Berhutang untuk tunaikan Haji

Assalamualaikum ustaz,

Saya ada terfikir untuk membuat pinjaman bank bagi membolehkan ibubapa saya pergi haji. Adakah ini dibenarkan?

Jawapan:

Ia adalah harus berdasar keputusan yang telah dibuat oleh muzakarah majlis fatwa kebangsaan dengan syarat-syarat tertentu. Di sini saya sertakan keputusan muzakarah tersebut:

Hukum Skim Pinjaman Wang Daripada Koperasi Dan Seumpamanya Untuk Menunaikan Fardu Haji Atau Umrah

Tarikh Keputusan : 13 Jun, 2005
Tarikh Mula Muzakarah : 13 Jun, 2005
Tarikh Akhir Muzakarah : 15 Jun, 2005

Oleh : Muzakarah Kali Ke-69

Keputusan

i. Adalah harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik hutang tersebut dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya; dan

ii. Skim pinjaman tersebut hendaklah diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkan prinsip ikhlas, taawun, adil dan telus dalam operasinya disamping bebas dari unsur-unsur riba.

Rujukan: Jakim

Sekian

والله أعلم

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *