Relevankah istilah 2 kolah?

Assalamualaikum ustaz,

Boleh Ustaz tolong jelaskan:

  1. Istilah 2 kolah? Adakah istilah ini boleh diguna pakai lagi kerana pada zaman sekarang, jarang kita dgr istilah ini, dan adakah masih praktikal lagi istilah ini atau perlu ditukar istilah?
  2. Bagaimana jika kita ambil wudhuk tak cukup 2 kolah tapi airnya air mutlak?

Jawapan:

وعليكم السَّلام ورحمة الله وبركاته،

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد:

  1. Lafaz dua kolah merupakan nas asal yang menjadi sandaran para ulama dalam menentukan status  air  yang sekiranya terjatuh najis ke dalamnya masih dikira bersih selagimana tidak berubah dari sudut bau atau warna atau rasa.  Hal ini bersandarkan kepada sebuah hadis yang bermaksud; “Dan apabila air itu mencukupi dua kolah ia tidak menjadi najis” (Abu Dawud: no. 65) Dari sini, lahirlah  ukuran dan timbangan lain yang menyamai air dua kolah. Jika dipindah dalam bentuk timbangan iaitu seberat 192.857 kilogram dan jika ditukarkan dalam bentuk ukuran keluasan bagi empat segi tepat iaitu 1¼ hasta lebar x panjang x dalam dan jika binaan tersebut dalam bentuk bulatan ukurannya adalah dua hasta dalam x lebar.  Jadi kesimpulannya, terpulang kepada saudara apakah bentuk ukuran atau timbangan yang ingin saudara gunakan.
  1. Hukumnya sah wudhuk berkenaan asalkan air tersebut suci dan bersih sekalipun  tidak mencukupi dua kolah. Begitu juga, sah hukumnya mengambil wudhuk dengan air yang ditakung di dalam baldi atau bekas tertentu.

والله أعلم بالصواب

 

    Disediakan oleh:
    Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
    Ahli Panel MUIS

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *