KolumnisUtama

Isu Zakir Naik : Pengajaran untuk kita Umat Islam

quran puti

Sudah lebih 1400 tahun dua ayat Al-Quran di bawah ini diturunkan kepada umat manusia. Dan mungkin sudah puluhan kali kita baca dua ayat Al-Quran ini, namun adakah kita dapat fahami hakikat pertembungan yang berterusan sejak zaman nabi hingga hari ini?

Firman Allah SWT:

قُلْ يَا Ψ£ΩŽΩ‡Ω’Ω„ΩŽ الْكِΨͺَابِ Ω‡ΩŽΩ„Ω’ ΨͺΩŽΩ†Ω’Ω‚ΩΩ…ΩΩˆΩ†ΩŽ Ω…ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§ Ψ₯ΩΩ„Ω‘ΩŽΨ§ Ψ£ΩŽΩ†Ω’ Ψ’Ω…ΩŽΩ†Ω‘ΩŽΨ§ Ψ¨ΩΨ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω ΩˆΩŽΩ…ΩŽΨ§ Ψ£ΩΩ†Ω’Ψ²ΩΩ„ΩŽ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω†ΩŽΨ§ ΩˆΩŽΩ…ΩŽΨ§ Ψ£ΩΩ†Ω’Ψ²ΩΩ„ΩŽ مِنْ Ω‚ΩŽΨ¨Ω’Ω„Ω ΩˆΩŽΨ£ΩŽΩ†Ω‘ΩŽ Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ«ΩŽΨ±ΩŽΩƒΩΩ…Ω’ ΩΩŽΨ§Ψ³ΩΩ‚ΩΩˆΩ†ΩŽ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak mencela dan menyalahkan kami melainkan kerana kami beriman kepada Allah dan beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami, serta beriman kepada apa yang diturunkan sebelum itu, dan kerana kebanyakan kamu sesungguhnya adalah orang orang yang fasik”.

(Surah Al-Maidah: 59(

ΩˆΩŽΩ…ΩŽΨ§ Ω†ΩŽΩ‚ΩŽΩ…ΩΩˆΨ§ مِنْهُمْ Ψ₯ΩΩ„Ω‘ΩŽΨ§ Ψ£ΩŽΩ†Ω’ ΩŠΩΨ€Ω’Ω…ΩΩ†ΩΩˆΨ§ Ψ¨ΩΨ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω Ψ§Ω„Ω’ΨΉΩŽΨ²ΩΩŠΨ²Ω Ψ§Ω„Ω’Ψ­ΩŽΩ…ΩΩŠΨ―Ω

“Dan tidaklah mereka mencela/marah dan menyeksa orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!”

(Surah Al-Buruj: 8(

Imam al-Qurtubi ketika mengolah ayat 8 Surah al-Buruj di atas menyatakan;

أي Ψ₯Ω„Ψ§ Ψ£Ω† ΩŠΨ΅Ψ―Ω‚ΩˆΨ§ Ψ¨Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„ΨΉΨ²ΩŠΨ² أي Ψ§Ω„ΨΊΨ§Ω„Ψ¨ Ψ§Ω„Ω…Ω†ΩŠΨΉ . Ψ§Ω„Ψ­Ω…ΩŠΨ― أي Ψ§Ω„Ω…Ψ­Ω…ΩˆΨ― في ΩƒΩ„ Ψ­Ψ§Ω„ .

“Maksudnya (Tidaklah mereka mencela orang beriman) melainkan kerana mereka yang beriman itu percaya dan membenarkan Allah s.wt Al-`Aziz, iaitu yang Maha berkuasa dan yang tidak dapat dikalahkan, Al-Hamid iaitu yang sentiasa terpuji dalam semua keadaan”. (Al-Jami` li Ahkam Al-Quran, Jil. 19, m/s. 294)

Al-Hafiz al-Baghawi as-Syafi`e pula telah menaqalkan kata-kata Ibnu Abbas ketika mentafsirkan ayat ini;

Ω‚Ψ§Ω„ Ψ§Ψ¨Ω† ΨΉΨ¨Ψ§Ψ³ رآي Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΨΉΩ†Ω‡Ω…Ψ§: Ω…Ψ§ ΩƒΨ±Ω‡ΩˆΨ§ Ω…Ω†Ω‡Ω…ΨŒ Ψ₯Ω„Ψ§ Ψ£Ω† ΩŠΨ€Ω…Ω†ΩˆΨ§ Ψ¨Ψ§Ω„Ω„Ω‡

“Ibnu Abbas r.a berkata: Tidakkah mereka MEMBENCI orang-orang yang beriman itu melainkan hanyalah disebabkan mereka beriman kepada Allah s.w.t” (Ma`alim al-Tanzil fi Tafsir Al-Quran (Tafsir Al-Baghawi), Jil. 8, m/s 387)

Ya. Beriman kepada Allah, inilah punca utama mengapa orang kafir yang memusuhi Islam membenci orang yang beriman dan sanggup buat apa saja terhadap kita. Hari ini Allah bongkar sikap mereka melalui kedatangan Dr. Zakir Naik ke Malaysia yang sedang hangat diperkatakan.

Hakikatnya, mereka yang beriya-riya menentang program ceramah Dr. Zakir Naik ini adalah kerana mereka terasa dicabar. Takut-takut rakyat Malaysia berpaling dari mereka dan mula sedar akan kebenaran Aqidah Islam. Sebab itu DAP – melalui Ramasamy – sangat berani menggelar Zakir Naik sebagai “Satan”. Sebab itu jugalah MIC dan Hindraf sejak awal lagi sangat bersungguh-sungguh menghalangΒ  kehadiran dan penganjuran program Zakir Naik di Malaysia ini.

Kerana, mereka tidak mahu Allah s.w.t diimani oleh rakyat Malaysia. Mereka tidak mahu kalimah Allah dijulang tinggi. Bagi mereka, demokrasi dan kebebasan bersuara hanyalah untuk selain isu Aqidah Islam sahaja. Jika tidak, kedudukan mereka akan tercabar kerana manusia tidak lagi tunduk kepada mereka, tetapi tunduk kepada Allah SWT.

Sangatlah tepat pandangan As-Syahid Sayyid Qutb yang menyatakan bahawa Maqasid AsasiΒ  (Tujuan tertinggi & utama) Al-Quran adalah perjuangan di dalam pertempuran Aqidah (Ω…ΨΉΨ±ΩƒΨ© Ψ§Ω„ΨΉΩ‚ΩŠΨ―Ψ©), melawan musuh-musuh Umat Islam, dan menetapkan umat Islam di atas jalannya. (Tafsir fi Zilal Al-Quran, jil. 1, m/s. 3541)

Al-Quran di sisi Sayyid Qutb bukanlah bercerita tentang peristiwa yang berlaku pada sesuatu fatrah/tempoh zaman tertentu yang telah berlalu dan berakhir begitu sahaja. Bukan juga mengisahkan tentang pertembungan dengan Jahiliyyah lalu yang telah hapus di mamah zaman. Tetapi ia bercerita tentangΒ  segala Jahiliyyah-Jahiliyyah yang wujud tidak kira masa dan zaman. Tentang pertembungan dengan realiti yang terpesong tidak kira zaman, dan membawa realiti tersebut pulang ke Jalan Allah yang lurus. (Tafsir fi Zilal Al-Quran, Jil. 3, m/s. 1219)

Peristiwa hari ini juga sepatutnyaΒ  dalam masa yang sama menyedarkan kita bahawa Aqidah Islam merupakan sesuatu yang sangat mahal tidak ternilai. Sangat mahal apabila kita betul-betul memahami hakikatnya. Apabila kita tahu bahawa Aqidah ini bisa menggoncang kedudukan kuasa dunia yang sedang bermaharajalela menyesatkan manusia saat ini.

Wallah A`lam.

 

Ust Ahmad bin Khairuddin

BA (Hons) Syariah, Fiqh & Usul Fiqh, Jordan

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *