Ziarah rasmi MUIS ke Persatuan Ulama Muslimin Sedunia

10649930_926317410817526_8859121613828423093_n

Baru-baru ini, saya bertindak sebagai Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS) telah menziarahi seorang tokoh ulama yang amat disegani, fadhilat al Sheikh Prof Dr Ali al-Qurah Daghi, Setiausaha Agung kepada Persatuan Ulama Muslimin Sedunia yang diterajui oleh Syiekh Dr Yusuf al-Qardawi, di pejabat beliau.

Antara yang menjadi sesi perbincangan adalah memperkenalkan ISMA dan MUIS kepada beliau. Berbincang agak lama juga dengan pelbagai perkara, termasuklah pandangan beliau tentang apa yg berlaku di Malaysia, termasuklah dalam hal politik dan kesatuan umat Islam di Malaysia.

Beliau juga bertanya sudut pandangan saya berkenaan dengan beberapa perkara, dan saya memberikan pandangan saya. Rasanya, beliau bersetuju dgn pandangan-pandangan yang saya lontarkan. Sebelum berpisah, beliau melahirkan rasa gembir beliau kerana sekarang baru beliau tahu, bahawa di samping keterlibatan saya dalam Islamic finance, saya juga terlibat dengan kerja-kerja dakwah di Malaysia.

Beliau juga menyebut bahawa pernah mendengar berkenaan dengan ISMA, tetapi beliau tidak tahu pulak bahawa saya adalah salah seorang pimpinannya. Beliau melahirkan rasa gembira dan merasa tenang bahawa saya adalah salah seorang pimpinan ISMA. Insya Allah, banyak perkara yg dibincangkan.

Semoga menjadi amal soleh diakhirat nanti. Amin..

Prof Madya Dr Aznan Hasan,
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Doha, Qatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bad Behavior has blocked 3249 access attempts in the last 7 days.