AqidahBeritaIlmiahKolumnisMalaysiaMunasabat IslamSoal JawabUmumUtama

Umat Perlu Mendampingi Al-Quran Bagi Mendapatkan Kelebihan Penjaga Al-Quran

Kemuliaan Ahli Al-Quran

Pengebumian Al-Marhumah Nurly Syahirah baru-baru ini menjadi sebuah peristiwa yang menghidupkan jiwa, menginsafkan hati dan menzahirkan sebahagian daripada tanda-tanda husnul khatimah bagi orang yang beriman terutamanya ahli Al-Quran.

Kemuliaan ahli Al-Quran adalah suatu hal yang tidak dapat disangkalkan lagi. Golongan ahli Al-Quran juga disebut sebagai “Ahlullah” yang bermaksud “keluarga Allah” atau “golongan yang dekat dengan Allah”. Ia juga disebut secara kiasan penuh kemuliaan (majaz tasyirifi).

Dalam peristiwa yang menakjubkan ini iaitu bau harum yang semerbak muncul semasa sesi pengebumian Al-Marhumah, kita haruslah menyingkapinya dengan neraca Syarak yang penuh dengan keadilan dan rahmah.

Apabila berlaku kematian orang mukmin, kita sebagai orang Islam wajib bersangka baik iaitu dengan mendoakan kematiannya itu adalah sebuah Husnul Khatimah. Apatah lagi jika tanda-tanda kematian mereka itu terzahir melalui alamat-alamat tertentu yang sering terjadi kepada golongan istimewa seperti para ahli Al-Quran.

Di dalam kitab Kitab แธคilyah al-Awliyฤโ€™ wa แนฌabaqฤt al-Aแนฃfiyฤโ€™ yang ditulis oleh Abลซ Nuสฟaym al-Aแนฃbahฤnฤซ banyak merekodkan peristiwa-peristiwa seumpama ini. Pelbagai peristiwa yang luar biasa telah berlaku kepada kematian orang-orang soleh, wali-wali, para ulamaโ€™, para syuhadaโ€™ dan lain-lain.

Karamah Orang Beriman Merupakan Hal yang Sabit dan Diiktiraf oleh Syarak

Kita haruslah memahami bahawa karamah merupakan suatu hal yang pernah berlaku dan diiktiraf bagi orang yang beriman. Perkataan โ€˜Karamahโ€™ berasal daripada bahasa Arab (ุงู„ูƒุฑุงู…ุฉ). Menurut bahasa ertinya mulia dan menurut istilahnya pula kejadian luar biasa yang tidak masuk akal dan berlaku pada diri wali sebagai tanda kemuliaan yang dianugerahkan Allah ke atas mereka.

Imam Al-Jurjani dalam kitabnya al-Taโ€™rifat menyebut, karamah ialah suatu kejadian luar biasa yang diberikan Allah khusus bagi para hamba-Nya yang bertakwa dan soleh yang tidak disertai dengan dakwaan sebagai nabi. (Lihat al-Taโ€™rifat oleh al-Jurjani, hlm. 235)

Karamah adalah suatu hal yang tidak bercanggahan dengan logik syarak. Secara logiknya sekiranya karamah itu tidak wujud, tentu penyebabnya adalah salah satu di antara dua; sama ada Allah SWT tidak mampu untuk melakukannya atau orang yang beriman tidak mampu untuk menerimanya. Perkara seperti ini jelas mustahil atau tidak masuk akal.

Keharusan Mengambil Berkat (At-Tabarruk) Dengan Orang Soleh

At-Tabaruk iaitu mengambil berkat (ุงู„ุชุจุฑูƒ ุจุงู„ุดุฆ) merupakan perbuatan yang harus di sisi jumhur (majoriti) ulama dari kalangan mazhab yang empat, disamping terdapat beberapa batas-batas yang perlu dipatuhi seperti iktikad terhadap Allah SWT dan bukannya terhadap barang atau individu, serta tidak meletakkan kaifiat-kaifiat tertentu yang tiada asas dalil.

Tabarruk dengan kesan peninggalan orang soleh adalah harus jika tidak membawa kepada fitnah. Para ulama yang mengharuskan amalan tabaruk ini juga bahkan mensyaratkan bahawa mestilah perbuatan bertabaruk tersebut aman dari fitnah. Imam Ibn Hajar al-Asqalani ketika menjelaskan mengenai hadis seorang sahabat bernama Itban bin Malik yang menjemput Nabi SAW untuk solat di rumahnya berkata:

ูˆูŠุณุชูุงุฏ ู…ู†ู‡ ุฃู† ู…ู† ุฏุนูŠ ู…ู† ุงู„ุตุงู„ุญูŠู† ู„ูŠุชุจุฑูƒ ุจู‡ ุฃู†ู‡ ูŠุฌูŠุจ ุฅุฐุง ุฃู…ู† ุงู„ูุชู†ุฉ
Maksudnya: โ€œDifahami dari hadis ini bahawa orang salih yang dijemput boleh memenuhi undangan tersebut jika aman dari fitnah.โ€

Rujuk: Ibn Hajar al-Asqallani, Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari.

Ibn Hajar al-Asqalani dalam hal ini jelas mensyaratkan perbuatan tabarruk itu mestilah tidak mendatangkan fitnah. Imam al-Syarwani yang merupakan ulama besar mazhab Syafii menjelaskan bahawa hendaklah orang yang menjadi ikutan orang ramai supaya tidak melakukan perbuatan seperti mencium kubur wali di hadapan orang jahil yang tidak dapat membezakan antara memuja dan mengambil berkat.

Rujuk: Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfah al-Muhtaj Syarh Minhaj wa Hawasyai al-Syirwani wa al-Abbadi.

Pintu Fitnah Lebih Wajar Ditutup Daripada Keharusan Tabarruk

Perbuatan seperti membawa pulang pasir daripada tanah kubur al-marhumah, mencium batu nisan sambil merekod video dan seumpamanya, boleh menimbulkan fitnah dan membuka ruang kepada amalan-amalan khurafat yang lain. Ini kerana, dalam situasi ini jika dibiarkan berlakunya perbuatan tabarruk secara berlebihan dan beramai-ramai maka ia sangat berisiko untuk membawa kepada kemudaratan dalam akidah, dan mengguris hati pihak keluarga, sedangkan prinsip Islam ialah menolak kemudharatan berdasarkan kaedah-kaedah fiqh:

ู„ุง ุถุฑุฑ ูˆู„ุง ุถุฑุงุฑ
Maksudnya: Tidak boleh mudarat dan tidak boleh memudaratkan.
Riwayat Ibn Majah (2341)

ุฏุฑุก ุงู„ู…ูุงุณุฏ ู…ู‚ุฏู… ุนู„ู‰ ุฌู„ุจ ุงู„ู…ุตุงู„ุญ
Maksudnya: Menolak kemudaratan itu lebih utama daripada mendapatkan maslahah.

Ibrah dan Pengajaran Melalui Peristiwa Ini

Di dalam peristiwa ini, pengajaran yang lebih utama adalah bagaimana Al-Quran memuliakan penjaganya. Sejak al-Quran diturunkan, ianya telah dipelihara dengan begitu rapi. Ramai penghafaz al-Quran yang lahir setiap zaman bermula zaman Rasullullah S.A.W lagi hinggalah ke hari ini.

Meskipun Al-Quran juga dipelihara dalam bentuk tulisan seperti penghasilan mushaf, serta seiring dengan perkembangan teknologi iaitu al-Quran dihasilkan dalam bentuk percetakan, para penghafaz Al-Quran tetap berada di tangga pertama selaku penjaga Al-Quran hinggalah ke akhir zaman. Ini bertetapan dengan firman Allah S.W.T:

ุฅูู†ู‘ูŽุง ู†ูŽุญู’ู†ู ู†ูŽุฒู‘ูŽู„ู’ู†ูŽุง ุงู„ุฐูู‘ูƒู’ุฑูŽ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽุง ู„ูŽู‡ู ู„ูŽุญูŽุงููุธููˆู†ูŽ
Maksudnya: โ€œSesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (Al-Quran), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganyaโ€. (Surah al-Hijr : 9)

Allah SWT tidak hanya menjaga Al-Quran tersebut melalui tugas penjaga Al-Quran itu sahaja, bahkan Dia juga pasti akan menjaga penjaga Al-Quran tersebut! Sebagaimana penjaga atau penghafaz Al-Quran menjaga hafazannya, dia juga dijaga oleh Allah SWT.

Terlalu banyak ayat Al-Quran sendiri yang menunjukkan kemuliaan penjaga Al-Quran. Firman Allah SWT ,

ุจูŽู„ู’ ู‡ููˆูŽ ุขูŠูŽุงุชูŒ ุจูŽูŠูู‘ู†ูŽุงุชูŒ ูููŠ ุตูุฏููˆุฑู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุฃููˆุชููˆุง ุงู„ู’ุนูู„ู’ู…ูŽ
Maksud: โ€œBahkan ia (al-Qurโ€™an) adalah ayat-ayat yang jelas lagi nyata dalam dada orang-orang yang dikurniakan ilmu.โ€
(Surah al-โ€˜Ankabลซt: 49)

Firman Allah SWT lagi,
ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุขุชูŽูŠู’ู†ูŽุงู‡ูู…ู ุงู„ู’ูƒูุชูŽุงุจูŽ ูŠูŽุชู’ู„ููˆู†ูŽู‡ู ุญูŽู‚ู‘ูŽ ุชูู„ูŽุงูˆูŽุชูู‡ู ุฃููˆู„ูŽูฐุฆููƒูŽ ูŠูุคู’ู…ูู†ููˆู†ูŽ ุจูู‡ู
Maksud:โ€œOrang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, lalu mereka membacanya dengan bacaan yang sebenar-benarnya, mereka itulah orang yang beriman dengannya.โ€
(Surah al-Baqarah: 121)

Bahkan Rasulullah SAW sendiri memberi perumpamaan orang yang membaca Al-Quran dengan tidak membacanya adalah dengan analogi bau keharumannya.

Daripada Abi Musa RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ู…ูŽุซูŽู„ู ุงู„ู…ูุคู’ู…ูู†ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูŠูŽู‚ู’ุฑูŽุฃู ุงู„ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ูƒูŽุงู„ุฃูุชู’ุฑูุฌู‘ูŽุฉูุŒ ุทูŽุนู’ู…ูู‡ูŽุง ุทูŽูŠู‘ูุจูŒ ูˆูŽุฑููŠุญูู‡ูŽุง ุทูŽูŠู‘ูุจูŒุŒ ูˆูŽู…ูŽุซูŽู„ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ู„ุงูŽ ูŠูŽู‚ู’ุฑูŽุฃู ูƒูŽุงู„ุชู‘ูŽู…ู’ุฑูŽุฉู ุทูŽุนู’ู…ูู‡ูŽุง ุทูŽูŠู‘ูุจูŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ุฑููŠุญูŽ ู„ูŽู‡ูŽุง
Maksudnya: โ€œPerumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujah (limau sitrus), rasanya enak dan baunya wangi. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah Kurma, rasanya enak tetapi tidak berbauโ€. [Riwayat al-Bukhari (7560) dan Muslim (797)]

Tanggungjawab Kita Terhadap Al-Quran

Umat Islam perlu mendampingi Al-Quran bagi mendapatkan fadhaโ€™il iaitu kelebihan-kelebihan yang khusus untuk penjaga Al-Quran. Jika kita masih belum mampu merasakan sentuhan ayat Al-Quran melalui bacaan, maka tidak cukupkah peristiwa kematian Al-Marhumah yang menghidupkan jiwa-jiwa para perindu Al-Quran?

Seperti yang disebutkan tadi, situasi yang berlaku menuntut umat Islam untuk menghindari perbuatan tabarruk tersebut. Perbuatan membawa pulang pasir dan tanah kubur, mencium batu nisan, mencetak Al-Quran tulisan Al-Marhumah dan menjualnya adalah hal-hal yang terlarang, dan membuka jalan kepada pintu syirik dan khurafat.

Sebaliknya, yang harus dimulakan pada waktu sekarang adalah usaha untuk mempelajari dan mendalami Al-Quran. Agama Islam mencintai penganutnya untuk sentiasa membuahkan amal. Kelas-kelas Al-Quran yang diadakan oleh para asatizah mestilah dihadiri beramai-ramai. Masjid-masjid dan surau-surau yang setiap hari mengalunkan bacaan Al-Quran haruslah dipenuhi.
Kami akhiri perbincangan ini dengan mengemukakan sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Uthman bin Affan RA, Sabda Rasulullah SAW:

ุฎูŽูŠู’ุฑููƒูู…ู’ ู…ูŽู†ู’ ุชูŽุนูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุงู„ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ู‘ูŽู…ูŽู‡ู
Maksudnya: Sebaik-baik daripada kamu adalah yang belajar al-Quran dan mengajarnya.

Wallahuโ€™alam..

Ustaz Fitri Adnan
Penyelidik MUIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *