan wanita yang unggul di zaman sebelum kenabian. Beliau dikatakan mempunyai modal yang besar serta rangkaian perdagangan yang luas. Rasulullah pernah dilantik sebagai pengurus perniagaan beliau di Syam. Kebijaksanaan Baginda menguruskan dagangan Khadijah bukan sahaja terbukti dengan hasil keuntungan yg besar bahkan Baginda turut membimbing wanita yang ingin berniaga. Al-Bukhari dan Ibn Majah merekodkan dialog yg berlaku di antara Rasulullah dengan Qaylah (daripada Bani Anmar) tentang bagaimana untuk melakukan tawaran dalam urusan jual beli menunjukkan kemahiran Baginda dalam selok belok urusan jual beli. (al-Bukhari, Tarikh; Ibn Majah Sunan; Ibn Saโ€™d, Tabaqat, sanusi)

2. Aktiviti perdagangan pada zaman Rasulullah turut disertai oleh usahawan-usahawan wanita lain. Menurut Ibn Hajar, al-Haulaโ€™ al-Attarah adalah seorang peniaga minyak wangi di Madinah. Begitu juga dengan Mulaykah (ibu kepada al-Saib ibn al-Aqraโ€™) yg pernah menjual minyak wangi kepada Rasulullah. Ibn Saโ€™d pula ketika menghuraikan biografi Ummu al-Munzir menyebutkan bahawa Ummu al-Munzir adalah seorang peniaga tamar di pasar Ukkaz.

3. Selain bidang perniagaan, wanita di zaman Rasulullah turut terlibat dalam industri pembuatan kecil. Terdapat beberapa wanita di zaman Rasulullah yang mahir dalam pelbagai sektor pembuatan. Menurut Ibn Saโ€™d, Raytah ibn Abdullah adalah seorang wanita yang kreatif dalam pembuatan hasil tangan (ูŠุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ุŒ ุฅู†ูŠ ุงู…ุฑุฃุฉ ุฐุงุช ุตู†ุนุฉุŒ ุฃุจูŠุน ู…ู†ู‡ุง). Beliau akan menjadikan hasil tangan tersebut sebagai modal perniagaan beliau.

3.1 Begitu juga dengan Zainab bint Jahsh. Beliau juga adalah antara wanita yang melakukan kerja-kerja perusahaan kecil. Beliau mengurusakan kerja pembersihan kulit binatang serta melakukan kerja-kerja jahitan. Hasil kerja tangan beliau akan dijadikan sumber untuk disumbangkan di jalan Allah.
(ูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ุฒูŽูŠู’ู†ูŽุจู ุงู…ู’ุฑูŽุฃูŽุฉู‹ ุตูŽู†ูŽุงุนูŽ ุงู„ู’ูŠูŽุฏู ููŽูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ุชูŽุฏู’ุจูŽุบู ูˆูŽุชูุฎูŽุฑู‘ูุฒู ูˆูŽุชูŽุชูŽุตูŽุฏู‘ูŽู‚ู ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู)

4. Terdapat juga wanita di zaman Rasulullah yang terlibat dalam bidang ternakan. Ibn al-Athir merekodkan bahawa Salamah al-Dabbiyyah mengusahakan ternakan kambing bagi menyara keluarganya.

5. Tidak kurang juga penglibatan wanita dengan bidang perubatan. Wanita memainkan peranan penting dalam urusan merawat dan menguruskan pesakit di zaman Rasulullah. Rufaydah al-Ansariyyah adalah nama yang tidak asing lagi dalam bidang ini. Beliau turut mempunyai satu khemah khas di sisi Masjid Nabi yang berperanan seperti klinik yang menguruskan mereka yang cedera atau sakit, samada ketika tempoh perang atau dalam situasi yg aman. Selain Rufaydah, al-Rubayyiโ€™ bint Muawwiz bin Afraโ€™ digambarkan sebagai seorang yang berperanan menjalakan tugas kejururawatan buat perajurit Muslimin ketika perang. Beliau turut menyertai beberapa peperangan bagi melaksanakan tugas tersebut.

6. Begitu juga wanita yang kerjanya adalah membantu kerja suami. Ini terpamer dalam sirah Asma bint Abu Bakar yang banyak membantu kerja-kerja suaminya al-Zubair. Menurut Asma, di awal usia perkahwinan, mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan seekor kuda dan unta. Asma diriwayatkan banyak membantu Zubair termasuklah dalam kerja menguruskan kuda dan unta mereka. Asma juga membantu Zubair dalam menguruskan ladang kurma. Rasulullah diriwayatkan pernah terserempak dengan Asma yang sedang menjunjung biji kurma di atas kepala beliau.

7. Pun begitu, wanita yg berkarier haruslah menepati syarat yang digariskan oleh Islam. Batasan syariat haruslah sentiasa dijaga bagi mengelakkan sebarang fasad (kerosakan) serta fitnah yang boleh menimpa umat ini.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *