Fiqh SemasaSoal Jawab

Maksud Asobiyyah yang dilarang

Assalamualaikum ustaz,
Bolehkah Ustaz terangkan makna asobiah menurut pandangan Islam? Adakah golongan yang memperjuangkan Islam dengan memartabatkan bangsa sendiri dikira sebagai asobiah?

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين

Definisi asobiyyah yang diberi oleh Nabi Muhammad SAW dapat difahami menerusi hadith Baginda SAW :

Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman. (hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya) Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan Ashobiyyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Adapun tentang kecintaan terhadap sesuatu bangsa, Rasulullah s.a.w. sendiri ada menegaskan mengenai kecintaan terhadap bangsa Arab sebagaimana dalam hadith:

“Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan(.Imam Al-Hakim berkata:Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.)

Dapat difahami sayang kepada bangsa sendiri iaitu bangsa melayu yang di amanahkan pula oleh Allah untuk menerajui islam di negara ini tanpa melakukan penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak di larang. Dalam masa yang sama sebarang kezaliman , kemungkaran dan kemaksiatan tetap dibenteras walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.

Maksud umum kepada asobiyyah bukan setakat berlaku apabila pembelaan kezaliman kepada bangsa tetapi ia juga boleh berlaku apabila kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan, puak, organisasi, keluarga, parti atau jamaah dibela dan dipertahankan.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Desediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS 

10 thoughts on “Maksud Asobiyyah yang dilarang

  • SYAFIQ

    UsTAZ, ustaz tdk mmbwa apa2 status tntg kesahihan hadis tersebut sedangkan ia bertentangan dengan hadis sahih..

  • Pingback: Bangsa melayu!!!wajib baca nie!!!!!! - Page 11 - Portal Finance, Investment & Business

  • ameer

    “Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan(.Imam Al-Hakim berkata:Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.)

    ada para ulama berijtihad yang kalau hadis yang bertentangan dgn hadis yang sahih jd tidak layak diisyhtiharkan sbg hadis.

    "Bukan termasuk kalangan ummatku orang yang mengajak pada asabiyah, dan bukan termasuk kalangan ummatku orang yang berperang atas dasar asabiyah, dan bukan termasuk kalangan ummatku orang yang mati atas dasar asabiyah." (hadis riwayat Abu Dawud).

    minta pendapat?sy bru nk blaja hal ni..^^

  • hamba

    salam.
     
    ustaz,harap dilakukan kajian yang lebih mendalam tentang 
    “Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan(.Imam Al-Hakim berkata:Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.)
    *harap jika bukan bukhari dan muslim yang mriwayatkan,kalau boleh,mohon dijelaskan siapa perawinya, supaya tiada unsur ragu2, dan sila rujuk pernyataan dibawah utk mengetahui apakah maksud ayat saya ini.
    saya pernah mengkaji,dan ini telah diijtihadkan oleh para ulama',yang hadith ini tidak layak diisytiharkan hadith,atas hujjah yang ada hadith yang bertentangn dengan maksud "hadith" diatas. dan ia bukan saya yang memberi pernyataan diatas. ia dilakukan oleh para mufassir sendiri.. bagi kejelasan lebih lagi,ustaz bole mengkajinya dgn lebih mendalam, sama2 kita usaha mendapat kesahihan yang jelas. 

  • zulkifli Ishak

    Ustaz boleh tolong jelaskan perbezaan maut, mati, ajal.  Dalam agama kita perkataan tersebut digunakan pada masa yang tak sama.Assalaamualaikum

  • syukran, atas penjelasan.

  • pencari_ilmu

    i like…

  • Setiausaha MUIS

    larangan atau celaan asobiyyah yang disebut dalam hadis yg anda bawa adalah bersifat umum. Menggunakan lafaz hadis yang umum sahaja sedangkan di sana terdapat hadis yang mentakhsiskannya adalah suatu yang perlu dinilai semula mengikut kaca mata ilmu istinbat hukum seperti yang dipelajari dalam disiplin usul feqh dsbnya. Bagaimana dia boleh menerima sebahagian hadis yang mencela asobiyyah tetapi tidak menerima hadis lain yang menghuraikan maksud asobiyyah yang dicela ialah yang menyeru kaumnya kepada kezaliman. Kenapa boleh menyebut sebahagian hadis tetapi mendiamkan diri dengan hadis lain.
    Jadi menyeru bangsanya supaya kembali berpegang kepada Islam, menyeru bangsanya supaya bersatu di bawah panji tauhid tidak termasuk dalam asobiyyah yang dicela. Jika dia masih menggunakan hadis di atas untuk mengatakan orang yg menyeru bangsanya supaya kembali kepada Islam, kembali bersatu di bawah panji tauhid sebagai asobiyyah yang dicela maka saya hanya mampu menjawab  إنا لله وإنا إليه راجعون
     
    Untuk lebih memahami masalah ini, saya mencadangkan supaya buat sedikit kajian mengenai maksud asobiyyah di segi bahasa, maksud asobiyyah yang terdapat dalam berbagai-bagai hadis, adakah asobiyyah mempunyai satu makna sahaja sedangkan hadis nabi menunjukkan asobiyyah mempunyai lebih daripada satu makna, rujuk pandangan-pandangan ulama hadis yang mensyarah perkataan asobiyyah yang terdapat dalam berbagai-bagai hadis dan pandangan ulama-ulama muktabar lain mengenai maksud asobiyyah seperti yang disebut dalam hadis. Moga Allah permudahkan. 
     
    sekian والله أعلم
    S/U MUIS

  • tmbhan baru erjumpa, harap dapat penjernihan.
    “ Barangsiapa yang berjuang di bawah panji-panji emosi, menjadi marah karena sikap berat sebelah (’asabiyah), atau menyeru ke arah ‘asabiyah, atau mendukungnya dan kemudian meninggal, maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah.” (Sahih Muslim)
     
    Bukan daripada golongan kami sesiapa yang menyeru kepada Asabiyah, dan bukan daripada golongan kami sesiapa yang berjuang di atas panji Asabiyah, dan bukan daripada golongan kami sesiapa yang mati di atas Asabiyah (Sunan Abu Dawud).

  • Ustaz, bagaimana hadis ni:
    "Bukan termasuk kalangan ummatku orang yang mengajak pada asabiyah, dan bukan termasuk kalangan ummatku orang yang berperang atas dasar asabiyah, dan bukan termasuk kalangan ummatku orang yang mati atas dasar asabiyah." (hadis riwayat Abu Dawud).
    saya ambil dari web politik isk2,
    ada lagi:
    “Barangsiapa menyeru kepada assobiyah dia bukan dari kalanganku"  Hadis riwayat Abu Daud.
     
    saya tak tahu kesahihan hadis2 ini, mungkin banyak lagi terlepas pandang, apa pendapat ustaz, takut sangat dikhuatiri ramai sangat orang mengnisbahkan sesuatu hadis secara zalim kepada golongan2 tertentu.
     
    harap dah memberi komen.

Leave a Reply