Solat tahajud lepas isyak
Assalamualaikum ustaz, andainya selepas solat fardu Maghrib, saya tertidur. Apabila jam 1 pagi, saya terbangun dan saya menunaikan solat Isya' seterusnya menunaikan solat Tahajjud. Apakah tahajjud itu diambil kira?
Jawapan:
الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام علي أشرف الأنبياء و المرسلين
وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد :
Ya, solat tahajud tersebut diambil kira. Ini merujuk kepada makna tahajud yang telah disebut sebelum ini. Iaitulah 'tahajud' merujuk kepada solat sunat selepas bangun daripada tidur malam seperti firman Allah swt:
(ومن الليل فتهجد به نافلة لك (الإسراء: ٧٩
Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu (al-Isra':79)
Oleh kerana anda belum solat fardhu isyak selepas terbangun daripada tidur, maka wajar bagi anda melakukan solat isyak terlebih dahulu. Selepas itu tunaikanlah solat sunat ba'diyyah isyak dan selepas itu barulah tunaikan solat sunat tahajud.
Sekian والله أعلم
Rujukan:
1) Islam Online
Disediakan oleh:
Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS
Point taken.
Jazakallah ya Ustaz. Moga Allah memberi sebaik2 balasan.
Wassalam..
w'salam;
persoalan anda telah dijawab dalam posting sebelum ini. Sila rujuk alamat berikut:
http://muis.ismaweb.net/2010/03/solat-tahajjud/
Sila baca komen tambahan untuk maklumat lebih detail.
sekian wassalam
s/u muis
Salam Ya Ustaz..
Bagaimana pula dengan berjaga malam tanpa tidur, kemudian terus/disekalikan dengan bersolat tahajjud? Adakah ini juga dikira? Atau sememangnya ada dalil2 lain?
Jazakallah.
salam;
sudah tentu solat isyak berjamaah lebih afdhal kerana ia menepati sunnah nabi. Jika benar ia meninggalkan solat isyak berjemaah bertahun-tahun lamanya, keadaan ini perlu diubah kerana menunaikan solat secara bejamaah merupakan sunnah nabi, amalan para sahabat, amalan para imam dan para ulama muktabar.
sekian والله أعلم
setiausaha MUIS
Salam ustaz..
Macamana dengan orang yang jadikan ini sebagai amalan harian? Tidur awal, kemudia bangun untuk isya disambung terus dengan tahajjud. Ini menyebabkan beliau ketinggalan solat isya' jemaah selama bertahun-tahun. Yang mana lebih afdal?