MuamalatSoal Jawab

Hukum hisap shisha

Assalamualaikum ustaz,

Apa hukum menghisap shisha? Adakah sama dengan hukum menghisap rokok? Dan adakah kesannya sama dengan rokok? syukran ustaz..

 

Jawapan:
 
الحمدلله والصلاة والسلام علي رسول الله وعلي آله وأصحابه أجمعين ، أما بعد
 
Sebenarnya soalan seperti di atas pernah ditanya kepada bekas mufti Arab Saudi, iaitu Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.  Jadi di sini saya memilih untuk menjawab soalan di atas dengan menterjemah jawapan yang telah diberi oleh bekas mufti Arab Saudi. Terjemahannya adalah seperti berikut:
 
Soal: Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok? Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?
 
Jawab: Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt
 
يسئلونك ماذا أُحل لهم قل أُحل لكم الطيبات 
 
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)
 
Dan firmannya lagi:
 
ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث
 
Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157)
 
Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon. (tamat jawaban bekas mufti Saudi)
 
Saya juga sempat bertanya kepada doktor pakar, Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin mengenai kesan buruk menghisap shisha. Adakah kesan menghisap shisha sama dengan kesan menghisap rokok? Jawaban ringkasnya, kesan menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk bergantung kepada bahan perasa atau tambahan yang digunakan semasa menghisap shisha.
 
Sebagai kesimpulan, menghisap shisha adalah haram sepertimana haramnya menghisap rokok dan kesan mudarat menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk daripada kesan menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan yang digunakan.
 
Sekian والله أعلم
 
 
Rujukan:
1) Website: http://muntada.islamtoday.net/t61245.html
2) Soal jawab dengan Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin

 
 
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha Muis

 

 

 

 

 

44 thoughts on “Hukum hisap shisha

  • Pingback: agame

  • Pingback: tambah nafsu

  • kepada semua yang masih keliru/ tertanya-tanya;
    1. Shisha (aragella) haram disebabkan sifat merosakkan yang ada
    2. Shisha CONFIRM mudharat pd kesihatan (malah lebih dari rokok)
    3. Isu ketagih atau tidak bukanlah satu concern. Kalaulah shisha & rokok merosakkan kesihatan manusia dengan kaedah yang berbeza, kesan akhirnya tetap sama. Maka hukum dibuat berdasarkan kesan akhir, bukanlah bagaimana proses kerosakkan itu berlaku.
    4. Mungkin orang yang keluar bahasa2 kesat macam 'ape pon xboley' ni salah satu gambaran kesan negatif shisha/ rokok. Saya cadang tak payah kaji perkembangan semasa, tak payah selidik pandangan akademik dsb sebab saya tak rasa akal anda mampu memahami, dan kalau faham pun emosi anda lebih diutamakan.
    *bekas pelajar perubatan

  • apa pon xbleh

    masalahnye kalau setakt tilis kt sini,bnyak ker anak mude nk bukak web ni,dwang skdar tgok youtube jer,maaf la kalau bhase kasar sangt, tapi kalau jadi mnusia xberfikir sebelum bertindak xada guna nya juga,knape saudara iqbal cakap bkan mudah nk kluar kan kt akhbar,,,,bkan ke majlis fatwa da haramkn,so xkan xder kouta yg boleh kluar kan bnde ni kt akhbar harian ataupn akhbr lain2,common la buang perkataan bukan mudah 2,,,kalau bagi perkataan insyaallah saya akan usaha kn untuk kluarkan dkt alhbar sedap jugak hati mndengar,,ni cakap bkan mudah,semua org sangsi,mner pergi kekuatan agame kamu,saya mintak maaf sngt pada sesape utaz2 yg ade kt sini,bkan niat nk kurg ajar,tapi hati panas je,sebeb ltak bnde ni kt web je,org mude skrg bkn ade mse tok bnde2 gini,diorang lg seronok ber facebook,,so saya harap sangt kluarkan la kat suratkhbar ke,kt television ke,sebab bende ni ustaz2 boleh kluarkan,mintk maaf lg sekali,k assalamualaikum,,,

  • dah keluar surat khabar mane hala dah la..hang ja tak baca..

  • rusman

    kpd saudara apa pon xboley, harap menjaga tatatertib komunikasi. zaman sekarang, budak2 muda macam kita ni lebih banyak consume media di internet berbanding surat khabar (yang kertas tu). lebih banyak facebook dari textbook. 
    salah satu etika dalam internet (nettiquette) yang kita harus fahami jg adalah harus menjadi berani. tanya2 soalan semua tu ok dah pakai nama sebenar. tapi bila tukar mode menggunakan bahasa kurang sopan, terus pakai nama samaran, kuranglah accountability nya. at least ust mad kluakan artikel soal jawab ni pakai nama sebenar.

  • -Astaghfirullah.bukan mudah camtu je nak masukkan ke suratkhabar..menulis di sini ada juga pahalanya kalau ikhlas…amal kita bagaimana?
    -bersangka buruk dan mengutuk ustaz, mmm..agaknya ustaz mad maafkan tak..
     

  • ape pon xboley

    dunia dunia dunia,ape nak jadi,,,berdebat lame2 pon xgune,kalo ustaz2 ni semua pon xgune,tapi walau agak menyakitkan soalan2 yg diberikan sya ucapkan terima kasih kepada DANIAL BIN ELIAS,kerana memberi pelbagai soalan2 yang merumitkan,kerana dari soaln anda,bnyak pandangan yg kita dapt,
    tapi yang saya pelik kenapa ustaz yang keluarkn hukum2 ni bodoh sangt,sori yer kasar sikit bhase,dah la kluarkan hkum kt internet,ape ke bengkak sangt otak 2,kluarkan lh kt akhbr harian,,,television ader,otak xder ker,mner pegi ustaz2 ni,tkot ker,dengar mcm2 sampai ader kjian dokter,asal xkuarkan,,takot dengan kerajaan,ker bnyak sangt makan rasuah,,,klo setakat kluarkan hukum ni kt sini,kita2 jerk tau,so orang lain macm maner xkan nk biarkan mereka2 yang lain hanyut,fikirlah,jangan jadi bacol,kalo stakt kluarkan kt internet adek aku yg kecik pon reti buat,,,

  • kita sbg manusia seharusnya berfikiran optimistik.
    seteruk mana persoalan/pendapat dpd mereka harusnya kita terima dr sudut positif.
    bila mereka komen melulu jgn kita sekali membalas komen yg melulu.
    mungkin ada yg fikir persoalan yg diberi agak bodoh spt org tidak berilmu tapi cuba fikir dari sudut positif yg mereka benar2 tidak mengetahui atau mereka benar2 keliru dgn kenyataan ini. dan kita yg tau serba sedikit bantu dgn ikhlas dan steady.

  • support 100% bahawa shisha adalah haram.
    terus-terang saya katakan soalan2 dari danial elias agak menyakitkan hati kerana terlalu byk persoalan yg sbnrnya sudah jelas jawapan yg diberi. tapi, persoalan2 yg diberi oleh beliau sbnrnya membuatkan kita semua mendapat ilmu ataupun penambahan ilmu secara tidak langsung. so, sy nak ucapkan terima kasih kpd mereka yg memberi soalan2 dan juga kpd mereka yg menjawab soalan2 tersebut dgn jelas, terang, tepat dan nyata.

  • Maharaja

     
     
    Siapa kata hisap rokok & hookah atau shisha haram?
    Siapa kata "hisap" atau ambil dadah haram?
    Hisap rokok & hookah atau shisha adalah "halal" sebab kerajaan tidak mengharamkan penjualannya!
    Hanya rokok atau hookah atau shisha yang diseludup, dijual di bawah kaunter dan tidak dibayar cukai kepada kerajaan, itu adalah "haram"!
    Begitu juga dengan penjualan arak, ianya "halal" sebab kerajaan boleh kutip cukai, buat duit!
    Apakah dengan jualan arak "halal" tidak memabokkan jika diminum oleh orang bukan Islam atau orang Islam sendiri?
    Kita tanya pakar undang-undang – kenapa buat dan jual arak itu "halal" dan buat guna makmal "haram" jual atau mengedar dadah itu "haram"?
    Pernah kita dengar tuan punya kilang arak Calsberg dan Guinness Anchor turun naik mahkamah atau kena jel kerana buat, proses, botol, pasar dan jual arak "halal"???
    Tapi yang selalu kita lihat dan dengar di kaca TV negara kita – si A didapati memiliki, mengedar dadah "haram" (ganja, heroin, pil ekstasi) kena naik turun mahkamah, keluar masuk lokap/jel dan menjadi "artis popular" di kaca TV stesen penyiaran berkenaan!
    Kalau hukum di sisi Islam sudah menentukan halal dan haram, perkara utama dan tindakan wajib dilaksanakan oleh pemerintah atau kerajaan, barulah "ngam" namanya!
    Ini tidak berlaku, ada untung walaupun haram, jadi halal! Benda rugi, tak jadi cukai dan duit walaupun "haram", jadi HARAM!
    Kita jadi bengong kan! Akhirnya, biasa kita ucapkan – itu kerajaan macam "HAREM"! Heh heh heh….

  • hanya aku

    SUMMARISE
    GARAM DAN GULA = KEPERLUAN ASASI MANUSIA

    ROKOK DAN SHISHA = BUKAN KEPERLUAN ASASI MANUSIA
    AMBIL BERLEBIHAN GARAM DAN GULA = MENDATANGKAN PENYAKIT
    AMBIL BERLEBIHAN ATAU SEDIKIT ROKOK DAN SHISHA =  MEMUDARATKAN BADAN.
     
    EH, COMMON LA, TAKKAN NAK KENA CAKAP MCM NI BARU NK FAHAM? DUHH.
    HOPE TAK ADA SOALAN BODOH LAGI.

  • sixx

    kalau hisap sekali dua xpe laa ..
    banyak lagi benda yg melalaikan .
    tv,concert,lepak bla bla

  • aku siapa

    Siapa yang kata gula,garam etc tu memundaratkan memang bangang kot?Yang aku tau kalau terkurang atau terlebih je baru memundaratkan.Tentang rokok ni,siapa yang hisap(dan nak mampos),aku persilakan…tapi jgn la ajak org lain nk hisap rokok sekali…kalau ya nk merokok pun,pergilah tempat lain…tentang hisap shisha plak..aku x kata salah pun…tapi memundaratkan jgk…Tuhan bagi oxygen untuk kita bernafas…tapi kau nk jgk hisap asap shisha,mmg bangang tahap gaban la…aku sokong pendapat yang positif dan logik.Kalau setakat merapu,mmg bodoh kot?Lagi satu,shisha ni,kalau mmg org melayu kita dh mula hisap,kebanyakkannya ketagih.Aku pernah tngk org bergaduh sebab shisha kna tibai dgn member sendiri.Nak2 lg,ada yg tamba "perisa" dgn bahan dadah,confirm lg "power" shisha tu.Aku sokong pendapat kalau kata shisha dgn rokok tu adalah HARAM.Memundaratkan kesihatan secara x langsung, membazir!!Kalau aku ckp salah, sorry le. Tapi kaum2 yg bongok,sentiasa menafikan apa yg haram,dan akan mempersoalkan lagi knapa benda tu haram,mcm depa dh pndai…kau pergi mati,lpas tu tanya dgn Allah s.w.t,hala ke benda yg korang hisap tu??Bangang…x pasal2 ustad yg tulis artikel ni kna mamboo dgn org2 pendek akai…ckp biar berasas bro…jgn ckp sebarangan…aku naik hangin bila ada org mempersoalkan apa yang haram.Hello,dalam dunia ni,xda yang 100% perfect ok!Kalau benda tu 80% perfect dh consider alright la jgk..Tapi klau benda tu setakat 20% kebaikan,80% keburukan,x payah la…memundaratkan la maknanya.

  • wsalam.
     
    1) ketika saudara mendakwa SHISHA dpt mengurangkan selsema, sedar atau tidak saudara juga turut menyedut penyakit baru.
    2) kesan selsema berkurang mungkin disebabkan MINT yg digunakan. Tidak semestinya saudara perlu hisap SHISHA untuk mendapat manfaat MINT. Terdapat banyak alternatif yang pasti HALAL.
     
    – maaf sekiranya reply saya silap. ilmu saya terlalu sedikit.

  • Assalamualaikum

    Dengan tak berniat langsung untuk menambah minyak dalam api yg sedang marak. biarlah kita berdiskusi secara sihat. Kalau SISHA itu memang HARAM, kita akan cari sebabnya. Bukan main sedap cakap.

    Pertama2, SISHA tidak sama dengan ROKOK. ROKOK sudah terbukti mengandungi lebih 4000 jenis racun. So mana dtgnya statement kajian menghisap sisha lebih teruk dr menghisap rokok?

    Biarlah dijelaskan sekali lagi. SISHA yg ada di MALAYSIA ini TIDAK SAMA dengan apa yg ada di Timur Tengah. Mereka ada satu jenis lagi SISHA @ Hookah yang menggunakan TEMBAKAU ARAB sebagai bahan sedangkan SISHA yg dihisap di sini adalah dr jenis BUAH2AN yg dikeringkan. Lebih teruk, kajian doktor2 terhadap tembakau arab ini telah dijadikan kajian utama dan secara tak langsung semua orang percaya bahawa sisha adalah memudaratkan sedangkan ianya tidak kena mengena dgn sisha yg menggunakan buah2an sebagai bagai.

    Dr segi asap pula, tidak dinafikan bahawa asapnya mmg berkepul2 lebih byk dr rokok. Tp perasankah anda juga menghisap asap yg lebih byk dr itu yg dtg dr asap kenderaan, kilang dan udara?

    Ini semua adalah propaganda politik belaka. sikap yg tidak bertanggungjawab dan sambil lewa semasa menjalankan kajian.

    OKlah, tak sy nafikan sisha juga ada keburukan. Contohnya gliserin yg digunakan sebagai pewarna perasa buah2an itu di samping asap yg berkepul2. So thats. semua benda ada risiko. So jgnlah cepat menghukum.

  • Hamraa Zahrah

    tak susah nak beramal pada kitab hadith , as long ada guru . Kita kene beramal pada dua dua . Al-Quran dan Hadith . Quran tu main , Hadith Supplement . Kita tak boleh tolak hadith . Beramal pada hadith yang sohih sahaja . Kalau menolak hadith ibarat menolak nabi muhammad . Benda simple lah weh ape beza arak dan air tapai peram . Nama lain , fungsi sama mabuk . Same as rokok , dan shisha , isap , dua dua , merosakkan paru paru , tiada manfaat , membazir duit . Saya setuju pada pandangan ustaz ahmad dan kawan dr . Pandangan islam + Pandangan Medik . Cam kalau kita tak tau memasak , mesti la tanya orang pandai masak . Takkan nak tanya tukang buat computer .

  • salam..
    sy ad sikit soalan…sy pernah ditawar dr rakan ketika selesema utk mengambil shisha…
    die ckp boleh kurangkan selesema…xbanyak pn sikit lah……
    jd sbb ingin tahu, sy telah "layan" shisha tersebut..(perisa double apple + mint)
    alhamdulillah dgn izin Allah, mlm tu, hingus sy kurang…kepala agak ringan sikit..selepas bangun pagi selesema saya telah kurang..(tetapi msih tgl sikit seperti org 1st masuk office yg sejuk, xterlalu kuat selesemanya)
    jauh sekali sy mengatakan shisha otu yg menyembuhkan, tetapi ia just jalan tawakkal utk sembuhkan…
    sy minx sangat sapa2 bg penjelasan pd sy…thnx…

  • muhammad danial bin elias

    ya setiap mnusia mempunyai ltr belakg ilmu yangberbeza,,,
    tapi macm mne dengan care penyampaian dan keadaan,,,,
    sya suke pada jawapan malboro mudah dan senang untuk dipercayai oleh pihak2 yang membace,,,
    kerana jika kita letak 1000 hadis pon kat sini tetap susah untuk orang mempercyai,,
    kenape orang susah nak mempercyai hadis?
    kerana banyak hadis2 palsu telah dikeluarkan di internet dan dmana2 shaja,,
    beriman kepade kitab2? 
    kitab yang pertame ape,,,al quran kan,,,,,knape kita xmengambil tafsir daripada al quran je seperti mall borrow nyatakan,,,,al quran lebir mudah dan lebih senang dicari dbandingkan kitab2 hadis,,,dan bukan senang masyrakat sekarg nk p cary kitab hadis,,,,lebih mudah dengan tafsir al quran,,zaman sekarg berbeza care org menerima sesuatu,,jadi kita kene fikir mane jalan yang cepat untuk orang mencari tau dan mudah diterima oleh semua golongan,,,
    saya minta pihak bertanggung jawab keluarkan lah hukum ni di newspaper, television,,,dan mengharamkan penjualan nyer juga,,,selamatkan lah umat kita yang akhir zaman ni,,,
    ok sya minta maaf jika ade terkasar bhase tersilap kate,,,sekian dari saya 
    assalamualaikum,,,

  • berdebat plak dah…
    dah tnye org dh jawb2 …
    manusia xsmpurnakn..
    dorg dh bgi jwpn yg terbaik dri ilmu mereka..
    terima kasih atas keterangn..
    jika rse xcukup crila dri sumber2 yg lain…byk lagi tmpt boleh drujuk
    byk bertnye dri byk org dri pelbagai ltr belkang ilmu…dpat pelbagai jns jawapn…
    haa,,,kan bagus..
    tepuk dada tnye selera mne nak ikut.,,
    smoge djaln kbenaran

  • muhammad danial bin elias

    mall borrow::alhamdulillah jawapan yang tepat dan ringkas,,itulah yang saya mahu,,
    sya bukan nk panjang kan cerita tapi sengaje nak tahu antare bnyak2 ni yang mane paleng cepat nak dapt jawapan melalaui hadis yang mudah ditangkap oleh para pembace,sebab dunia sekarang ni bnyak sangt orang akan bertanyer kenape kita ikut ckap doktor ataupon sebalik nyer,,,dunia kita semakin tua,,,so bila kita hendak menghujahkan sesuatu mesty bagi dengan jelas,,,saya xsalah kan sesape pon kat sini,,,cume orang dulu dengan orang sekarg laen,,,saya ucapkan tahniah dan berterima kasih kepade mall borrow dan sahabat2 lain kerane telah bnyak berhujah disini,,,sekira nya saya ader tersilap kata taupon sebalik nyer  saya minta ampun dari hujung rambut ke hujung kaki,,,semoge allah memberkati hidup kita dengan iman dan amal,jazakallah,,,assalamualaikum

  • shidi

    😉

  • Mall Borrow

    Salam!
    Kadang2 lawak juga tgk korang memperdebatkan perkara2 yang kita sendiri tak paham..
    🙂 apapun saya tetap yakin rokok dan shisha haram hanya berpandukan
    ayat-ayat Al-Quran di atas
     

    Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)

     
    Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157)
     
    contoh paling mudah..
    Indah sgtkan merokok dan menghisap shisha berbanding merasa indahnya kemanisan hidup didunia dengan amal dan takwa..sedangkan sebelum solat pun kita dilarang menguyah dan mengambil makanan berbau..rokok termasuk dalam kategori itu..hukumnya pulak makruh..
    itu paling simple..
    itu belum bab2 ketagih..ataupun bahayakan karbon dioksida/monoksida untuk shisha..
    Sebab asal kukuh shisha dikatakan haram kerana kadar karbon yang tinggi..
    dibantu pulak dengan pewarna/perasa/nokotin..
    itu lah sebab ianya berbahaya kepada kesihatan..
     
    Sebenarnya salah bagi kita umat Islam menyalahkan orang lain berbuat kesilapan dengan kita sendiri mengahalalkan kesilapan kita..
    contoh mudah lain
     
    "Kenapa aku tak boleh mencuri,sedangkan orang lain boleh mencuri"
     
    Dalam dua2 kes ini..jgn umpamakan perkara kita tak boleh lakukan dengan perkara yang orang lain lakukan.
     
    So belajar la menerima dengan ilmu bukan dengan perasaan..
     
     
     
     
     

  • saya cadangkan sedara Danial bin Ellias merujuk pada orang yang lebih mengetahui,banyakkan membaca dan ambik tahu isu semasa…,mungkin hukum fatwa akan dikeluarkan tidak lama lagi. pasal gula, garam dan lain-lain tidak logik anda pertikaikan jika anda memahami dan banyak membaca.., saya doakan sedara dapat mencari kebenaran.

  • hambaallah

    senang takyah gaduh2…kesimpulannya rokok ada cukai shisha tak ada cukai sebab tu lah shisha kena macam tu…hahahaha…halal haram tu malas nak pertikaikan yang jawab yang pandai letak halal haram tu pandai-2 jawab diakhirat nanti… 🙂 aduhh!!!!..macam-macam hal la…kekadang pikir rokok ada 14 racun dan 4000 bahan kimia tapi shisha tak ada pulak…berikutan nikotina dalam shisha tu langsung tak ada TAR pulak 0.01% kalau rokok 1.5% TAR tu banyak jugak…nikotina pun banyak mcam mana pulak.macam mana orang tu tak ketagih rokok…zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz????? macam mcam hal malaysia nie….hahahaha…apa pon hidup kena ingat allah dan rasul..mesti selamat dunia akhirat…insyallah…!!!!

  • Assalamualaikum…
    Bila ada perkara yang 'gray matter' macam ini, biasanya kita akan merujuk kepada orang yang lebih tahu daripada kita untuk mendapatkan kepastian. For example, dalam soal ni, kita tanya kepada Ustaz Ahmad Zainal Abidin – who in essence, memetik kata-kata daripada bekas mufti bekas mufti Arab Saudi, iaitu Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz. Kita tanya mereka sebab mereka lebih berilmu pengetahuan, dah berpuluh2 tahun belajar dan bekerja dalam bidang ini. They have gone into researches and studies. Dalam ini, mereka memetik firman Allah SWT – Jadi saya rasa tak perlulah kita memanjang-manjangkan lagi perkara ni. Kita yang ilmu sejengkal ni, tak layak untuk mempersoalkan penjelasan mereka.
    Ok, kalaulah sisha ni tak de keburukan sekalipun, sisha ni takde pun kebaikannya. Kita lihat pada sudut yang paling simple – bila saya lalu di hadapan kedai2 sisha, perbuatan tu nampak tak manis. Biasanya perempuan dan lelaki bergaul secara terbuka, and the act is a waste of time and money (bakar duit). Dari segi tu sahaja, dah memadai untuk menunjukkan perkara ini tidak berfaedah.
    The gray matter dah jadi black and white. Jauhkan saja. May Allah SWT give you the strength to do so.

  • muhammad danial bin elias

    tegakkan yang benar:::: minta maaf lar ye,saya bukan ketagih shisha atau pon peniaga shisha,,,

  • muhammad danial bin elias

    tegakkan yang benar:::: okm lar lar jawapan anda 2 saya boleh terima,,,so saya nak tanyer kan sebab wak ni tegakkan yang benar,,,ada ker orang yg ketagih hisap shisha?sebab saya pon belom pernah dngar orang ketagih hisap shisha,,,,
    kalo nak tengok kat internet ni hari2 pon boleh tengok,,,,,tapi boleh kita percaya ker,,,sebab bnyak hadis2 palsu dikeluarkan,,,bukan sya nak cakap hadis 2 semua palsu,,,tapi sesetengahnyer,,,
    kira nya dari hadis di atas kita boleh menjatuh kan hukum shisha itu haram ker?
    satiap manusia umat akhir zaman tidak kira berguru dengan siapa walau besar maner pon korban dia berguru walau jauh mane pon dia pergi belajr ilmu walau dia banyak maner pon dia belajr agame,tapi ilmu yang dipelajari nya tidak akan pernah habis dan xakan pernah khatam,,,
    so dari aper yang sya nampak dan aper yang sya kaji lar kan,kalo nak diikutkan kalau rokok sememang nya orang ketagih sangt kalau 1 hary xhisap comform selsema ke sebalik nyer,,tapi majoriti rkok 1 hari sekotak,,,,,kalau shisha ni orang jarang hisap kekedang sebulan sekali ader 2 minggu sekali,,sekadar untuk buang mase cuty mereka,,,,cube tuan2 ustaz2 yang alim lagi bijaksana berfikir sedalam nyer dan renungkan betol2  fikirkan baik2,setiap manusia allah bagi akal fikiran yang baik yang luas,
    kalau sya nak berckap kat sini mungkin panjang lebar,,cuber tuan2 fikirkan sya bukan nak kata dokter kat hospital 2 salah,kalo tuan2 kaji ubat kat hospital 2 ader dadah x,ader xubat yang menyebabkan ngantuk,,,so kenape kita perlu ikut ckap doktor sedangkan doktor sendiri yang merosakn menambah penyakit kita,,,ini terjadi dengan adik kandung sya sendiri,,,ubat dooktor mengandungi dadah ok,,,kenapa kita tidak mengunakan herba2 yang mengandungi akar kayu,macam2 ubat yang isi kandung nyan bahan asli dary tmbuh tumbuhan,so kenape kite perlu cary ader dadah jugak kenape kita kene pergi cary dadah 2 juga,,,sedangkan ianya memulihkan dan kesan sampingan nyer memudaratkan,,,saya ni bukan pandai maner nak cakap panjang panjang2 ni,,,
    saya tahu eper yang saya taip kat atas  mesty ader pihak yang tidak berpuas haty,,,tapi itu semuanya kenyataan,,,,kita ni hidup baru 90,80,70,60,50,40,30,20 dan 10 tahun jer,masa kita lahir kat muka bumi ni pon kita xpernah melihat wajah nabi apatah lagi mendengar suare nabi,,,dan kta punyer ilmu pon xsetaraf dengan muhammad S.A.W,,,,,
    kalau kita ni betol2 ader iman ader akal,dan akal kita waras so kita gunekan lah dengan betol,zaman ni zaman kerosakkkan umat,,bila diktekan zaman kerosakkan umat kite sendiri boleh tahu ape itu kerosakkan umat,,,
    hukum haram hukum halal siapa yang berhak jatuhkan hukum haram dan hukum halal?
    saya pon xtahu siapa yang boleh jatuhkan hukum haram n halal ni,,,,,
    so kita sendiri tahu maner baikmaner buruk,yang penting sekali kita jaga diri kita dengan baik jage iman kita jangan dirosakkan dengan benda2 yang menjebak kita ke neraka,,
    kat sini kita hanya boleh bukak fikiran kita,boleh berkongsi ilmu dengan shabat2 semua,,,tapi kalau bab menjatuhkan hukum haram halal ni susah lar,,setiap manusia xlepas dary dosa,xlepas dary kesilapan xkira kecil atau pon besar,,,
    wajarkah kita ni yang xlepas dary dosa menjatuhkan hukum haram dan halal?
    siapa kita nak menjatuhkan hukum?
    so pikirkanlah sahabat2 ustaz2,,,kita tahu mane baik mane buruk,,,,buang yang keroh ambil yang jernih,,,
    saya minta ampun dan maaf sekiranya ada tersalah kata ataupun tersilap bicara  ataupon ade yang tersinggung sya minta ribuan ampun dan maaf,,,
    sekian terima kasih                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             Yang Benar                                                                                                                                                                         ( DANIAL BIN ELIAS )                                                                                                                                                  NO TEL ( +65815107373      )                                                                                                                                                                  (+60127233937      )

  • tegakkan yang benar

    dan lagi satu shisha tidak tergantung atas terlebih sukatan atau terkurang sukatan…. walau sedikit pun kesan kepada kesihatan amat dahsyat satu hisapan = sekotak rokok .

  • tegakkan yang benar

    lagi satu utk kepastian…cuba rujuk doktor pakar…terutama pakar saraf ke atau pakar yang berkenaan kesihatan peparu seperti kardiotorasik untuk menekuni akan tahap kebahayaan SHISHA. Kadarnya jgn terkejut jika d nyatakan 400x lebih dahsyat dari penghisap rokok. Apa kata dari saudara2 mempertikaikan hukum yg jelas dan nyata cuba saudara rujuk pakar2 ini… sekian terima kasih… jangan kita pertahankan hanya kerana jahil ilmunya…dptkan dari segi perubatan dan agama. Rujuk di internet pun berlambak saudara! Akhir kata…walaupun sesuatu perkara itu telah terang haramnya namun di akhir perbuatan adalah tergantung kepada individu itu sendiri…malah alkhamru pun masih muslim minum walau haram..begitu juga rokok kan….hrp tidak terlambat untuk berhijrah jika ada antara kita yang masih stuck atau tersangku tdgn shisha ni…

  • tegakkan yang benar

    Salam muhammad danial dan taufiq, jelas sekali shisha adalah sama hukum dgn rokok dan secara jelas ianya haram. Saya nak tanya apakah manafaat shisha dan apakah kemudaratan shisha sblm anda menuju ke persoaalan haram yg seolah2 anda tidak dapat terima… adakah anda sudah ketagihan atau anda seorg peniaga yg sukar untuk berhenti dari menggunakannya dan berniaga atasnya?
    Anda perlu jawab soalan ini sendiri. Tlglah agak keterlaluan untuk menyamakan makanan keperluan Gula dan Garam? Lagi satu saya nak tujukan adakah badan anda AMAT memerlukan Shisha untuk kesihatan sepertimana Gula dan Garam? saya percaya saudara2 di atas secara JELAS dan TERANG telah menerangkan. Jgn persoalkan hujah org lain kalau anda belum bersedia menerima hukum tersebut. Secara terbuka cuba tanya conscience anda apakah kategori SHISHA secara keseluruhannya? Adakah ianya MAKANAN? KEPERLUAN UNTUK HIDUP? jadi secara AQLI atau AQALnya sudah tidak SAMA SEKALI menyamai GARAM dan GULA. 
    Setujukah anda jika saya katakan shisha adalah sejenis alat hisap seperti ROKOK… 😉 anda nafikan? tanya diri anda sendiri. Sebabnya di akhir sekali hanyalah anda sendiri yg akan menentukan samada saudara boleh tolerate untuk berhenti secara drastik shisha atau sebaliknya…NAH sama sekali seperti rokok ya?
     

  • KawanDoktor

    Senang citer, anda pergilah kpd doktor bertauliah untuk pastikan adakah Shisha sama mudaratnya dengan rokok.. Setakat saya rujuk doktor yang menulis artikel di atas tu, dia memang bgtau Shisha ni sama jer bahayanya dengan rokok..
    Kalau dah doktor sahkan macam tu, maka hukumnya sama lah, sbb 'ILLAH pengharamannya sama iaitu 'memudaratkan'..
    Kecualilah, anda boleh datangkan doktor yg boleh buktikan yg Shisha tu tidak sama dengan rokok, maka hukumnya boleh lah dibahaskan lagi..
     
    "selamat mencari keredhaan Allah dalam hidup.."

  • muhammad danial bin elias

    so sekarang yg kita bahas soal hukum ok,,,
    sekarg soal shisha bukan soal rokok,,,
    kalau rokok memang sudah terang2 haram,sya pon tahu sebab orang terlalu ketagih,,,
    so isu yang diperbahaskan ialah, kenape shisha jadi haram,,,,ader faham x?????
    kalo rokok saya xragu lagi ia sememang nyer haram,,ok sya nk tau aper yg mnyebabkan haram,,,,dn siapa yang menjatuhkan hukum,,sebab xada hukum melainkan hukum allah,,,ok so saya nak jawapan daripada hukum shisha yang dikatekan haram,,,soaln saya dah tuju dary awal so maseh terpingga2 lagi nak memeberi jawapan,so tolong please bagi jawapan yang lengkap yang padat,yang boleh mnyebabkan jatuh hukum HARAM???????
    SEKIAN TERIMA KASIH,,,,

  • @ali-baba: soalan saya juga, kita tahu disko tu tempat maksiat, tapi kenapa tumbuh macam cendawan lepas hujan? sebab isu dia adalah isu politik dan pentadbiran bukan isu fatwa. kalu dah fatwa kata haram, orang tu degil juga nk buat dan pihak berkuasa pun tanak larang, maka nak buat camne. orang2 yg terbabit sama2 tanggung la dosa2 yg terkumpul….

  • Saje je saya nak lontarkan..agak2nya sebelum seseorang itu menghisap shisha..adakah dia rujuk dulu kepada Dr pakar atau para agaman yg boleh dipercayai? Saya rasa ramai yg hisap dulu sebelum tanya..akhirnya dah menjadi tabiat maka susah nak dijauhi..Semoga para agaman serta pakar2 sesuatu bidang menjadi rujukan terlbih dahulu sebelum kita membuat keputusan…agar aman jiwa dan raga..
    -neraca setiap perkara diatas bumi Allah adalah islam dan kufur..tiada jalan tengah dan pilihan yg lain..semoga Allah memelihara diri saya dari maksiat..Allahu'alam

  • ali-baba

    Asalamulaikum..sy tumpg bertanya..hukum menghisap shisha telah dikatakn haram..jd duit dan sumber rezeki bg peniga2 ini akan dikira sebagai haram jugak ke..??dan satu lagi ayat di ats mengatakan ulama arab yg mengatakan ianya haram..adakah ulama di negara kita sudh pn mengesahkan pengharaman tersebut..dan kenpa kalo sudahh di haramkn..semakin ramai peniga2 tumbuh seperti cendawan selepas hujan..maap kalo ada tersilap kata..cuma ingin kn kepastia sahaja..asalamauaikum..

  • muhammad danial bin elias

    saya bersependapat dengan taufik ibrahimm,,,,
    so ustaz daripada aper maklum balas yg diterangkan oleh sya dan taufik ibrahim saya nak maklum balas yg betol2 boleh dijatuhkan hukum haramm,,,
    sebab saya dah banyak orang yang suka2 menjatuhkan hukum sedangkan dia bukan siapa2nya,dan tidak mencari asbab nye dan aper punce nyer boleh dikatakan haram,,,
    saya bukan bermaksud nk ckap ustaz suke2 menjatuhkan kan hukum,tapi mesty ader dasar yg tepat dari apa yang ustaz sebarkan,,,,sebab klo nak di bezakan dari shisha dan gula,
    shisha: benda ni jarang di hisap bg remaja sekarang dan saya xpernah mendengar orang yg hisap shisha ketagih,dan sya xder dengar orang hisap shisha sakit,,,so jelkaskan????????????????????
    gula: ha ni pulak kalo nk nak di ceritakan benda ni haish orang hari2 gune  dalam makann minuman seharian,benda sangat memudaratkan,dan sya terlebir dengar orang kene potong kaki  potng jari,sebab gula,,,memudaratkan,so saya nak tau gula pon haram ke ustaz?????????????????????????

  • KawanDoktor

    Saya quote tulisan seorang doktor bertauliah di sini yg berkaitan perbncangan atas..

    Website: http://doknorm.co.nr/

    ================================
    This is my opinion as a muslim doctor…

    1.Gula & Garam tidak boleh disamakan dgn rokok sebagai penyebab penyakit sebab
    Key word here is ” berlebihan” , kedua-dua bahan ini adalah amat penting untuk fungsi fisioloji tubuh manusia.

    Tanpa garam , manusia boleh mati akibat maslah kekurangan zat mineral surih yang amat penting untuk mengekalkan suhu tubuh manusia, fungsi saraf dan pergerakan & metabolisme tubuh untuk penghasilan tenaga dan juga banyak proses2 fisioloji tubuh manusia. Gula juga adalah sumber karbohidrat yang penting untuk tenaga dalam proses fisioloji tubuh manusia.Kekurangan gula boleh menyebabkan masalah hypoglycemia.

    Gula menjadi punca penyakit hanya jika diambil secara berlebihan & tidak terkawal kerana sifatnya yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi dan punca kepada masalah kencing manis dll. Gula pasir bukanlah satu-satunya makanan yang mempunyai indeks glisemik indeks yang tinggi , banyak lagi sumber karbohidrat yang lebih tinggi indeks glisemiknya seperti roti putih, biskut , mee , kentang dsbgnya. Kesan pengambilan karbohidrat yang tinggi indeks glisemik ini akan meyebabkan masalah sindrom metabolik yang akan melarat hingga akhirnya menyebabkan masalah kencing manis , darah tinggi , sakit jantung dsbgnya.

    Garam jika diambil berlebihan sahaja boleh menyebabkan penyakit, walaubagaimanapun , banyak kajian sehingga kini masih belum menunjukkan secara khusus garam adalah punca penyakit darah tinggi. Hakikatnya garam amat penting dalam makanan kita….

    Berdasarkan key word berlebihan ini…semua makanan yang kita makan , kalau berlebihan makan akan menjadi punca penyakit termasuk lah AIR….jadi kalau hujah ini kita pakai untuk menghukumkan garam & gula haram maka , AIR pun haram lahh…Roti pun haram lah, mee pun haram lah….habis tu nak makan apa ???…

    .sesuailah sebagaimana firman Allah dalam Al Quran ” kulu wasyrabu..wala tusrifuu…maksudnya ” makan & minumlah …janganlah berlebihan-lebihan…”…. disini lah kita lihat dengan jelas ‘ Makan & Minum memang disuruh oleh Allah…..tapi jangan lah berlebihan….takde satu pun ayat Al Quran yang menyatakan ….rokok lah , tapi jgn berlebihan…. so , jangan lah kita menyamakan makanan dengan rokok…..

    2. Perbahasan kedua , ROKOK bukan di cipta di negara Arab. Sejarah rokok bermula di Amerika (Utara & Selatan) yg mengamalkan budaya menghisap tembakau & herba yg lain apabila nak buat upacara menurun & keagamaan mereka. Budaya ini di tiru oleh orang Eropah yang menjajah Amerika & di bawa ke Eropah tabiat merokok ini. Pada peperangan Crimea pada abad ke 18 barulah rokok diperkenalkan di Timur tengah.

    ( *** kalau nak tahu lebih mendalam sejarah rokok , sila lah baca buku tulisan saya ” Nak Tak Berhenti Merokok?” yang ditulis tahun 2009. Saya dah buat kajian tentang sejarah rokok & telah saya terangkan secara mendalam dalam buku ini….)

    3. ROKOK secara umumnya tiada kesan kebaikan samada sedikit atau berlebihan. Asap rokok tidak diperlukan dalam proses fisioloji tubuh manusia. Kat sini lah beza antara keduanya. Tiada manusia akan mati akibat kekurangan ‘asap rokok’ dalam tubuhnya, tetapi manusia boleh mati jika Garam atau Gula terlalu kurang dalam tubuh manusia.

    Jika kita hendak nisbahkan dengan Arak, terdapat kajian sains yang menunjukkan arak seperti ‘wain merah’**** mempunyai sedikit kebaikan jika diambil secara moderate untuk mengurangkan risiko kanser & serangan jantung…disamping itu , alkohol banyak digunakan dalam ubat-ubatan sebagai tambahan seperti ubat batuk dsbgnya….tetapi kesan buruk arak adalah jauh lebih banyak , maka ianya diharamkan oleh Allah sebagaimana firman Allah dalam Al Quran….innamal khamru wal maisiruu…dan seterusnya…

    (*** fakta tentang perkara ini dah saya tulis dalam buku saya “Hindari Kanser dengan Anti Oksidan” yg ditulis tahun 2008)

    cuba kita nisbahkan dengan Dadah , ia juga serupa….dalam jumlah yang sedikit ianya bermanfaat dan digunakan sebagai ubat di hospital seperti Morfin & Cocaine….hanya apabila disalah guna atau diguna ‘berlebihan’ maka jatuhlah hukum haramnya kerana membawa lebih banyak keburukan….so, cuba kita fikir2kan…nisbahnya dengan ROKOK yg lansung tidak mempunyai sebarang manfaat yang boleh dibuktikan dalam kajian sains perubatan….camana agaknya ????….

    4. Secara statistiknya , diantara punca kematian tertinggi di Malaysia adalah akibat kemalangan jalanraya. Penunggang motorsikal adalah mangsa tertinggi yang mati akibat accident. Oleh itu , kalau hujah kematian nak digunakan nampaknya..Motorsikal pun Haram jugak lah….so, tak masuk akal , sebab motor di kira sebagai keperluan untuk pengangkutan seharian.

    5. ROKOK sehingga kajian yang terkini tidak mempunyai sebarang kebaikan kepada penggunanya….dan 50% pengguna ROKOK akan mati akibat penyakit disebabkan merokok.Satu2 nya bahan yang LEGAL , tetapi menyebabkan kematian berbillion manusia setiap tahun.

    ========================
    Semoga bermanafaat…

  • taufiq ibrahim

    salam berbalik dgn kenyataan ini…… boleh tidak saya klasifikasikan bahawa gula, garam, juga boleh memudaratkan…… kalau nak dikatakan ia sebagai makanan asasi….. ia hanya pada kita tetapi tidak pada sesetengah negara….. gula dan garam adalah punca terbesar yg membuatkan masyarakat dimalaysia mendapat penyakit darah tinggi dan kencing manis……. dan ramai yg meninggal kerana penyakit ini….. boleh x saya katakan ia haram kerana ia juga memudaratkan dengan merujuk ayat di atas…..  mungkin orang boleh menidakkan dengan mengatakan bahawa isu seperti gula dan sebagainya itu adalah boleh jika diambil secara tidak berlebihan, dan bagaimana jika kita kaitkan dengan isu rokok dan shisha dimana ia hanya akan memberi kesan yg buruk jika diambil secara berlebihan sama seperti gula dan sebagainya itu.. kedua-dua perbandingan yang saya berikan ini jika dilihat adalah sama di mana ia akan memberikan kesan yg buruk kepada seseorang individu jika diambil secara tidak terkawal.. boleh ustaz terangkan?
    berdasarkan apa yg saya belajar, hukum haram hanya boleh dijatuhkan pada individu jika individu itu tahu dia telah mendapat kesan (contoh : rokok / kanser, gula / kencing manis, garam / darah tinggi) akibat dari pengambilan yg berlebihan tetapi individu tersebut masih lagi mengambilnya secara tidak terkawal dimana ia akan menyebabkan kematian.. 
    hukum haram yang dijatuhkan tidak sepatutnya dijatuhkan secara umum tetapi  lebih kepada individu dan ianya hanya layak di klasifikasikan sebagai makruh atau mubah. Ini kerana tidak semua menerima kesan yg buruk. Berdasarkan fakta kadar kematian yang berlaku di negara kita inikhususnya, kadar kes yang berpunca dari gula dan garam adalah lebih tinggi daripada kadar kes yang berpunca dari merokok.. 
    sedikit tambahan pada isu shisha: jika difikirkan secara logik ia berasal dari arab dimana kite sedia maklum ia sudah lama wujud dinegara arab, dan tidak salah jika saya katakan ramai ulama-ulama besar disana… dan betulkan jika saya silap dimana disana isu shisha tidak dijatuhkan hukum haram…
    boleh ustaz terangkan?

  • anonymous

    Salam.encik danial,nicotine dalam shisha boleh dijumpai di dalam rokok yang menyebabkan ketagihan.sbb tu,kebanyakan orang yang memulakan menghisap shisha akan upgrade utk menghisap rokok.
    buat pengetahuan,satu sesi sedutan shisha adalah bersamaan satu kotak rokok.plus,risiko jangkitan virus HIV dan Hepatitis B dan C boleh berlaku sekiranya terdapat perkongsian shisha beramai-ramai
    oleh sbb org yg hisap shisha eventually akan hisap rokok ataupun dah hisap rokok,so sbb tu statistik org menghidap COPD,lung cancer kebanyakannya berpunca kerana merokok.
    sekian.info diambil dari artikel kesihatan Berita Harian

  • saya bersependapat dgn muhammad danial bin elias..

  • muhammad danial bin elias

    assalamualaikum usataz,disini saya ader beberapa soalan,,,,,
    1)adakah shisha memudaratkan manusia?kerana apa?
    2)apakah bahan tambahan yang digunakan ketika menghisap shisha sehingga ianya memudaratkan manusia?
    3)adakah perisa2 shisha yang dihisap memudaratkan manusia?
    4)kenapa kesan menghisap shisha sama atau lebih buruk daripada rokok?apa yang sama dan apa yang lebih?
    5)dan kenapa shisha diketogerikan haram? 
    tujuan soalan saya ni tidak ada niat untuk mehalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal akan tetapi saya mahu kepastian yang jelas dan punca2 nya,,,kerana selama   saya hidup di dunia ni tidak ada saya terdengar orang yang menghisap shisha menghidapi penyakit dan saya tidak pernah melihat orang yang menghisap shisha itu ketagih untuk menghisapnye,seperti mane yang jelas saya nampak penghisap rokok lebih ketagih dan perokok mengadu keskitan apabila usianya sudah lanjut,dan yang pasti sekarang merokok memudaratkan diri,,dan sekarang saya mahu tahu benda yang saya tidak pernah dengar dan baru hari ini saya terdetik apabila saya medapat 1 info dari laman ini yang mengatakan shisha itu sama memudaratkan seperti rokok,,so saya nak jawapan,,,,,,,
    sekian soaln dari insan yang lemah…

  • Pingback: Apa hukum menghisap shisha? | Zuraidi Zainol

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *