Hari Jumaat mendidik umat untuk bersungguh
Hari jumaat merupakan penghulu segala hari. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam As-Syafie RH. :
قال الشافعي أخبرنا إبراهيم بن محمد حدثنا : عبد الرحمن بن حَرْمَلَةَ عن سعيد ابن المسيب : أن النبي الله عليه وسلم قال : سَيدُ الأيَّامِ يَوْمُ الجمعَةِ.
Ertinya : berkata Imam as-Syafie RH, telah memberitakan kepada kami oleh Ibrahim bin Muhammad bahawasanya telah menyampaikannya kepada kami daripada Abdurrahman bin Harmalah daripada Sai'ed Bin Musayyib RA : Bahasawanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda : Penghulu segala hari adalah Jumaat.
Pada Hari jumaat dihimpunkan semua kaum Muslimin untuk menunaikan solat Jumaat beramai-ramai di Masjid. Dan diwajibkan juga kepada seluruh kaum Muslimin mendengar Khutbah jumaat yang padanya rahsia dan punca keselamatan seorang individu muslim di dunia dan di akhirat.
Inilah tugas utama Islam datang untuk menyelamatkan umat manusia daripada kesesatan. Lalu diingatkan Umat Islam terutamanya tentang perkara-perkara asasi dalam kehidupan mereka dengan itu menunjukkan betapa seriusnya Islam dalam mengejar agenda tersebut.
1. ketika sampai di Masjid para Jemaah di sunatkan solat dua rakaat sunat Tahayitul Masjid. Bagi pandangan saya ia bukanlah sekadar tahiyyatul masjid, bahkan persediaan diri seorang jemaah untuk mendengar khutbah dan solat jumaat. Sepertimana seseorang itu bersedia untuk melakukan perkara yang besar-besar begitulah solat sunat tahiyyatul masjid disyariatkan.
Pandangan saya ini kerana Baginda SAW telah menyuruh seorang ahli jemaah yang masuk ke masjid pada hari jumaat dan terus duduk supaya bangun semula menunaikan solat sunat dahulu sebelum duduk.
عن جابر بن عبد الله قال « جاء رجل والنبي صلى الله عليه وسلم يخطب الناس يوم الجمعة فقال أصليت يا فلان ؟ قال : لا ، قال : قم فاركع ركعتين » رواه البخاري ( 888 ) ومسلم ( 875 )
Maksud: Telah datang seorang lelaki sedang nabi ketika itu sedang berkhutbah jumaat lalu beginda bertanya: Adakah engkau dah solat (tahiyatul masjid)? dia menjawab: tidak maka baginda berkata: bangun dan tunaikanlah solat dua rakaat.
2. Jemaah masjid diingatkan dengan Hadis yang mafhumnya disuruh para jemaah untuk diam. Jika tidak hilaglah pahala jumaatnya jika hanya dia menegur sahabatnya supaya diam.
عن أبي هريرة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « إذا قلت لصاحبك والإمام يخطب يوم الجمعة أنصت فقد لغوت » . رواه البخاري ( 892 ) ومسلم ( 851 ).
Maksud: Jika seseorang itu berkata kepada kawan dia yang sedang bercakap: diamlah maka telah hilanglah juga pahala jumaatnya.
Ini sekaligus menunjukkan keseriusan Islam dalam menyuruh umat Islam mendengar isi khutbah yang sirius dan tujuannya yang agung.
3. Antara rukun khutbah ialah memperingatkan para jemaah tentang
- Rasulullah SAW dengan berselawat ataupun paling kurang mesti menyebut Nama Baginda di dalam teks Khutbah. Ini menekankan kepada para jemaah supaya sentiasa ingat tentang pewarisan risalah baginda SAW kepada kita.
- Ayat al-Quran ini. Ini juga mengajar para jemaah supaya berpegang dengan al-Quran.
- Bertaqwa kepada Allah SWT yang merupakan intisari hidup dan jalan selamat bagi semua umat manusia.
Jika teks khutbah yang diletakkan di awal khutbah ini menjadi penghayatan kepada umat Islam pada setiap minggu, maka umat Islam akan kembali kuat dengan agama yang mereka pikul.
Ini sekaligus menunjukkan betapa siriusnya Islam untuk memberikan jalan hidayah kepada umat Manusia.
Oleh itu, saya menyeru kepada semua sempena jumaat ini marilah kita sama-sama solat sunnat dua rakaat ketika hadir ke masjid, diam, hayati teks khutbah, Berpeganglah kepada al-Quran, Sunnah Baginda SAW, dan bertaqwalah kepada Allah.
Wallahuallam..
Ust Ikram Abu Hasan Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)