BeritaUtama

Memecah belahkan umat Islam akan terus menjadi strategi musuh

10600445_833337950032604_5659345939853090527_n

TURKI, 27 Ogos- Musuh Islam akan terus menjadikan perpecahan umat Islam sebagai strategi yang paling utama dalam menghancurkan Islam dulu, kini dan selamanya.

Setiausaha Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, Syeikh Dr Ali Qaradaghi berkata demikian dalam menyimpulkan apa yang sedang terjadi di dunia Islam umumnya pada hari ini dalam suatu himpunan ulama minggu lepas di Istanbul.

“Strategi inilah yang mereka gunakan ketika awal kurun ke-20 iaitu mewujudkan perselisihan dan pergaduhan perkauman sesama umat Islam yang akhirnya membawa kepada runtuhnya khilafah islamiyyah, strategi ini jugalah yang diigunakan dalam abad ke-21 dengan bentuk berbeza”

Kata beliau lagi kewujudan kelompok ektremis Islam dan kelompok liberal Islam yang berkembang dengan cepat pada hari ini merupakan sebahagian daripada strategi musuh.

“Musuh pada hari ini akan terus menentang Islam menggunakan syiar-syiar Islam itu sendiri”

“Strategi ini bukanlah baru, bahkan ketika zaman Saidina Abu Bakar ra lagi penentangan yang dilakukan terhadap khalifah islam adalah dengan seruan agama (mengaku sebagai nabi) dan bukannya secara terus terang”

Beliau juga menyeru supaya umat Islam bersatu atas kepentingan umat Islam dan menolak tepi  sebarang perselisihan-perselisihan kecil yang akhirnya membawa kerugian besar kepada umat Islam keseluruhannya.

“Apabila umat Islam berpecah dan berselisih antara satu sama lain maka yang akan untung hanyalah satu pihak iaitulah musuh Islam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *