Membaca al-Quran dari mushaf ketika solat

Assalamualaikum ustaz,

sekarang ramai yg bertanya tentang hukum memegang mushaf ketika solat. lebih-lebih lagi ketika solat teraweh sepanjang ramadan di mana imam membaca surah-surah panjang. minta pandangan.

Syukran.

 

Jawapan:

:الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسول الله , وبعد

Adalah harus memegang dan membaca al-Quran dari mushaf ketika solat terawih. Imam Malik telah meriwayatkan bahawa Zakwan maula Aisyah telah mengimamkan Aisyah dalam bulan Ramadhan dengan membaca al-Quran dari mushaf. Ini juga merupakan pandangan mazhab Shafi'e. Imam Nawawi telah berkata: Jika dia menyelak muka suratnya secara berkala dalam solatnya, maka solatnya tidak batal.

Sekian والله أعلم بالصواب

Rujukan
1) فقه السنة للسيد سابق

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS 

8 thoughts on “Membaca al-Quran dari mushaf ketika solat

  • August 12, 2010 at 3:24 pm
    Permalink

    hukum baca terjemahannya pun sama ke ?

  • August 13, 2010 at 5:13 pm
    Permalink

    jika membaca terjemahan, solat tersebut adalah sah (tidak batal)

  • August 16, 2010 at 10:45 am
    Permalink

    bismillahirrahmanirrahim……assalamualaikum….sye nak bertanya,adakah boleh kte membace terjemahan al quran dalam solat????sye amat musykil ngan jwpn ustaz

  • August 16, 2010 at 2:14 pm
    Permalink

    saya rasa… yang ust maksudkan membaca terjemahan tu, bukanlah melafazkan dengan kuat, tp membaca/menyemak dalam hati….
    kalau saya silap, minta betulkan, iye….
     
     

  • August 16, 2010 at 10:53 pm
    Permalink

    Salam Ustaz, saya terus kepada misal : { bagaimana pula sekiranya kita membaca tafsir surah ar Rahman, padahal Imam sedang membaca surah al Imran. Jadi persoalan nya disini, adakah solat kita Sah dan tidak Batal? Alsan kita berbuat demikian adalah kerana untuk mengelakkan kita daripada mengantuk dan khusyuk dalam solat.

  • August 16, 2010 at 11:14 pm
    Permalink

    telah berkata Imam Nawawi: Jika dia menyelak muka suratnya (mushaf) secara berkala dalam solatnya, maka solatnya tidak batal. Jika dia melihat teks-teks selain daripada al-qur'an dan mengulang-mengulang (membaca) di dalam hatinya walaupun lama adalah tidak batal solatnya, akan tetapi ia adalah makruh. Perkara ini telah dinyatakan oleh Imam Shafie dalam kitab الإملاء.
     
    sekian والله أعلم بالصواب
    s/u muis

  • September 1, 2010 at 4:25 pm
    Permalink

    assalamualaikum.. ingin mgetahui, dmana kte nk ltk mushaf smasa ruku' dan sujud???

  • January 1, 2011 at 7:49 am
    Permalink

    Apa yg ustaz terangkan i2 berkaitan dgn solat tarawikh…bagaimana pula hukumnya apabila kita aplikasi perbuatan tersebut dalam solat fardhu…???tidak kiralah sama ada perbuatan tersebut dilakukan oleh imam mahupun makmum…minta pandangn drpd ustaz…jzzk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *