Hukum menggugurkan kandungan
Assalamualaikum ustaz,
Apakah hukum menggugurkan kandungan di awal kehamilan (sekitar 2 minggu) kerana masih belajar dan tidak mampu utk membayar kos pengajian sekiranya menunda pelajaran selepas bersalin?
Wsalam wbt
Jawapan:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله
Sepakat ulama’ mengatakan bahawa haram hukumnya menggugurkan kandungan setelah ditiup ruh tanpa sebab-sebab yang dikategorikan sebagai darurat. Usia kandungan yang ditiupkan ruh itu adalah selepas kandungan itu berusia empat bulan atau 120 hari kehamilan.[1] Ini berdasarkan dalil:
Abdullah bin Mas’ud berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Sesungguhnya setiap kamu terkumpul kejadiannya dalam perut ibumu selama 40 hari dalam bentuk nutfah, kemudian dalam bentuk ‘alaqah selama itu pula, kemudian dalam bentuk mudghah selama itu pula, kemudian ditiupkan ruh kepadanya. (HR al-Bukhary, Muslim, Abu Daud, Ahmad dan Tirmizi)
Adapun menggugurkan kandungan sebelum ditiupkan ruh kepadanya, berlaku perbincangan di kalangan ulama’ namun secara ringkasnya adalah seperti berikut:
- Harus hukumnya menggugurkan janin dalam tempoh 40 hari kehamilannya sebab dalam tempoh ini kandungan masih tidak bernyawa.[2] Namun ada pendokong pandangan ini meletakkan syarat tertentu seperti kandungan akan memudaratkan isteri jika diteruskan, putus susu kepada anak yang sedia ada disebabkan kandungan yang baru sedangkan suami tidak berkemampuan untuk mengupah orang lain menyusukan anaknya, mendapat persetujuan suami isteri, pengguguran ini tidak membahayakan nyawa ibu dan lain-lain.
- Makruh hukumnya.[3]
- Haram secara mutlak kerana persenyawaan telah berlaku dan ia akan hidup. Imam al-Ghazali mengatakan ia adalah satu bentuk jenayah ke atas benda wujud yang akan terjadi.[4] Manakala Ibnu Jauzi mengatakan perbuatan itu tetap dikira berdosa walaupun tidaklah sama dengan menggugurkannya setelah ditiupkan ruh.[5]
Saya berpandangan – Wallahu a’lam – menggugurkan kandungan yang berusia belum sampai tempoh 40 hari adalah harus kerana ia hanyalah gumpalan darah , belum membentuk sifat-sifat paling minima sebagai manusia. Ia juga seperti ‘azl (coitus interruptus). Ia merupakan tindakan mengeluarkan sperma di luar vagina perempuan apabila suami tidak mengkehendaki kehamilan berlaku kepada isterinya. Nabi s.a.w. pernah membenarkan perkara ini berlaku kepada seorang sahabat dengan sabdanya: “Lakukanlah ‘azl padanya jika kamu suka!” (HR. Ahmad, Muslim)
Adapun menggugurkan kandungan yang berusia 40 hari dan lebih , saya berpandangan – wallahu a’lam – termasuk dalam larangan yang difahami dari sabda Rasulullah s.a.w. kerana pada tempoh itu gumpalan darah sudah terbentuk dengan sifat-sifat minima sebagai manusia .
“Jika nutfah (gumpalan darah) telah melalui empat puluh dua malam, maka Allah mengutus seorang malaikat padanya, lalu dia membentuk nutfah tersebut; dia membuat pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan tulang belulangnya. Lalu malaikat itu bertanya (kepada Allah), ‘Ya Tuhanku, apakah dia (akan Engkau tetapkan) menjadi laki-laki atau perempuan?’ Maka Allah kemudianmemberi keputusan" (HR Muslim)
Meletakkan sebab-sebab ekonomi sebagai alasan untuk menggugurkan kandungan, pada pandangan saya – wallahu a’lam- adalah perkara yang telah diperingatkan oleh Allah dalam beberapa ayat sebagai alasan yang tidak kukuh dalam syara’. Antara firman Allah berkenaan adalah:-
“Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka” (QS al-An’am 151)
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (QS al-Isra’ 31)
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
[1]Rujuk Fatawa Ibnu Taimiyah, Hasyiah Ad-Dusuqi, Nihayatul Muhtaj, al-Furu’;al-Muhalla .
[2]Rujuk Hasyiah Ibnu Abidin, Hasyiah ar-Rahuni , Nihayatul Muhtaj ,al-Furu’.
[3]Rujuk Jamie al-Fusulin , Fatawa Khaniyah , Hasyiah Ibnu Abidin , Nihayatul Muhtaj , al-Furu’ .
[4] Rujuk Ihya’ Ulumiddin
[5] rujuk Ahkam an-Nisa’
Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS
Wsalam, seperti yang disebutkan diatas hukum asalnya adalah tidak dibenarkan namun jika berada dalam keadaan darurat terutama pada sudut memberi mudarat (buruk) kepada ibu yang mengandungkan anak tersebut maka ianya dibolehkan. Jadi dalam hal ini saya mencadangkan puan berbincang dengan doktor pakar muslim untuk melihat sejauh mana mudarat yang boleh terjadi daripada kandungan tersebut. Apa pun di sisi Syarak bukanlah tidak dibolehkan secara mutlak, jika berada dalam darurat maka ianya dibolehkan. Islam melihat kepada maslahat (kebajikan) serta menolak mudarat (keburukan). Moga jawapan ini membantu puan dalam menghadapi ujian ini insyallah.
Assaalamualaikum ustaz.. saya hamil 22 minggu dan baru diberitahu dr anak saya ade kecacatan yg serius yg akan menyebabkan tulang dada tak dpt membesar dan bleh mati dlm kandungan atau hanya bertahan berapa jam jika lahir. Ade doc menasihatkan saya utk gugurkan agar die tidak menderita kelak. Dan ia mungkin akn beri kesan buruk pada saya fizikal dan mental. Ape pandangan ustaz pula. Ape patut saya lakukan?
Assalamualikum… saya dalam dilema pada ketika ini kerana baru dijangkakan mengandung dalam 6 minggu dan pada masa yg sama ibu saya baru terima tawaran surat panggilan haji untuk tahun 2013 ini dan mengharapkan saya menjadi peneman semasa ke sana kerana dia sememangnya perlu ditemani tanpa suami serta keadaan fizikalnya yang cacat anggota kaki sebelah yang terpaksa menggunakan tongkat dan kerusi roda. Persoalannya sekarang haruskah saya menggugurkan kandungan ini atas sebab alasan niat yang suci untuk membawa dan menemani ibu mengerjakan haji. Ini kerana jikalau kandungan ini diteruskan sememangnya tidak kesampaian hasrat ibu yang mengharapkan saya pergi bersamanya.. untuk makluman ibu saya sudah menjangkau umur 60an dan telah beberapa kali menolak tawaran haji akibat dari kemalangan jalanraya bersama bapa saya pada 5 tahun lebih yang lalu.. saya pula sudah hampir 40an dan mempunyai anak seramai 4 orang. Paling besar 9 tahun dan paling kecil ketika ini berusia 1 tahun. Saya yang dalam dilema ini berharap agar kekusutan yang berada di kepala saya ini dapat di dirungkaikan segera.sekian terima kasih. Wassalam..
saya hamil 10 minggu. suami asyik pukul bantai, memaksa melakukan hubungan ketika dalam haid. suami sgt2 teruk. saya nak bercerai.suami berkeras xnk lepaskan. kalau nk bercerai, die nk ambik anak. kalau xnk anak diapa2 kan, die suh balik kat suami tapi anak tu die xnk. stress sgt. cmne nk teruskan hidup kalau penuh dgn ketakutan dan bimbangkan keselamatan diri dan anak? berdosa jugak kah sy kalau sy gugurkan?
Salam Ustaz,
Saya sekarang hamil 13 minggu anak ke-5. Namun saya baru melahirkan bayi saya yang ke-4 pada Oct 2011. Saya ada makan pil pencegah kehamilan,disebabkan terlalu sibuk dengan urusan harian ada masanya saya terlupa untuk mengambil pil tersebut. disebabkan itu, saya hamil sekali lagi. Saya mengalami alahan yang teruk semasa mengandung kali ini, setiap masa terasa seperti ingin pitam, ditambah dengan sibuk menguruskan anak-anak saya yang lain yang juga masih kecil. Baru-baru ini saya mengalami pendarahan yang teruk bercampur dengan air air ketuban, namun kandungan tidak bermasalah. Disebabkan itu, saya tidak boleh melakukan kerja2 harian dengan aktif. Dengan ini, saya ingin pendapat dari ustaz sekiranya saya mengugurkan kandungan ini.
Sekian
saya nk tnya pendapat …salah kah sekiranya sya mnggugurkn kndungan sya yg pada msa ini berusia 5 minggu,ini disebabkn bby sya bru berusia 6bln dan masih menyusu badan,dah puas sya paksa n tukar susu untuk bagi baby sya mnyusu botol,tp dia tetap tk mau,n yg sulong bru jea 2 thun 6 bln…sya tkt nti bby sya tk cukup kasih syg kerana jarak umur terlalu dekat,sya dh merncng tp tetap blh mgndung…kerana ank yg sulong dulu pn,bla dh ada adik dia mcm tk berapa blh terima,,selepas bby dh berusia 3 bln bru dia ok,n tk byk ragam…lagipn sya nie seorng yg bertekanan darah rendah…sya tkt jika sya teruskn akan mendtngkn masalah nti,dengan suami yg keje tk menentu
Assalamualaikum,.
Saya harap akan mendapat penjelasan yang lebih jelas dari Ustaz. Isteri saya telah mengandung dan usia kandungan kira-kira sebulan ketika komen ini dihantar. Masalahnya saya adalah pengidap Kanser paru-paru dan telah menjalani proses kimo kira-kira dalam sebulan juga. Bermakna Kandungan (hubungan intim berlaku) ada kemungkinan telah berada didalam kandungan semasa proses kimoterapi dijalankan.
Doktor telah menyarankan supaya tidak mengambil risiko takut kandungan akan mengalami masalah kecacatan semasa dilahirkan disebabkan ubatan kimoterapi tersebut. Apakah Hukuman sekiranya Isteri Saya Gugurkan kandungan (Disebabkan Risiko yang terhadap kandungan)
Harap dapat penjelasan segera dari Ustaz.
Sekian
Assalamualaikum wbt..
Saya ingin berkongsi pengalaman dan bertanya….
Saya sudah berkahwin pada bulan april 2010 dan alhamdulillah saye mengandung pada bulan feb 2011…
sebaik sahaja tiba waktu hendak bersalin pada bulan oktober 2011, kandungan saye tidak dapat diselamatkan ketika itu…dan kami 'kehilangan' anak kami yang pertama…ketika itu saye bersalin secara c-zer. Dan atas sebab tertentu doktor pakar sarankan saye mengandung balik selepas 6bulan bersalin…
Tetapi dah rezeki Allah Taala, saye disahkan mengandung kembali pada bulan februari 2012…dan saya telah bertanyakan kepada doktor..pada pendapat doktor saye kene gugurkan kandungan ini…kene makan benda-benda tajam..tetapi saye tak berani nak makan benda-benda tajam sebab saye kan operation..takut kat dalam luka tak baik lagi….
Saya ingin bertanya apakah hukum saye melakukan keguguran pada kandungan ini?
Lagi pun saye ade sebab musabab bukan saja-saja nak buang benih ini..saye tak nak memudaratkan diri ini dan kandungan saye untuk akan datang…tolong saye…
manusia ari ni sggup lakukan ap sja utk memuaskn nafsu tmsuk mbunuh ank sdiri…ad stgh mnusia y rndah nilai moral malu dgn msyrkt bila mlhirkn ank y rmai smpai sggup gugurkn nye… astagfirullahalazim… smoga Allah s.w.t mgampunkn dosa mreka y mgugurkn benih mreka sdiri.
Sy telah melakukan hub, kpd julia.. kl tau akhirnya akn mjd masalh, tentu dunia ini akn indah tnpa aborsi. tp semua itu kan udh trjdi. kd jgn menjudge… alangkah baiknya jika julia mempunyai solusi yg lebih baik utk kami. kami br berencana, jd blm diaborsi.. adakah solusinya??
Salam, saya memang menentang sangat org yang mahu menggugurkan kandungan tidak kira usia.Lainlah sekiranya boleh mengancam nyawa ibu dan sebagainya.Kalau tidak mampu dan tidak mahu hamil sementara belajar atau sebagainya kenapa tidak menggunakan kaedah perancangan semulajadi spt azl',mengira waktu kesuburan dan sebagainya sebelum terjadi?? Apabila sudah terjadi mulalah menyesal dsbnya… masaallah.Org yg seperti saya sukar mendapat anak sentiasa mengharap2 sedangkan org yg dikurniakan Allah tidak tahu menghargai dan bersyukur….