Solat sambil dukung anak

Assalamualaikum ustaz,Saya seorang surirumah dan mempunyai anak yang masih kecil.Saya ingin bertanya adakah dibolehkan mendukung anak ketika saya sedang solat untuk mengelakkan anak menangis. Jika boleh apakah dalil dan syarat-syaratnya. Terima kasih.

Jawapan:

الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام علي أشرف الأنبياء و المرسلين

وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد

Adalah dibolehkan solat sambil mendukung anak yang masih kecil. Soalan sebegini telah ditanya kepada Syeikh Fauzan dan beliau telah menjawab seperti berikut:

ويجوز حمل الطفل في الصلاة‏.‏ فقد حمل النبي صلى الله عليه وسلم أمامة بنت ابنته زينب رضي الله عنها وهو يصلي وكان الحسن والحسين رضي الله عنهما يصعدان على ظهره صلى الله عليه وسلم وهو ساجد

Maksudnya:
Diharuskan mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Sesungguhnya Nabi saw telah mendukung Umamah binti Zainab r.a dalam keadaan baginda sedang solat. (riwayat Bukhori dan Muslim). Dan adalah Hasan dan Husain memanjat belakang Nabi saw ketikan baginda sedang sujud. (tamat jawaban syeikh Fauzan)

Syarat yang perlu dipatuhi ialah jangan melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat seperti:
1) Pastikan anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam an-Nawawi dalam kitab majmuknya.
2) Kawal pergerakan. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu').
3) Dada sentiasa mengadap kiblat.

Sekian والله أعلم

Rujukan:
1) Fatwa Syeikh Fauzan
2) http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=199160

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

7 thoughts on “Solat sambil dukung anak

  • May 15, 2010 at 6:38 pm
    Permalink

    Salam,
    Panel MUIS, moga dirahmati Allah.
    Anak-anak kecil biasanya memakai lampin, bermaksud mereka sentiasa mengendong najis (air kencing, atau tahi).. Tetapi tidak mengotori orang yang bersolat tu, bagaimana pula ya?

  • May 16, 2010 at 8:05 pm
    Permalink

    w'salam;
    Keadaan anak-anak kecil yang memakai lampin dan dalam lampin tersebut terdapat kencing atau najis tetapi ia tidak meleleh keluar adalah dimaafkan. Ianya berdasar kepada kaedah عموم البلوي.  عموم البلوي merupakan keadaan keuzuran atau kelemahan yang dihadapi oleh manusia yang sukar dielak dan keadaan tersebut dimaafkan oleh syarak.
    sekian والله أعلم
    s/u MUIS

  • May 17, 2010 at 8:40 pm
    Permalink

    huraian;
    Pastikan sebelum solat pakaikan anak dengan lampin yg bersih. Apabila telah mula solat dan pada waktu tersebut anak terkencing atau berak dalam lampin tanpa meleleh keluar dari lampin (lampin dipakai dalam keadaan kemas). Keadaan sedemikian dimaafkan berdasar kaedah عموم البلوي. Iaitulah kemaafan yg diberi oleh syarak kerana keuzuran dan kesukaran yang kerap dihadapi oleh manusia. Ini ialah kerana kewajiban solat dilakukan secara berulang kali dan anak-anak akan mengulangi perkara yang sama juga secara berulang kali.
    sekian والله أعلم
    s/u muis

  • August 23, 2010 at 4:58 pm
    Permalink

    Terima kasih atas penerangan ini. Ia amat berguna kepada saya kerana ramai orang masih beranggapan sebaliknya. 
    sekian.

  • October 28, 2011 at 4:44 pm
    Permalink

    salam panel MUIS,
    sy mempunyai sorg anak lelaki berumur 3 tahun.Tiap kali solat die suke sgt mengacau sy seperti menarik kain telekung,sejadah,bermain2 di hadapan sy,naik di atas belakang badan semasa sy sujud dsb.Jadi solat sy terganggu.Apakah cara terbaik untuk sy lakukan.Anak sy pula tidak mahu jika dipanggil oleh ayahnye,die akan terus menunggu/usik sy di tikar sembahyang..

  • Pingback: hukum sembahyang sambil dukung anak | Kemaskini Hidup Anda

  • February 10, 2012 at 6:17 pm
    Permalink

    salam wbt s/u muis..tu solat fardu ka sunnat..?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *