IbadahSoal Jawab

Kongsi Korban

Assalamualaikum wbt

1) Seorang ingin buat Qurban (sempena raya haji). Dia memberikan sejumlah wang kepada rakan/saudara/ahli keluarganya dari institusi yg menguruskan qurban tersebut. Tetapi wang tersebut tidak mencukupi. Lalu bakinya ditampung oleh seorang rakan/keluarganya itu tanpa pengetahuannya. Adakah sempurna korban orang itu?

2) Bolehkah satu bahagian korban diniat korban oleh 2 orang seperti kes di atas i.e. orang kedua pun niatkan korban alang-alang ATAU kedua mereka memang sepakat bahagi 2 kerana tidak mampu membayar penuh (tapi bersemangat nak korban)?

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله و الصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين

Adalah dua perkara untuk menyempurnakan ibadah berkenaan

i.              hendaklah rakan berkenaan menghadiahkan wang berkenaan dan memaklumkan kepada rakannya itu.
ii.              jika tidak cukup kadar yang sepatutnya dalam perkongsian korban itu maka sumbanganya itu dianggap bersedeqah contohnya seperti sedeqah korban di Palestin yang dilancarkan oleh Aman Palestin berhad.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *