Muzakarah Ulama : Fiqh Muwatanah

muiscover

Pengenalan

logoMUIS_transparent_848x1200

Hari ini umat Islam di Malaysia dilanda dengan pelbagai ujian dan cabaran. Samada ujian berbentuk fizikal yang dirasai ataupun ujian berbentuk halus khususnya daripada kelompok Islam Liberal iaitu pemikiran dan juga fikrah yang diserap masuk kedalam jiwa umat. Mereka cuba menafsir ayat Quran, Hadis bahkan Sirah Rasulullah SAW sendiri agar selari dengan kehendak hawa nafsu mereka itu sendiri. Antara yang selalu dipesongkan adalah kefahaman berkenaan Piagam Madinah.

Melihat kepada keadaan ini, Majlis Ulama ISMA (MUIS) terpanggil untuk mengumpulkan asatizah serta ulama tanah air ini untuk membincangkan perkara ini secara mendalam dengan tujuan untuk memandu cara fikir masyarakat itu sendiri. Maka atas dasar itulah dianjurkan Muzakarah Ulama.

Muzakarah Ulama adalah sesi perbincangan bersama mufti, wakil universiti, asatizah serta tokoh masyarakat. Ianya diadakan dalam bentuk perbincangan yang terbuka dengan dihadiri 30 peserta ahli perbincangan serta hampir 200 orang sebagai pemerhati kepada perbincangan tersebut.

Muzakarah ini adalah muzakarah ketiga anjuran Majlis Ulama ISMA (MUIS) yang sebelum ini dihadiri pelbagai pihak seperti mufti, pensyarah serta wakil-wakil asatizah. Yang terakhir sebelum ini tajuk yang perbincangan adalah berkenaan Comango serta ancamannya terhadap Negara.

Untuk muzakarah kali ini Isu-isu yang akan dibincangkan adalah dalam kerangka kenegaraan dan piagam Madinah sebagai piagam negara pertama di dunia. Isu ini dilihat sangat penting berdasarkan bentuk tanah air kita serta bentuk masyarakat majmuk yang ada pada hari ini.

Objektif

comango muis

  1. Membincangkan kandungan utama Piagam Madinah dan kaitannya dalam konteks kenegaraan zaman sekarang
  2. Membincangkan isu-isu kenegaraan kontemporari dalam konteks Malaysia seperti hak-hak orang bukan Islam dan fiqh muwathonah
  3. Mengeluarkan kenyataan rasmi bersama-sama ulama sebagai hasil dari muzakarah mengenai isu-isu kontemporari berkaitan kenegaraan di Malaysia demi memberi panduan kepada masayarakat umum.
  4. Mendidik masyarakat dalam melihat perbincangan dikalangan ulama serta mendepani kepelbagaian pandangan berkenaan sesuatu isu.

Tarikh dan Tempat

  • 2 April 2016 (Sabtu)
  • jam 8.30 pagi-5.30 petang
  • Danau Golf Club, UKM Bangi, Selangor

Perbincangan

 

Ucaptama Perasmian : Y.Bhg. S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan)

Sesi 1 : Analisa ke atas Piagam Madinah & Perbandingannya dengan Perlembagaan Persekutuan

Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz (Felow utama Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik IKIM)

Sesi 2 : Fiqh Muwatanah Menerusi Piagam Madinah dan Hak-Hak serta Kewajipan warga negara berbilang agama menerusi piagam Madinah

Y.Bhg. S.S. Dato’ Dr. Zulkifly bin Muda (Mufti Terengganu)

Prof Madya Dr Aznan bin Hasan (Pengerusi Majlis Ulama ISMA)

Sesi 3 : Nilai perpaduan dalam sebuah negara Islam mengikut perspektif piagam madinah

Ust Abdullah Zaik bin Abd Rahman SMT (Presiden Ikatan Muslimin Malaysia ISMA)

*serta seramai 30 orang dengan pelbagai latar belakang tokoh masyarakat, ahli akademik dan asatizah sebagai ahli perbincangan.

muzakarah-penceramah

Yuran

Bekerja: RM 50

Pelajar: RM 30

Pendaftaran

Tempat terhad untuk 200 orang sahaja! Pembayaran perlu dibuat sebelum program!

Cara Pendaftaran:

1. Daftar nama, no tel dan butiran lain melalui salah satu:

  1. Atas Talian : http://bit.ly/muzakarahulama
  2. Email: pegawaimuis@gmail.com
  3. Hubungi: 03-89123838
  4. SMS/Whatsapp: 018-3240054 (Ust Muhammad Firdaus, Pegawai MUIS)

2. Buat pembayaran di akaun MAYBANK IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (5622 1820 1823) dan hantarkan bukti pembayaran ke:

  1. Email: pegawaimuis@gmail.com
  2. Hantar gambar : 018-3240054 (Ust Muhammad Firdaus, Pegawai MUIS)

Tarikh tutup pendaftaran: 30 Mac 2016