BeritaUtama

Syiah di Thailand mengambil anak orang Sunni lalu dididik hingga ke Iran

PATTANI, 6 Julai- Antara cara penyebaran Syiah di Thailand adalah dengan diambil anak-anak yatim dikalangan orang Sunni lalu dididik oleh mereka dengan fahaman Syiah sehinggakan sebahagian daripada mereka dihantar ke Iran untuk belajar di sana.

“Bagi saya ini adalah salah satu ancaman besar terhadap umat Islam disini”

Dr Ghazali bin Mad, Dekan Β Fakulti Pengajian Islam Universiti Fatani berkata demikian dalam satu wawancara baru-baru ini.

Kata beliau lagi Syiah di Thailand mempunyai pengaruh yang kuat dalam kerajaan kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan pemerintah sejak ratusan tahun.

“Sebab itulah di Thailand, Syiah disini ada memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan seperti ketua tentera, polis bahkan ada yang mempunyai posisi dalam kementerian”

Pada pandangan beliau dengan kedudukan dan kuasa inilah mereka gunakan untuk menarik orang-orang Sunni kepada kefahaman Syiah.

“Umat Islam disini hidup dalam keadaan susah maka golongan Syiah ini mengambil kesempatan dengan menggunakan kuasa dan harta yang mereka ada untuk mempengaruhi umat Islam lainnya”

Ujarnya lagi antara sebab tersebarnya Syiah di Thailand adalah kerana terdapat sebahagian orang Islam disana tidak mengambil kisah terhadap kelompok ini sehinggakan ada yang menganggap kewujudan Syiah ini bukanlah satu ancaman.

 

rujukan asal disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *