DakwahFiqh SemasaIlmiahKolumnisPolitik Islam

UEC dari kacamata syarak

Islam sebuah agama yang syumul mementingkan segenap aspek kehidupan. Antara yang Islam titik beratkan ialah aspek pendidikan dan pelajaran. Oleh yang demikian ayat pertama diturunkan menyuruh umat Islam membaca dengan firman Allah SWT إقرأ
Ertinya: Bacalah.

Oleh itu baginda SAW mementingkan aspek ini dengan menjadikan fidyah (ganti rugi) tawanan perang Badar ialah mengajar anak orang Islam membaca.

Masjid juga merupakan institusi ilmu di Madinah yang pertama selain tempat ibadat.

Ini semua menunjukkan Islam sangat mementingkan aspek pendidikan dan memberikan penekanan terhadapnya.

Islam juga melihat pendidikan sebagai aspek perpaduan masyarakat yang lahir dari satu ideologi yang sama duduk dalam sesebuah negara. Sebab itu, pada zaman kegemilangan Islam kerajaan Umawiyyah dan Abbasiah negara-negara Islam dijadikan tempat berkembangnya ilmu pengetahuan. Dan dalam sejarah telah mencatitkan bahawa perubahan yang berlaku di barat daripada zaman gelap kepada zaman pertengahan adalah disebabkan mereka melihat perkembangan pesat yang berlaku di Negara-negara Islam ketika itu. Bahkan tercatat dalam sejarah sekolah-sekolah Islam terbuka kepada sesiapa sahaja secara terbuka tidak mengira agama dan bangsa. Ini kerana Islam sentiasa mengganggap ilmu dan pengetahuan perlulah dikongsi bersama dalam membentuk masyarakat yang kuat dan bersatu padu. Persaingan sihat akan wujud jika berlakunya interaksi antara sesama masyarakat begitu juga dakwah kepada agama Allah SWT.

Suatu perkara lagi boleh diperhatikan daripada Sirah Nabawiyyah, golongan Yahudi yang mempunyai sistem pendidkan sendiri iaitu Midras telah gagal berasimilasi dengan masyarakan Islam di Madinah lalu telah keluar dari kesepekatan kerana telah melanggar perjanjian.

Kerajaan Malaysia sejak awal merdeka telah merangka sistem pendidikan dengan melalui pelbagai pembaharuan dari semasa ke semasa.

Dilihat sejak dari laporan pelajaran Barnes 1951M lagi oleh British yang melihat mustahil negara Malaysia dapat terbina dengan wujudnya 4 aliran sekolah yang berlainan aliran, maka telah mencadangkan untuk menyatukan sekolah-sekolah kerana pengalaman dari pakar pendidikan yang dilantik mengeluarkan laporan Bernes telah menunjukkan Malaysia mustahil akan terbentuk dengan baiknya jika sistem pendidikan dan bahasa pengantar tidak disatukan.

Begitu juga dalam Ordinan Pelajaran 1952 telah menyatakan perkara yang sama demi membentuk masyarakat yang bersatu padu. Ini dilihat selari dengan apa yang diajarkan oleh Islam seperti yang disebut di atas.

Namun terdapat segelintir masyarakat Cina yang taksub dengan bangsa mereka telah membantah perkara ini berkali-kali. Sehinggalah kerajaan telah memberi kelonggaran mewujudkan sekolah vernakular jenis kebangsaan Cina dan India walaupun bertentangan dengan Ordinan Pelajaran dan Laporan-laporan yang telah dikeluarkan.

Perkara ini juga tidak direstu oleh mereka yang taksub dan mempunyai agenda tersendiri ingin hidup di Malaysia sepertimana mereka hidup di negara asal mereka, bahkan agenda-agenda lain yang tersembunyi. Mereka ini (Guru-guru sekolah Cina Swasta telah bergabung dan mewujudkan persatuan DhongZong dan dari situ lahir rangkain sekolah tersendiri dengan silibis sendiri dari luar negara yang dinamakan UEC Unified Examination Certificate.

Sistem pendidikan UEC adalah sistem yang asing dari falsafah Pendidikan Negara. Penulis khuatir ia akan menyebabkan perpecahan yang lebih teruk dari sedia ada dengan penerusan sekolah aliran UEC ini. Kekuathiran ini telah terbukti dalam sejarah seperti yang telah berlaku kepada golongan Yahudi yang dikemukakan di atas.

Perpecahan antara etnik di Malaysia yang berlaku sekarang ini adalah kerana kegagalan sistem pendidikan yang sedia ada untuk membentuk masyarakat bersatu padu. Seorang Pengkaji Nazri Muslim telah menyebut bahawa pada tahun 1996-2002 sahaja telah direkodkan lebih dari 81 kes pertembungan antara etnik di Malaysia.

Sistem pendidikan negara patut disatukan pada nerqca syariat Islam dan sistem-sistem seperti UEC perlu dihapuskan untuk mewujudkan masyarakat yang aman harmoni dan bersatu.

Perkara ini juga merupakan suatu maslahat besar di dalam Islam yang tidak boleh disangkal lagi. Bahkan ia menolak mudharat yang akan berlaku daripada ketidaksepakatan sistem pendidikan Ini.

Oleh itu, saya menegaskan bahawa sistem pendidikan seperti ini tidak diakui oleh Syariat, sejarah mahupun keadaan semasa. Bahkan bertentangan dengan undang-undang semasa. Ianya hanya akan menyuburkan lagi perpecahan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Maka saya menyeru masyarakat Malaysia khususnya bangsa Cina dan kerajaan Malaysia supaya merenung masa depan negara ini yang mungkin akan berlaku kacau bilau disebabkan sistem pendidikan yang telah menjauhkan generasi masa hadapan kita. Kita perlu ikhlas dalam membentuk masyarakat Malaysia bersatu padu dan bersedia bekorban demi generasi akan datang.

Wallahuallam Bissawab.

Ustaz Muhammad Ikram bin Abu Hassan
Penyelidik
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *