Soal JawabWanita & Kekeluargaan

Hukum lelaki memakai subang

Assalamualaikum ustaz,apakah hukum lelaki yang memakai subang tetapi subang itu memang direka khas untuk kaum lelaki?

Jawapan:

Sudah maklum bahawa subang adalah perhiasan bagi wanita. Namun akhir-akhir ini terdapat lelaki-lelaki Islam yang terpengaruh dengan budaya barat mula memakai subang. Dengan kreativiti yang ada maka dicipta subang untuk lelaki supaya berbeza dengan yang dipakai oleh wanita. Mengikut hukum uruf, seseorang lelaki yang memakai subang dikira menyerupai wanita walaupun subang tersebut direka khas untuk lelaki kerana dia memakai perhiasan yang secara khususnya adalah untuk wanita. Ketahuilah bahawa haram bagi lelaki menyerupai wanita. Larangan ini telah disebut dalam hadis seperti berikut:
 

عن إبن عباس رضي الله عنهما قال: لعن رسول الله صلي الله عليه وسلم المخنثين من الرجال
والمترجلات من النساء ؛ وفي رواية: لعن رسول الله صلي الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال
                                        (بالنساء والمتشبهات بالنساء من الرجال (رواه البخاري

Maksudnya:
Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata: Rasulullah saw telah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan menyerupai lelaki. Dan dalam riwayat lain, Rasulullah telah melaknati orang-orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang-orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan. (riwayat Bukhori).

Oleh itu adalah haram bagi lelaki memakai subang kerana ia dikira menyerupai wanita. Adapun bentuk-bentuk tertentu subang yang dipakai oleh lelaki tidak dapat mengecualikannya daripada dikira menyerupai wanita.

Sekian والله أعلم بالصواب

 

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

3 thoughts on “Hukum lelaki memakai subang

  • hafizuddin

    assalamualaikum.. sy nak tanya berkenaan pemakaian subang jgk.. kawan sy ada pakai subang ketika di zaman remaja, dan sekarang tidak lagi.. cuma lubang tindik masih kelihatan sampai sekarang.. jadi apa hukum dan perkara2 yang tidak layak dilakukan oleh beliau, adakah masih sama seperti hukum org yang memakai subang..

  • bagaimana pula dengan lelaki pakai cincin perak/besi/platinum (cincin bukan emas) ?

  • himmah 'aliyyah

    jzklh khair atas pertanyaan & jwban. saya setuju! subang x sesuai digunakan org lelaki. ia menyerupai wanita. & wanita pun tdk boleh menyerupai lelaki, x cantik

Leave a Reply