Fathul al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari (Ibnu Hajar al-A’sqalani)
Nama Buku: Fathul al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari.
Judul Asal: فتح الباري في شرح صحيح البخاري
Pengarang: Ibnu Hajar al-A’sqalani.
Terbitan: Dar al-Rayyan li al-Turath , Kaherah.
Halaman: 13 jilid (tidak termasuk Hadyu al-Sari sebagai mukadimah)
KITAB FATH AL-BĂRI SHARH SAHIH AL-BUKHARI
MUQADDIMAH
Kitab Fath al-Bāri adalah dikira termasuk antara karya agung Ibnu Hajar yang mempunyai kedudukan tinggi sebagai rujukan utama.Perbahasannya agak mendalam dan diterima baik oleh sekelian umat Islam .Sumbangan usaha beliau menulis karya yang mensyarahkan al-Jāmi’ al -Sahīh susunan al-Imam al-Bukhari telah mengkayakan sumber-sumber rujukan kitab di kalangan ilmuan .Antara kitab lain yang mensharahkan al-Jāmi’ al –Sahīh ialah ‘Umdat al-Qāri karangan Badr al-Din Mahmud bin Ahmad al-Halaby ,Irshād al-Sāri karangan Abi al-‘Abbās Ahmad bin Muhammad al-Qastolānī , Tuhfāt al-Bāri karangan Zakariyya al-Ansāri dan kitab al-Kawākib al-Darāri karangan Shams al-Din bin Yusuf al-Karmani.[1]
PENGENALAN KEPADA PENULISNYA
Penulis karya utama ini ialah oleh al-Imam al-Hafiz Sheikh al-Islam Shihāb al-Din Abi al-Fadl Ahmad bin ‘Ali bin Muhammad bin ‘Ali bin Mahmud bin Ahmad bin Hajr al-Shafi‘e al-‘Asqalāni .Berasal dari keluarga yang menetap di ‘Asqalān Palestin tetapi dilahirkan pada 23 Sya‘ban tahun 773 hijrah di Kaherah Mesir selepas keluarganya berpindah ke situ.Nama dan keturunannya yang sebenar nya ialah Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Ahmad[2].Namun ada sedikit perbezaan namanya seperti yang tercatat dalam Muqaddimah Fath al-Bari iaitu Abu al-Fadl Ahamad Ibn ‘Ali bin Muhammad bin Muhammad bin ‘Ali[3] Beliau juga lebih dikenali dengan panggilan Ibn Hajar ,al-Kinani dan al -‘Asqalāni .Dalam kitab Mu’jam al-Buldān , al -‘Asqalān bermaksud bahagian tertinggi pada kepala .Ia juga adalah nama suatu kawasan tinggi yang terletak di tepi pantai antara Gaza dan Bayt Jibrin .[4]Berasal dari Palestin tetapi dilahirkan di Kaherah Mesir pada 12 Sya‘ban tahun 773 hijrah.[5]
Ayahandanya adalah seorang yang berilmu , ahli sastera dan seorang yang kaya .Mengharapkan anaknya ini dibesarkan dalam suasana ilmu tetapi ayahandanya meninggal dunia semasa beliau masih kecil.Tugas mendidik pengarang kitab ini telah diambil alih oleh al-Khwaja Abu Bakar bin Ali al-Kharrubi ( 787 H) salah seorang kerabat ayahandanya yang juga seorang saudagar besar di Mesir .Ibnu Hajar telah mendapat pendidikan yang sempurna dan kebijakannya telah terserlah sejak kecil lagi.Telah sempurna menghafal al-Qur’ān ketika berumur 9 tahun .Beliau juga dipelihara oleh Shams al-Din Muhammad bin ‘Ali bin al-Qattan al-Misri(813 H)[6]Beliau juga mempunyai daya ingatan yang tinggi.
PENGEMBARAAN ILMUNYA
Dalam usahanya menguasai sebanyak mungkin ilmu-ilmu , beliau telah melakukan pengembaraan ilmiyyah untuk berguru dengan ramai ulama’ antara nya:-
- Menuntut ilmu selama 2 tahun di Mekah pada tahun 784 Hijrah .Di sana beliau mempelajari hadith dari al-Sheikh Afit al-Nashawury (790H).Beliau telah membaca Sahih al-Bukhari .Beliau juga mendengar hadith di Mekah daripada al-Sheikh Jamal al-Din bin Zahirah.[7]
- Daripada Mekah , beliau pulang semula ke Mesir untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang hadith daripada al-‘Allāmah al-Hāfiz ‘Abd al-Rahman al-‘Irāqi.Di samping itu beliau juga mempelajari ilmu al-fiqh dari al-Sheikh Ibn al-Mulqān .Di sisi gurunya al-‘Izz , beliau mempelajari ilmu-ilmu al-Usul , ilmu-ilmu alat dan ilmu-ilmu lain.[8]
- Demi memantapkan ilmu nya , Ibnu Hajar sanggup mengembara dari satu tempat ke satu tempat seperti di negeri Sham , Hijaz . Yaman dan Mekah.
- Kemudian beliau kembali ke Palestin untuk berguru dengan beberapa orang ulama’ yang berada di dalam negara berkenaan.Di Gaza beliau berguru dengan Ahmad bin Muhammad al-Khalīli , di Bait al-Maqdis beliau berguru dengan Sham al-Din al-Qalqashandi , di Ramallah beliau berguru dengan Ahmad bin Muhammad al-Aiky , di al-Khalil , beliau berguru dengan Solih bin Khalil bin Salim [9].
Kesimpulannya , beliau telah mencurahkan seluruh upayanya untuk mendalami ilmu pengetahuan dengan kesanggupan yang tinggi melakukan pengembaraan ilmu merentas beberapa buah negeri , menadah ilmu dengan para ulama terbilang.
ANAK MURIDNYA
Beliau mempunyai anak murid yang ramai melebihi daripada 600 orang yang juga berperanan mengibarkan panji-panji ilmu ke seluruh alam , antaranya ialah al-Hafiz Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Sakhawi (902h) terkenal dalam bidang hadith , usul al-hadith dan sejarah.,Taghribardi (874h) dan Ibn Fahd al-Makki (885 H) yang terkenal sebagai tokoh sejarah,Burhan al-din al-Halabi (884h) ,Muhammad bin Muhammad al-Shumunni (821h) yang terkenal dalam bidang hadith,. Serta ramai lagi anak didik beliau yang menjadi ulama terkenal.[10]
KEDUDUKANNYA DI SISI MASYARAKATNYA
Oleh kerana kemantapan ilmunya , beliau telah mendapat kedudukan yang tinggi di kalangan orang ramai dan ahli-ahli ilmu dan ramai penuntut ilmu telah belajar dengan Ibnu Hajar .Para Ulama’ sehingga hari ini sepakat menyetujui gelaran al-Hafiz dianugerahkan kepada beliau .Di samping itu buku-buku karangan beliau dipelajari melangkaui sempadan tempat dan zaman.
KERJAYANYA
Satu keunikan yang jarang ditemui pada tokoh-tokoh ilmuan yang lain ialah , walaupun Ibnu Hajar menjawat beberapa jawatan yang penting dalam struktur kerajaan al-Mamlukiah di Mesir ketika itu seperti berfatwa dan menjadi qadi al-Qudat al-Shafi‘iyyah , beliau tetap serius mengajar dan berkarya .Buktinya walaupun menggalas tanggungjawab berfatwa dan menjadi Qādi beliau tetap menjadi tenaga pengajar utama di beberapa buah madrasah yang mashur seperti al-madrasah al-Shaikhūniyyah , al-Mahmūdiyyah ,al-Hasaniyyah,al-Bibarsiyyah,al-Fakhriyyah ,al-Sālahiyyah ,al-Mu’ayyidiyyah dan beberapa buah madrasah terkenal yang lain.
PANDANGAN ULAMA’ TERHADAP IBNU HAJAR
Sebagai tokoh ilmuan yang sangat dikenali dan disegani , sudah tentu beliau dinilai oleh para gurunya mahupun muridnya dengan penilaian yang tersendiri.
Pandangan Zain al-Din Abd Rahim al-‘Irāqi apabila ditanya mengenai pengganti beliau selepas kematiannya kelak , beliau menyenaraikan beberapa orang anak muridnya , tetapi yang mendahului senarai berkenaan ialah Ibnu Hajar .Beliau juga mengiktiraf bahawa anak muridnya ini pakar dalam bidang hadith.[11]
Bagi salah seorang anak muridnya iaitu Ibn Taghri Bardi , Ibnu Hajr adalah seorang yang beriman ,alim,hafiz ,penyair ,sasterawan dan juga penulis bagi jumlah karya yang banyak. Ibnu Hajar juga dikenali denga akhlak yang terpuji dan berkomunikasi secara berhemah kepada orang lain .maka sangat layaklah beliau diletakkan sebagai ulama’ yag dihormati dan disegani.[12]
KARYA BELIAU
Beliau telah berjaya menulis karya-karya ilmiyyah dan menjadi rujukan para cendiakawan sehingga hari ini .Antara karyanya yang agung selain karya yang akan diperbicangkan ialah:-
- Al-Durar al-Kāminah fi A’yān al-Mi’ah al-Thāminah:Sebuah ensiklopedia yang menghimpun pengenalan diri para ulama’,sultan ,pemerintah dan penyair berasal dari Mesir dan lain-lain Negara pada kurun ke lapan hijrah .Kitab ini merupakan salah satu rujukan penting dalam sejarah Islam Mesir.
- Lisān al-Mizān
- Al-Ahkām li Bayān ma fi al-Quran min al-Ahkām
- Diwān Shair
- AL-Kāfi al-Shāfi fi Takhrij al-Hadith al-Kashshāf
- Dzayl al-Durar al-Kāminah
- Al-Alqāb al-Ruwāt
- Taqrīb al-Tahdzīb:Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Tahdhīb al-Tahdhīb
- Al-IsÔbah fi Tamyīz Asma’ al-Sohābah:Sebuah kitab rujukan penting dalam mengenali para sahabat Rasulillah SAW.
- Tahdhīb al-Tahdhīb
Dan banyak lagi karya beliau.
WAFAT
Setelah meninggalkan khazanah yang sangat berharga kepada dunia keilmuan , beliau telah dijemput kembali menemui Allah SWT pada 28 Zulhijjah tahun 852 Hijrah .[13]
PENGENALAN KARYA
Karya Fath al- Bāri bi Sharh sahih al-Bukhari yang menjadi sumber kajian ini mengandungi 13 jilid selain dari kitab Hadyu al-Sari yang menjadi muqaddimah kepada karya ini.Diterbitkan pada tahun 1986 , cetakan pertama oleh Dar al-Rayyan li al-Turath , Kaherah .
KANDUNGAN KITAB
Karya ini mengandungi satu jilid sebagai muqaddimah yang mengandungi 10 fasal mendedahkan beberapa perkara penting yang berkaitan dengan Sahih al-Bukhari diikuti dengan 13 jilid yang mengandungi 97 kitab seperti yang terkandung dalam jadual dibawah:-
Bil | Jilid | Kandungan |
1 | Muqaddimah | Mengandungi 10 fasal yang bermula dari dorongan al-Bukhāri menulis kitab Jami’ Sahihnya dan diakhiri dengan menyebut tarjamah al- Bukhāri.Mengandungi 523 mukasurat. |
2 | Jilid 1 | Didahului dengan muqaddimah dan bermula kitab 1 sehingga kitab 8 .Terdiri dari kitab bermula wahyu Iman,Ilmu,Wudu’,Mandi,Haid, Tayammum,dan Solat .Mengandungi 714 muka surat |
3 | Jilid 2 | Mengandungi 10 kitab(9-18) .Terdiri dari kitab waktu solat,azan,Jumaat,solat khauf,Dua hari Raya,Solat Witr,Istisqa’,solat Gerhana ,sujud tilawah,solat qasar.Mengandungi 692 mukasurat. |
4 | Jilid 3 | Mengandungi 8 kitab(19-26) .Terdiri dari kitab Tahajjud ,Kelebihan solat di masjid Mekah dan Madinah ,perbuatan dalam solat,sujud sahwi,Jenazah,Zakat,Haji,Umrah. |
5 | Jilid 4 | Mengandungi 13kitab(27-40) .Terdiri dari kitab al-muhsir,denda memburu waktu haji ,fadilat al-Madinah ,Puasa,Terawikh,lailah al-qadr,I’tikaf ,Jualbeli,Al-Salm,al-Shuf‘ah,al-Ijārah,al-Hiwālah,al-kafālah,al-wakālah.mengandungi 583 mukasurat. |
6 | Jilid 5 | Mengandungi 15 kitab(41-55) .Terdiri dari kitab al-harth wa al-muzara‘ah,al-syurb wa al-musaqāt,hutang,al-khusūmāt,al-luqtoh,al-mazalim wa al-ghadab,al-sharikah,gadaian,al-‘itqu,al-mukātab,hibah,penyaksian,perdamaian,al-shurut,wasiat,mengandungi 492 mukasurat. |
7 | Jilid 6 | Mengandungi 6 kitab(56-61) .Terdiri dari kitab Jihad ,al-khumus,al-jizyah,permulaan penciptaan,para nabi,al-manaqib.mengandungi 742 mulasurat. |
8 | Jilid 7 | Mengandungi 3 kitab(62-64) .Terdiri dari kitab fadilat al-sohabah ,manaqib al-ansar,al-maghazi ,mengandungi 765 mukasurat. |
9 | Jilid 8 | Mengandungi 2 kitab(65-66) .Terdiri dari kitab tafsir al-Quran dan fadilat al-Quran mengandungi 729 mukasurat. |
10 | Jilid 9 | Mengandungi 6 kitab(67-72) .Terdiri dari kitab nikah ,talak,nafkah,makanan,aqiqah,sembelihan.mengandungi 597 mukasurat. |
11 | Jilid 10 | Mengandungi 6 kitab(73-78) .Terdiri dari kitab qurban,minuman,sakit,perubatan,pakaian ,Adab, |
12 | Jilid 11 | Mengandungi 6 kitab(79-84) .Terdiri dari kitab mohon izin,doa-doa,al-riqāq,al-qadr,sumpah dan nazar,kifarah sumpah.mengandungi 630 mukasurat. |
13 | Jilid 12 | Mengandungi 7 kitab(85-91) .Terdiri dari kitab al-fara’id,hudud,diyat,istitabah al-murtaddin,paksaan,helah,mimpi, Mengandungi 472 mukasurat. |
14 | Jilid 13 | Mengandungi 6 kitab(92-97) .Terdiri dari kitab al-fitan , kehakiman,cita-cita , akhbār al-‘āhād,berpegang kepada al-sunnah ,tauhid. |
JANGKAMASA PENYUSUNANNYA
Kitab Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari telah di karang oleh al-Imam al-Hafiz Sheikh al-Islam Abi al-Fadhl Ahmad bin ‘Ali bin Hajr al-‘Asqalāni dalam tempoh melebihi tempoh 25 tahun .Beliau telah memulakan usaha besar ini pada tahun 817 Hijrah ketika berusia 44 tahun secara al-imla’ , seterusnya beliau menulis sedikit demi sedikit dan merujuk kepada para ulama pada setiap minggu sehinggalah selesai pada awal bulan Rejab tahun 842 hijrah iaitu 10 tahun sebelum kewafatannya.Beliau sentiasa membuat penambahbaikan terhadap karya ini sehinggalah beliau wafat.[14]
METODOLOGI PENYUSUNAN KITAB INI
Usaha beliau mensharahkan Sahih al-Bukhari ini akhirnya mendapat sambutan yang hebat oleh ahli-ahli ilmu dan masyarakat amnya kerana mempunyai nilai ilmiyyah yang tinggi dan menjadi rujukan utama.
Kitab fath al-Bari ini secara umumnya telah memaparkan beberapa usaha sebelum ini oleh para ulama’ dalam percubaan mensharahkan Sahih al-Bukhariy .Beliau memberi penjelasan kepada pandangan yang sahih dan menerangkan perkara-perkara yang mushkil , membawakan masalah-masalah yang berlakunya ijma’ di dalamnya , juga menerangkan khilaf dalam feqh , lughah dan qira‘āt dan lain-lain.
Secara ringkas Ibnu hajar telah menetapkan beberapa metodologinya dalam penulisan Fath al-Bari antaranya ialah :-
- Setiap kitab dibahagikan kepada beberapa bab dan kebanyakan bab diakhiri dengan al-khātimah
Contohnya ;
Kitab wudu’ dibahagikan kepada tujuh puluh lima bab ,setiap bab mengandungi sekurang-kurangnya satu hadith ,Beliau mensharahkan perkataan-perkataan yang dirasakan perlu untuk dibuat penjelasan .Penjelasan bukan setakat teks hadith tetapi kadang-kadang penjelasan juga dibuat kepada perkataan-perkataan yang digunakan sebagai tajuk bab.
Contohnya :
قوله
: ( باب لا تقبل صلاة بغير طهور )
هو بضم الطاء المهملة ، والمراد به ما هو أعم من الوضوء والغسل
[15]
Kebanyakan kitab diakhiri dengan al-khātimah sebagai kesimpulan mengenai perihal hadith-hadith yang terkandung dalam bab berkenaan.
Contoh:
( خاتمة ):
اشتمل كتاب الوضوء وما معه من أحكام المياه والاستطابة من الأحاديث المرفوعة على مائة وأربعة وخمسين حديثا الموصول منها مائة وستة عشر حديثا والمذكور منها بلفظ المتابعة وصيغة التعليق ثمانية وثلاثون حديثا فالمكرر منها فيه وفيما مضى ثلاثة وسبعون حديثا والخالص منها أحد وثمانون حديثا ثلاثة منها معلقة والبقية موصولة وافقه مسلم على تخريجها سوى تسعة عشر حديثا وهي الثلاثة المعلقة وحديث ابن عباس في صفة الوضوء وحديثه توضأ مرة مرة وحديث أبي هريرة ابغني أحجارا وحديث ابن مسعود في الحجرين والروثة وحديث عبد الله بن زيد في الوضوء مرتين مرتين وحديث أنس في ادخار شعر النبي صلى الله عليه وسلم وحديث أبي هريرة في الرجل الذي سقى الكلب وحديث السائب بن يزيد في خاتم النبوة وحديث سعد وعمر في المسح على الخفين وحديث عمرو بن أمية فيه وحديث سويد بن النعمان في المضمضة من السويق وحديث أنس إذا نعس في الصلاة فليتم وحديث أبي هريرة في قصة الذي بال في المسجد وحديث ميمونة في فأرة سقطت في سمن وحديث أنس في البزاق في الثوب وفيه من الآثار الموقوفة على الصحابة والتابعين ثمانية وأربعون أثرا الموصول منها ثلاثة والبقية معلقة ، والله أعلم
.[16]
- Menjelaskan kebanyakkan perkataan-perkataan yang perlu untuk diperjelaskan .
Contoh :
( كان إذا اغتسل )
أي شرع في الفعل و ” من ” في قوله ” من الجنابة ” سببية
[17]
- Membawakan riwayat lain dengan membawa perbezaan-perbezaan yang berlaku pada hadith dari bab yang sama.
Contoh:
( فيخلل بها )
أي بأصابعه التي أدخلها في الماء . ولمسلم ” ثم يأخذ الماء فيدخل أصابعه في أصول الشعر ” وللترمذي والنسائي من طريق أبي عيينة ” ثم يشرب شعره الماء ” .
[18]
- Mengemukakan perbahasan nahu
Contoh:
قوله
: ( ثم يدخل )
إنما ذكره بلفظ المضارع وما قبله مذكور بلفظ الماضي – وهو الأصل – لإرادة استحضار صورة الحال للسامعين .
[19]
- Mengemukakan bacaan yang betul dan perbahasan feqh
Contoh:
قوله
: ( ثلاث غرف )
بضم المعجمة وفتح الراء جمع غرفة وهي قدر ما يغرف من الماء بالكف وللكشميهني ” ثلاث غرفات ” وهو المشهور في جمع القلة . وفيه استحباب التثليث في الغسل قال النووي : ولا نعلم فيه خلافا إلا ما تفرد به الماوردي فإنه قال : لا يستحب التكرار في الغسل
[20]
- Menjelaskan maksud al-Bukhāri dalam sesuatu isu seperti menamakan bab-bab dengan nama-nama tertentu .
Contoh :
قَوْله
: ( هَلْ تَفْسُد صَلَاته )
جَرَى الْمُصَنِّف عَلَى قَاعِدَته فِي تَرْك الْجَزْم فِيمَا فِيهِ اِخْتِلَاف ، وَهَذَا مِنْ الْمُخْتَلَف فِيهِ . وَهَذَا مَبْنِيٌّ عَلَى أَنَّ النَّهْي هَلْ يَقْتَضِي الْفَسَاد أَمْ لَا ؟ وَالْجُمْهُور إِنْ كَانَ لِمَعْنًى فِي نَفْسه اِقْتَضَاهُ ، وَإِلَّا فَلَا .
[21]
- Apabila sesuatu penjelasan telah atau akan dibuat , beliau memberitahu di mana penjelasan itu telah dibuat ataupun dalam bab apa penjelasan itu akan dibuat.
Contoh:
قَوْله
: ( أَخَذَ وَضُوء رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )
بِفَتْحِ الْوَاو ، أَيْ الْمَاء الَّذِي تَوَضَّأَ بِهِ ، وَقَدْ تَقَدَّمَ اِسْتِدْلَال الْمُصَنِّف بِهِ عَلَى طَهَارَة الْمَاء الْمُسْتَعْمَل ، وَيَأْتِي بَاقِي مَبَاحِثه فِي أَبْوَاب السُّتْرَة إِنْ شَاءَ اللَّه تَعَالَى
- Memperkenalkan perawi-perawi hadith
Contoh:
قَوْله
: ( حَدَّثَنَا عَلِيّ بْن عَبْد اللَّه )
هُوَ اِبْن الْمَدِينِيّ وَسُفْيَان هُوَ اِبْن عُيَيْنَة ،وَأَبُو حَازِم هُوَ اِبْن دِينَار .
[22]
- Sering mengemukakan faedah hadith dan istidlal dengan hadith berkenaan.
Contoh :
قَوْله
: ( ثُمَّ اِنْصَرَفَ )
أَيْ إِلَى بَيْته أَوْ مِنْ الصَّلَاة . وَفِي هَذَا الْحَدِيث مِنْ الْفَوَائِد إِجَابَة الدَّعْوَة وَلَوْ لَمْ تَكُنْ عُرْسًا وَلَوْ كَانَ الدَّاعِي اِمْرَأَة لَكِنْ حَيْثُ تُؤْمَنُ الْفِتْنَة ، وَالْأَكْل مِنْ طَعَام الدَّعْوَة ، وَصَلَاة النَّافِلَة جَمَاعَة فِي الْبُيُوت ، وَكَأَنَّهُ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَادَ تَعْلِيمهمْ أَفْعَال الصَّلَاة بِالْمُشَاهَدَةِ لِأَجْلِ الْمَرْأَة فَإِنَّهَا قَدْ يَخْفَى عَلَيْهَا بَعْض التَّفَاصِيل لِبُعْدِ مَوْقِفهَا . وَفِيهِ تَنْظِيف مَكَان الْمُصَلَّى ، وَقِيَام الصَّبِيّ مَعَ الرَّجُل صَفًّا ، وَتَأْخِير النِّسَاء عَنْ صُفُوف الرِّجَال ، وَقِيَام الْمَرْأَة صَفًّا وَحْدهَا إِذَا لَمْ يَكُنْ مَعَهَا اِمْرَأَة غَيْرهَا . وَاسْتُدِلَّ بِهِ عَلَى جَوَاز صَلَاة الْمُنْفَرِد خَلْف الصَّفّ وَحْده ، وَلَا حُجَّة فِيهِ لِذَلِكَ . وَفِيهِ الِاقْتِصَار فِي نَافِلَة النَّهَار عَلَى رَكْعَتَيْنِ خِلَافًا لِمَنْ اِشْتَرَطَ أَرْبَعًا ، وَسَيَأْتِي ذِكْر ذَلِكَ فِي مَوْضِعه إِنْ شَاءَ اللَّه تَعَالَى . وَفِيهِ صِحَّة صَلَاة الصَّبِيّ الْمُمَيِّز وَوُضُوئِهِ ، وَأَنَّ مَحَلّ الْفَضْل الْوَارِد فِي صَلَاة النَّافِلَة مُنْفَرِدًا حَيْثُ لَا يَكُون هُنَاكَ مَصْلَحَة كَالتَّعْلِيمِ ، بَلْ يُمْكِنُ أَنْ يُقَال هُوَ إِذْ ذَاكَ أَفْضَل وَلَا سِيَّمَا فِي حَقّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
.[23]
BEBERAPA KEISTIMEWAAN KITAB FATH AL-BĂRI SHARH SAHIH AL-BUKHARI
Terdapat beberapa keistimewaan yang terdapat dalam karya agung ini .Antaranya ialah:-
- Beliau berjaya mengumpulkan turuq al-hadith dan riwayat-riwayatnya .Ini dapat membantu untuk membuat tarjih dari sudut makna , ‘irāb dan feqh.
- Beliau berusaha bersungguh-sungguh menjelaskan hubungkait hadith dengan terjamah al-bab ,dan tujuan serta maksud al-Bukhari dalam mendatangkan terjamah al-bab berkenaan.
- Kitab ini juga menghidangkan faedah-faedah feqh yang penting.Pendekatan ini sangat membantu pembaca untuk mengaitkan sesuatu hukum dengan dalil-dalilnya.
- Beliau juga mengulas isu-isu al-isnād dan periwayat-periwayat hadith .
- Beliau juga memaparkan nilai-nilai sastera dan isu –isu al-balaghah , wujuh al-‘irāb dan perbincangan bahasa.
- Dalam menghurai sesuatu hadith dalam sahih , Ibnu Hajar merujuk kepada berbagai bab dalam sahih dan juga kitab-kitab hadith yang lain .Juga menyebut beberapa individu yang berautoriti sebagai perawi hadith.
- Ibnu Hajar juga merekod berbagai teks hadith yang diriwayatkan oleh beberapa perawi hadith dan membincangkan riwayat hidup mereka serta beberapa pandangan dan kritikan daripada perawi hadith dan menyebutkan factor-faktor yang mempunyai perbezaan dalam riwayat.Dalam membincang sejarah hidup perawi , beliau menghurai system ejaan atau autografi terhadap nama dan hubungan perawi khususnya bagi mereka yang sukar namanya dibezakan ataupun yang tidak terkenal.
KESIMPULAN
Kesimpulannya karya ini adalah karya yang sangat baik dan berguna dalam bidang sharah hadith , lebih-lebih lagi karya ini sedaya upaya cuba membantu para pembaca memahami al-Jāmi’ al -Sahīh susunan al-Imam al-Bukhari yang menjadi rujukan utama hadith-hadith sahih.
PENUTUP
Karya ini semestinya menjadi rujukan utama pengkaji-pengkaji hadith bahkan seluruh individu yang berkecimpung dalam ilmu-ilmu Islam sesuai dengan kedudukan hadith sebagai sumber kedua perundangan Islam .
Rujukan
Al-Sakhāwi ,Abu al-Khayr Muhammad b Abd. Rahman ,(tt)Al-Jawahir wa al-Durār fi Tarjamah Sheikh al-Islam Ibn Hajar Dar al-kutub al- Misriyyah
Ibn ‘Imad al-Hanbali , Abu al-Fallah Abd al-Hayyi ,(tt)Shadharāt al-Dhahab fi Akhbar man Dhahab Beirut :al-Maktabah al-Tijariyyah
Ibn Hajar,Ahmad bin Ali ,(1956) al-Majma‘ al-Mu’assas li al-mu‘jam al-mufahras ,Kaherah :Dar al-Kutub al-Misriyyah,
_______________________(1986) Fath al-Bari bi sharh sahih al-Bukhāri Kaherah:Dar al-Rayyān li al-turath
______________________ ,(1986) Hadyu al-Sāri Kaherah:Dar al- Rayyān li al-turath
_______________________ ,(1956) Raf‘ al-Asr ‘an Qudāt Misr Kaherah:Dar al-Kutub al-Misriyyah edit Dr Abd al-Hamid Abd al-Majid 2 Jilid
Ibn Taghri Bardi ,Abu al-Muhasin Jamal al-Din bin Yussof ,(1930) al-Nujum al-Zahīrah fi Mamluk Misr wa al-Kaherah (1930)Qahirah:Dar al-Kutub al-Misriyyah
Yaqut,Shihab al-din bin Abdullah al-hamawi al-rumi ,(1957),Mu’jam al-Buldān,Beirut (8jilid)
[1] Ibn Hajar,Ahmad bin Ali ,(1986) Fath al-Bari bi sharh sahih al-Bukhari Kaherah:Dar al-Rayyān li al-turath jilid 1 hal 6.
[2] Ibn Hajar,Ahmad bin Ali ,(1956) Raf‘ al-Asr ‘an Qudāt Misr Kaherah:Dar al-Kutub al-Misriyyah hal 36 edit Dr Abd al-Hamid Abd al-Majid 2 Jilid
[3] Ibn Hajar,Ahmad bin Ali ,(1986) Hadyu al-Sāri Kaherah:Dar al-Rayyān li al-turath hal 5
[4] Yaqut,Shihab al-din bin Abdullah al-hamawi al-rumi ,(1957),Mu’jam al-Buldān,Beirut hal 122 (8jilid) jil 4
[5] Ibn ‘Imad al-Hanbali , Abu al-Fallah Abd al-Hayyi ,(tt)Shadharāt al-Dhahab fi Akhbar man Dhahab Beirut :al-Maktabah al-Tijariyyah hal 380
[6] Al-Sakhāwi ,Abu al-Khayr Muhammad b Abd. Rahman ,(tt)Al-Jawahir wa al-Durār fi Tarjamah Sheikh al-Islam Ibn Hajar Dar al-kutub al- Misriyyah h 22
[7] Ibid
[8] Ibn Hajar,Ahmad bin Ali ,(1956) al-Majma’ al-Muassas,Kaherah :Dar al-Kutub al-Misriyyah h 36 ,
[9] Ibid
[10] Al-Sakhāwi ,op.cit. , h 254-274
[11] Ibn ‘Imad al-Hanbali , op.cit. hal 56
[12] Ibn Taghri Bardi ,Abu al-Muhasin Jamal al-Din bin Yussof ,(1930) al-Nujum al-Zahirah fi Mamluk Misr wa al-Kaherah (1930)Qahirah:Dar al-Kutub al-Misriyyah jil 7 h 326-328
[13] Ibn ‘Imad al-Hanbali , op.cit.hal 56
[14] Ibid hal 6
[15] Ibn Hajar,Ahmad bin Ali ,(1986) Fath al-Bāri bi sharh sahih al-Bukhari Kaherah:Dar al-Rayyan li al-turath jilid 1 hal 280
[16] Ibid hal 427
[17] Ibid hal 429
[18] Ibid
[19] Ibid hal 430
[20] Ibid
[21] Ibid hal 577
[22] Ibid 580
[23] Ibid hal 585
Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS