Umum

Nukilan puteri AlMarhum Dr Soberi – نضرة الهناء

Hakikat menerima pemergian baba tersayang amat pedih untuk diterima. Tetapi, apa yang saya tahu, saya tak pernah rasa setenang ini.

Sedih tapi perasaan lega itu mengatasi sedih. Sedih mungkin kerana tidak dapat bersua muka lagi, tidak dapat bermanja dan berkongsi cerita, apatah lagi ingin meluahkan masalah.

Tapi, Allah hadirkan rasa tenang dan kelegaan apabila tahu baba pergi dalam keadaan yang sangat baik, dan orang sekelililngnya semua mengatakan yang baik-baik. Sungguh, ucapan dan hantaran kenalan, pelajar serta semua yg mengenali baba mengubat rasa sedih di hati.

Baba pulang dalam keadaan baik. Itu satu jaminan kebahagiaan yang tiada taranya bagi seorang anak.

Allah detikkan hati saya sebulan lebih dengan mengingati sepotong ayat Al-Quran sebelum kehilangan baba. Setiap kali nak tidur, saya akan teringat ayat ini. Tak tahu kenapa, mungkin Allah inginkan hati saya sedia menerima pemergian baba walaupun terlalu mengejut.

Ayat ini semakin kerap berlegar di kepala saya minggu lalu lepas tahu baba tak sihat, katanya gastrik.

{ وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَیۡءࣲ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصࣲ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَ ٰ⁠لِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَ ٰ⁠تِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِینَ (155)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar

ٱلَّذِینَ إِذَاۤ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِیبَةࣱ قَالُوۤا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّاۤ إِلَیۡهِ رَ ٰ⁠جِعُونَ (156)

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

أُو۟لَـٰۤىِٕكَ عَلَیۡهِمۡ صَلَوَ ٰ⁠تࣱ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةࣱۖ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ (157) }

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Ketika ayat ini berlegar dalam kepala saya setiap malam, apa yang terdetik dalam hati saya

‘Allah, aku redha jika engkau takdirkan ibu/ayahku pergi dalam keadaan aku jauh daripada mereka. Aku yakin dengan janjiMu. Jadikan aku kuat dan sabar’

Inilah jawapannya. Allah nak saya kuat untuk hari-hari yang mendatang. Persoalan tentang sediakah kita kehilangan org tersayang?

Demi Allah, hatta berumur 100 tahun pun kita takkan sedia kehilangan orang tersayang. Hanya Allah yang tahu kekuatan kita.

لا حول ولا قوة إلا بالله

Hanya Allah tempat saya bergantung. Doakan saya, mama, suami dan keluarga kuat.

Terima kasih semua yang mendoakan, dan yang membantu urusan baba saat anakandanya yang seorang ini sedang di perantauan.

Jazakumullah Khayran keluarga, Ikhwah Akhawat, Pensyarah, Kenalan Baba Mama, Pelajar² Baba Mama dan semua yang membantu.

Moga Allah beri balasan dgn sebaik² ganjaran.

Doakan perjalanan pulang saya bersama suami ke Malaysia dipermudahkan.

Nadhratul Hana’ Mohd Soberi,
Puteri Tunggal baba mama,
Kaherah, Mesir | 0944 am | 300723

Sumber : Facebook Nadratul Hana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *