BeritaUtama

Nilai dalam Islam adalah Syariat, bukan sekadar adil dan amanah

 

apakah masia ngr islam

BANGI, 24 Jun- Nilai dalam sebuah negara Islam adalah Syariat iaitu ketundukan serta perhambaan yang menyeluruh kepada Allah SWT bukanlah sekadar adil dan amanah.

Ahli Tertinggi Majlis Ulama ISMA (MUIS) Ust Rushdan Abd Halim berkata demikian sebagai membidas kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhd Asri Zainal Abidin.

“Untuk berkata istilah sahaja yang penting adalah tidak tepat kerana istilah itu lahir dari nilai serta isi maka kedua perkara tersebut (istilah dan nilai) adalah berkait”

“Bahkan kalau kita kata nilai itu yang penting (seperti Asri maksudkan), maka nilaian dalam Islam adalah syariat serta penghambaan padaNya dan bukan sekadar adil atau amanah seperti yang disebut olehnya”

Dr Muhd Asri Zainal Abidin dalam satu artikel yang diterbitkan pada 19 Jun dalam laman blognya bertajuk “Apakah Malaysia sebuah negara Islam?” menyebut bahawa perbalahan mengenai Negara Islam atau sekular adalah perbalahan yang “buang masa”.

Dia turut berkata dalam tulisan tersebut antara hujah bahawa nilai dalam Islam adalah adil dan amanah adalah kisah raja najashi yang dikatakan dipuji oleh Rasulullah SAW serta kisah nabi yusuf yang menjadi pemerintah pada sebuah negara yang tidak beriman.

Ust Rushdan yang juga Ketua Unit Siyasah dalam MUIS menjawab hujah tersebut dengan berkata kisah-kisah yang disebut itu berlaku dalam suasana darurat dan kita tidak boleh samakan suasana sekarang dengan suasana darurat.

“Nabi Yusuf berada dalam pentadbiran dengan tujuan untuk menjaga masalahat umum iaitu kemarau yang akan melanda dan kisah Najashi pula yang terus memerintah adalah demi maslahat sahabat.”

“bahkan yang Rasulullah puji adalah peribadi beliau (Najashi), bukan pemerintahannya secara keseluruhan.”

Tambahnya lagi mengistilahkan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah bertujuan untuk memelihara negara ini daripada pihak musuh.

“Kita kata Malaysia negara Islam bukan untuk mendabik dada berbangga tetapi untuk pertahankan negara ini daripada golongan liberal dan sekular yang ingin merosakkan negara ini.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *