IbadahSoal Jawab

Hidung dan ibu kaki menyentuh sejadah

Assalamualaikum ustaz, saya tertarik dengan soalan yang ditanya oleh saudari Khairiah mengenai persoalan ini –>http://muis.ismaweb.net/2010/05/tapak-tangan-di-atas-kain-telekung-ketika-sujud/

Di sini ingin saya utarakan satu soalan dengan lebih lanjut, dalam waktu kita solat, wajib ker bagi kita, hidung dan kedua-dua ibu kaki menyentuh sejadah/atas tempat solat sebagai mana dahi wajib sentuh sejadah/atas tempat solat tersebut?

Jawapan:

الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام علي أشرف الأنبياء و المرسلين

وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد

Berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam masalah yang ditanya.

Bila sebut sesuatu masalah itu khilaf, maka sudah tentu pendapat yang diberi oleh ulama A berlainan dengan pendapat yang diberi oleh ulama B.

Bagi memudahkan untuk beramal, saya nukilkan pandangan mazhab Shafie daripada kitab روضة الطالبين وعمدة المفتين karangan Imam an-Nawawi.

Merujuk kepada masalah yang ditanya ia adalah seperti berikut:

1) Menyentuh hidung di tempat sujud.
Adalah tidak wajib menyentuh hidung di tempat sujud (rujuk Raudhah at-Tolibin).

Walaubagaimanapun ketika kita meletakkan dahi ke tempat sujud, hidung kita sememangnya sudah menyentuh tempat solat/sejadah. Terdapat satu kaedah iaitu;
"Yang aula dalam beramal ialah keluar daripada khilaf".

Jadi, pastikan hidung kita menyentuh tempat solat/sejadah supaya tiada khilaf dengan mereka yang mewajibkannya.

2) Menyentuh kedua-dua ibu kaki ke tempat solat/sejadah.
Sebagaimana yang telah disebut sebelum ini mengenai anggota sujud yang tujuh termasuk jari-jari kaki, maka yang diambil kira hanya cukup dengan mengenakan sebahagian daripada jari-jari kaki ke atas tempat solat/sejadah. (rujuk Raudhah at-Tolibin).
Berdasar kaedah "Yang aula dalam beramal ialah keluar dari khilaf", maka adalah disarankan supaya kedua-dua ibu jari kaki dipastikan menyentuh tempat solat/sejadah supaya tiada khilaf dengan mereka yang mewajibkannya.

Sekian والله أعلم

Rujukan:
1) Imam an-Nawawi, Raudhah at-Tolibin.

Disediakan oleh:
Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS 

2 thoughts on “Hidung dan ibu kaki menyentuh sejadah

  • Setiausaha MUIS

    salam;
    Tiada masalah (solat sahih), samada sentuh sejadah secara direct atau berlapikkan kain telekung.
    sekian والله أعلم
    s/u muis

  • Hujung jari perlu sentuh sejadah atau boleh berlapikkan kain telekung yg dipakai?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *