Fiqh SemasaSoal Jawab

Hukum melukis benda hidup

Assalamualaikum ustaz,

Apakah hukum melukis benda hidup seperti manusia, haiwan dan sebagainya. Ada yang mengatakan jika kita lukis gambar benda hidup, nanti di akhirat Allah akan menyuruh kita menghidupkan lukisan yang kita lukis tersebut, sejauh mana kebenaran kata-kata ini dan adakah dalil quran dan sunnah yang mencoretkan demikian?

Jawapan:

Wa’alaykumussalam

الحمد لله و الصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين

Tidak harus melukis gambar objek-objek yang mempunyai ruh seperti manusia dan haiwan samada dilukis, diukir diatas kertas, batu, dinding dan sebagainya. Larangan ini juga meliputi gambar yang sebenar ataupun gambar yang diandaikan atau dikhayalkan seperti gambar Maryam, Isa, kuda terbang, manusia yang mempunyai banyak tangan dan sebagainya.

Ini berdasarkan dalil-dalil berikut :-

عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ سَفَرٍ وَقَدْ سَتَّرْتُ عَلَى بَابِي دُرْنُوكًا فِيهِ الْخَيْلُ ذَوَاتُ الأَجْنِحَةِ ، فَأَمَرَنِي فَنَزَعْتُهُ . رواه مسلم (2107)

Bermaksud: Daripada Aishah r.a berkata: Satu ketika Rasulullah SAW pulang dari satu perjalanan dan memerintahkan aku untuk menanggalkan langsir yang menutupi pintu terlukis gambar kuda bersayap maka akupun menanggalkannya

 
Dalam satu riwayat yang lain Aishah menceritakan bahawa beliau membeli sebuah bantal yang ada lukisan pada bantal berkenaan menyebabkan Nabi SAW tidak masuk ke rumah. Aishah pun berkata: Aku bertaubat kepada Allah terhadap dosa yang aku lakukan. Nabi SAW bertanya: bantal ini untuk apa. Aishah berkata: untuk Tuan duduk di atasnya dan bersandar .Rasulullah SAW bersabda :

 

: ( إن أصحاب هذهالصوريعذبون يوم القيامة ، يقال لهم : أحيوا ما خلقتم ، وإن الملائكة لا تدخل بيتا فيه الصور) . الراوي:عائشة المحدث: البخاري – المصدر: صحيح البخاري – الصفحة أو الرقم: 5957خلاصة حكم المحدث:)صحيح(

 

Bermaksud: Sesungguhnya pelukis-pelukis gambar ini akan di azab pada hari qiamat dan dikatakan kepada mereka: hidupkanlah apa yang kamu cipta. Sesungguhnya malaikat tidak masuk rumah yang ada di dalamnya gambar.

 

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS

9 thoughts on “Hukum melukis benda hidup

  • as salam, adakah hukum melukis kartun haram??? saya dan lukisan tidak boleh dipisahkan….. saya selalu menghadiahkan lukisan tersebut kepada rakan2….

  • sharifah norhadizah

    salam ustaz..bagaimana pula dengan lukisan sperti cartoon di bantal? sy gemar mengumpul barang2 bercorakkan doraemon,.adakah perbuatan sy ini salah? sy minta penjelasan dr pihak ustaz.

  • Jawapan utk Saudara Edy :
    Bismillahi walhamdulillaahi wakafaa wassolaatu wassalaamu 'alaa habiibil mustofaa.
    Cuba lukis sesuatu yg tidak bernyawa, cntohnya pemandangan2 dan suatu yg abstract yg tidak jelas. semoga Allaah memberi rezqi kepada anda dari jalan2 yg lain.. aamiin

  • Pingback: melukis komik/benda hidup itu haram ? | ! woot woot

  • Assalamualikum WBT..sy merupakan pelajar dlm bidang animasi 3D..apakah hukumnya seperti mencipta karakter 3d berupa manusia..seperti rancangan Upin % Ipin? Selain itu saya juga mencipta pelbagai watak imaginasi yang lain maka apakah hukumnya?..harap dapat menyelesaikan kekusutan ini..terima kasih..

  • Assalamualaikum Ustaz,
    Saya mencari rezeki dari menjual hasil2 lukisan yang saya buat…samada untuk pendidikan, perhiyasan, dan untuk hiburan semata2.
    persoalannya…adakah duit yang saya perolehi itu haram?

  • Setiausaha MUIS

    salam;
    utk makluman us zamri sedang uzur sekarang. rasanya dah lebih seminggu. Jadi utk sementara ini saya respon dulu persoalan yg ditimbulkan.
    1) gambar yg dicuci seperti dlm album gambar.
    Syeikh Qaradhawi telah membincang permasalahan ini dalam bukunya halal dan haram dlm Islam. Beliau telah menukil pandangan bekas mufti Mesir Syeikh Muhammad Bukhit yang menyatakan keharusannya kerana gambar dalam filem kamera tidak termasuk dalam larangan yang disebut dalam hadis.
     
    2) melukis kartun/komik/karikatur
    Perkara ini berlaku perselisihan di kalangan ulama. Yang membenarkannya berasaskan kepada memberi kelonggaran kerana tujuan pendidikan dan dakwah. Mereka memahami hadis2 larangan tentang gambar dengan menggunakan kaedah دلالة الإقتضاء.  Berdasar kaedah tersebut adalah dibenarkan kerana tujuan pendidikan dan dakwah.
    sekian  والله أعلم
    والسلام
    s/u muis

  • salam ustaz..bagaimana dengan melukis komik, kartun dan karikatur? ana pernah terbaca kat intro kamus idris marbawi yang mengatakan keharusan melukisnya..minta penjelasan..jawap di comment pun tak mengapa..jazakallah

  • muhammad firdaus bin sulaiman

    jazakumullah khair kepada ustaz-ustaz yang sudi menjawab soalan saya di atas, ada satu lagi persoalan, bagaimana pula dengan gambar yang dicuci seperti dalam album-album gambar?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *