BeritaUtama

MUIS sedia berkhidmat untuk masyarakat

BANGI, 14 April – Majlis Ulama ISMA (MUIS) telah menerima lebih 900 persoalan hukum hakam dan isu semasa umat Islam sejak tahun 2012.

Hal ini membuktikan bahawa MUIS berjaya menempatkan diri sebagai tempat rujuk segala permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat terutamanya dalam persoalan fiqh, akidah dan isu semasa.

Demikian menurut Pengerusi MUIS, Prof Madya Dr Aznan Hassan dalam ucapannya ketika Bengkel Latihan Ulama Muda yang diadakan semalam untuk melatih golongan pelapis ulama.

Untuk fasa akan datang, katanya MUIS akan bergerak lebih aktif dalam menjawab segala persoalan dan menawarkan jalan penyelesaian kepada permasalahan umat berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah dan kefahaman Islam yang sebenar.

Soalan-soalan tersebut telah dikemukakan oleh pembaca melalui laman sesawang MUISwww.muis.org.my.

Untuk memudahkan capaian kepada masyarakat, sebarang persoalan dan pendapat boleh langsung disalurkan melalui laman facebook MUIS :https://www.facebook.com/majlisulamaisma dan email majlisulama.isma@gmail.com.

One thought on “MUIS sedia berkhidmat untuk masyarakat

  • norul ahmady bin abdul rahman

    Assalamualaikum wbt…

    Ustaz/ah yg dihormati, saya ingin bertanya tentang kebanjiran mesej2 rantai yg mengajak share/forward sesuatu yg disebut amalan baik tetapi bersyarat atau punya ukuran tertentu… Sbg contoh;

    As slm…
    Baca tau 🙂
    Dgn Niat Baik :

    Ya Allah .. Orang Yg M’baca Ini Adalah Org Yg Baik & Setia, Kuat ..Sabar .. Sayangilah Dia Serta Kasihilah Dia ..Tolong Bantu Tingkatkan Kehidupannya ..Mudahkan Rezekinya ..Sihatkan Badannya ..Jika Dia Melangkah ..Selamatkanlah Dia ..Mudahkan Langkahnya … Amin…. 

    Kirim Ke-9 Teman Yg Kmu Sayangi Dalam Waktu 9 Minit .. Hidupmu Akan Bahagia Kerana 9 Orang Itu Juga Mendoakanmu ..

    Bismillah hirahmannirahim innaka la minal mursalin a’la siratim mustaqim tanzilal azizir rahim litunzira qaumamma unzira aba uhum fahum ghafilun 

    Tlg kirim potongan ayat dr surah yassin ini minima 13 org..InsyaAllah 2 jam kemudian kamu akan dgr kabar baik & dpt kebahagiaan, demi Allah & jgn delete sblm disebarkan. Kita berbagi doa ke sesama muslim..2 jam sdh saya laksanakan tnyata rezki dtg

    Subhanallah
    (Ustaz H***** 01********)

    #cuba je buat dulu.. jgn cakap mengarut tentang khabaran baik selepas 2 jam tu.. anda buat, anda sendiri akan tahu keputusannya kemudian

    Pada saya ianya mengarut… Soalan saya, apa kesan dan hukumnya? Ada saranan dari pihak muis sendiri? Terima kasih wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *