Nas Solat Tahajjud secara berjemaah
saya ibgin bertanya mengenai solat tahajjud secara berjemaah, adakah dalil dari nabi melakukannya secara berjemaah selain qiam ramadhan?? mohon pencerahan, semoga tenang hati saya…- hilmee
Jawapan:
1. Menurut Ibnu Taimiyah rahimahullah di dalam Majmuk Fatawa (23/414), solat sunat terbahagi kepada dua;
Pertama; Solat sunat yang dilakukan secara berjemaah seperti solat gerhana, solat istisqa` (minta hujan) dan solat qiam di dalam bulan Ramadhan (tarawih).
Kedua; Solat sunat yang tidak dilakukan secara berjemaah seperti solat tahajjud, solat rawatib, solat dhuha, solat tahiyyatul masjid dan seumpamanya. Jika dilakukan secara berjemaah sekali-sekala adalah harus.
2. Selain solat malam di dalam bulan Ramadhan terdapat hadis-hadis lain yang menunjukkan Rasulullah saw pernah melakukan solat malam berjemaah bersama sahabat baginda seperti Ibnu Abbas, Anas, Ibnu Mas`ud dan Huzaifah ibn al-Yaman radiallahu anhum. Antara dalilnya adalah hadis-hadis berikut:
a) Hadis Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan beliau bermalam di rumah ibu saudaranya Maimunah dan solat malam (qiyamullail) bersama baginda secara berjemaah. Beliau berdiri di sebelah kiri kemudian Rasulullah mengambil tangan beliau dan menariknya ke sebelah kiri baginda. (Hadis Riwayat Imam Bukhari no: 183 dan Imam Muslim no: 763).
b) Anas bin Malik r.a. menceritakan; Aku, seorang budak yatim dan ibuku (Ummu Sulaim) telah mengerjakan solat berjamaah di belakang Nabi SAW di rumah kami. Aku dan budak yatim berdiri di belakang Nabi SAW dan ibuku berdiri di belakang kami. (Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari no: 727, 871 dan Imam Muslim no 658).
Wallahu a`lam
Ust Wan Muhammad Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)