Hukum melakukan rebonding
Assalamualaikum ustaz,
Apa hukum melakukan 'rebonding' bagi wanita bertudung (untuk kekemasan diri) yang sememangnya tidak bertujuan untuk menarik perhatian bukan muhrim?
wallahua'lam
Jawapan:
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه أجمعين، وبعد:
Merujuk kepada makna asal perkataan rebonding adalah meluruskan semula rambut. Namun perkataan tersebut digunakan juga dengan makna “kerinting” rambut. Secara umumnya, tiada nas yang spesifik menyentuh mengenai larangan atau keharusan meluruskan atau mengkerintingkan rambut. Bagi mereka yang berpendapat hukum rebonding haram berhujah bahawa amalan tersebut termasuk dalam erti kata mengubah kejadian asal yang diciptakan Allah. Hal ini bersandarkan hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata:
“Allah ‘Azza Wa Jalla melaknat orang yang mentatu dan yang meminta ditatukan, yang mencukur alisnya (bulu kening) dan menjarangkan giginya untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Bagi mereka yang mengharuskan rebonding berhujah bahawa larangan dalam hadis tersebut bermaksud mengubah struktur dan fungsi ciptaan Allah secara kekal. Manakala rebonding bukan mengubah struktur dan fungsinya yang asal malah masih dalam konteks tidak kekal dan sangat berkait dengan kaedah dan tata cara menguruskan rambut. Lebih-lebih lagi dalam konteks berhias kepada suaminya. Sebagaimana diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas pernah berkata:
“Sesungguhnya aku berhias untuk isteriku sebagaimana aku suka dia berhias untukku. Sebagaimana aku suka menuntut semua hakku daripadanya, aku juga menyempurnakan semua haknya daripadaku“.
Pada hemat saya, untuk menentukan sama ada amalan tersebut termasuk diharuskan atau sebaliknya beberapa aspek perlu diteliti;
1. Niat dan tujuan
Sekiranya bertujuan untuk kecantikan diri, ianya masih dalam ruang lingkup perkara yang diharuskan lebih-lebih lagi berhias untuk suami. Sabda nabi saw yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan“. Namun dalam waktu yang sama kita perlu mengakui hakikat di sebalik hikmat Allah menciptakan manusia dalam pelbagai bentuk dan rupa wajah dan kita diciptakan dengan secantik kejadian. Maka jika tujuannya untuk berhias di luar rumah maka sudah pasti hukumnya adalah haram.
2. Bahan yang digunakan
Bahan yang digunakan mestilah suci dan bersih dari sudut syara`. Ini bermaksud jika bahan yang digunakan terdiri daripada bahan kimia, maka pengesahan status halalnya perlu dirujuk kepada pihak berwajib. Begitu juga dari sudut kalis air atau sebaliknya. Hal ini perlu dipertimbangkan kerana ia melibatkan hukum mandi wajib dan berwudhuk iaitu memerlukan rambut tersebut dibasahkan. Ini beerti jika bahan kimia tersebut kalis air maka hukumnya haram sekalipun suci dan bersih.
3. Siapa yang melakukan proses rebonding?
Proses rebonding tersebut hendaklah dilakukan oleh rakan sejantina. Dengan itu tidak harus jika yang melakukan rebonding tersebut seorang lelaki sekalipun ditemani oleh suaminya kerana perbuatan tersebut telah mendedahkan aurat kepada orang yang diharamkan melihat auratnya. Persoalan lain juga yang harus difikirkan mengenai hukum mendedahkan aurat kepada wanita bukan Islam dalam keadaan yang bukan diperlukan atau “ dharuri”.
4. Kesan
Antara perkara yang perlu dipertimbangkan, adalah kesan langsung atau sampingan akibat melakukan rebonding. Secara ikhlas, saya tiada mempunyai maklumat mendalam mengenai kesan sampingan penggunaan bahan kimia berkenaan. Tetapi secara prinsipnya, jika penggunaan tersebut memberi kesan negatif sama ada secara langsung atau jangka panjang maka hukumnya adalah haram berasaskan hadis nabi saw: لا ضرر ولا ضرار yang bermaksud “jangan kamu melakukan kemudharatan dan mendatangkan kemudharatan” .
Semoga garis panduan yang diberikan dapat membantu saudari membuat keputusannya.
والله أعلم بالصواب
Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel MUIS
Assalamualaikum wbt
sy ingin btanya. sy bertudung, tp sy ingin mlakukn rebonding. rambut sy sudah smulajadi lurus, tp tidak bgitu rapi. jd, sy ingin mlakukan rebonding, hanya utk tujuan kselesaan, bkn utk mdedahkn rambut pd org. apakah hukumnya?
assalamualaikum. apakah pula hukum jika seseorang ingin melakukan rawatan rebonding tetapi kerana rambutnya sudah rosak dan perlu dibaiki??
assalamualaikum ustaz,
ape hukumnya sekiranya seseorang gadis itu bertudung,mempunyai niat untuk meluruskan rambutnya/rebonding untuk bakal suaminya setelah mereka berkahwin
Assalamualaikum, Syazwan.
Berkenaan dengan soalan yang dianjurkan, ianya adalah tentang 'Hukum Melakukan Rebonding'. Adapun tindakan tidak mengerjakan fardhu solat wajar dikira sebagai perlakuan 'selepas' rebonding dan tidak termasuk dalam 'Hukum Melakukan Rebonding'. Situasi yang sama seperti 'Hukum Mengambil Wudhu' Tanpa Menutup Aurat'. Wudhu' itu masih sah, dan solat yang dikerjakan hasil dari wudhu' itu diterima. Namun jatuh hukum 'berdosa' itu sekiranya berwudhu, SAMBIL membuka aurat di tempat awam DAN diperhatikan oleh orang yang bukan Mahram. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, mohon diperbetulkan. Syukran. 🙂
tp ustaz…saya dngar kalau kita buat rebonding…bukan ke rambut kita tidak boleh dibasahkan untuk beberapa hari…kalau tidak ia akan rosakkan rambut…?
jadi…tidakkah ia menghalang kita dari bersembahyang?