Ahli Ibadat yang tidak mengesani masyarakat

 

Suatu kefahaman yg sentiasa perlu ada dalam diri setiap para Duat Islam tak kiralah di Surau, Masjid, Badan dakwah, Gerakan Islam, Jabatan Agama bahawa tugas asasi seorang daie itu ialah ia sepatutnya mengesani lalu mengubah manusia sekelilingnya kembali kpd Allah SWT.

Namun, mengapakah sentiasa para duat sukar mengesani berbanding cerita hantu, cerita dongeng penyelamat dunia seperti altramen batman spiderman cicak man? Bahkan, Musik juga menjadi suatu elemen yg paling suka didengari bahkan boleh dinyanyikan beramai-ramai dlm konsert.

Sudah tentulah elemen-elemen yg mudah mengesani ini kebanyakannya bukan ingin mengembalikan manusia kpd Allah SWT daripada merosakkan dan mengisi jiwa dengan kekosongan.

Apakah para duat yang sepatutnya menjadi ahli ibadat hari ini tidak lagi boleh digelar dan disifatkan begitu? ataupun mereka memang tidak beribadat.

Bukankah apabila seseorang hamba yg kerap ke Masjid dan surau dan ke pejabat harakah dakwah utk bermesyaurat itu mereka sentiasa mengutip mutiara-mutiara utk disebarkan mutiara itu dengan orang ramai?

Bukankah perbuatan seseorang itu lebih diikuti dan dijadikan qudwah berbanding bercakap-cakap dan menyuruh?

Oleh yg demikian, di mana silapnya ahli Ibadat lantaran kita melihat berbondolan manusia pergi mendahulukan perkara dunia berbanding urusan ukhrawi?

Memahami agama ini dengan jelas membuatkan kita menjawab persoalan-persoalan di atas dengan mudah dan dengan hati yg penuh dengan kehibaan.

1. Ahli Ibadat sendiri tidak mengamalkan dengan benar apa yang mereka seru. Hanya tin-tin kosong yg memekik-mekik menyuruh orang lain menginfaqkan harta dan tenaga pada jalan Allah misalnya. tetapi si pemekik itu, hanya memberi apabila dia ingin beri dan dapat habuan dari pemberiannya.

Cerita si pak Ustaz yg merajuk disebabkan surau yg tak memberinya ufti atas pengajarannya seringkali sahaja terdengar.

Cerita si pemberi yg tidak akan memberi dengan menutup matanya sendiri supaya tidak ingin diketahui dirinya sendiri dek kerana menjaga ikhlas sudah tidak kedengaran lagi. Apatahlah lagi menjadi trend setiap yg memberi mestilah mempamerkan cheque yg besar walau amount yg taklah semahal cheque yg besar itu. Dan juga mestilah diupdate di status FB. Padahal ruh infaq dlm Islam itu ialah melalui Sir (sembunyi). Kemana mu pergi wahai sir??

Mengapa mengekal Sifat buruk ini wahai A’bid??

2. Hati ahli ibadat yang banyak noktah-noktah hitam mengelilingi sehingga tiada ruang cahaya yg boleh terpancar. Semuanya lahir dari hati yg tidak dirawat dengan sifat riak, ujub, takabbur, khianat dan lain-lain.

Seringkali terdengar AJK Surau dan Mesjid bergaduh dan bermasam muka sama sendiri. Para anggota gerakan dakwah sehingga bermusuhan atas matlamat yg sama.

Allahuakbar!!

Amalannya sia-sia, penat lelahnya hanya terbuang begitu saja. Oh A’bid ikhlaskanlah hatimu..

setiap penyakit pasti ada ubatnya khususnya penyakit hati yg sudah dijimpai ubatnya sejak berkurun lama. Namun janganlah biar hati terkena cancer sehingga menutup ruang ubat hati bahkan merosakkan anggota lain pula dengan cel-cel yg jahat.

Wahai A’bid jiwa umat memerlukan sinarmu. Bangkitlah segera pergi kepada tuhanmu. Laksanalah perintah tuhanmu, ikhlaskanlah ibadatmu..

Nasihat buat hati sendiri dan hati-hati para Dua’t A’bid sekalian..

Wallahuallam.

 

Ust Ikram bin Abu Hassan

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *