al-Raisuni: Barat perlu bertanggungjawab atas pembantaian umat Islam di New Zealand
Tindakan pembantaian terhadap umat Islam yang terjadi baru-baru ini di Christchurch, New Zealand hakikatnya adalah hasil api permusuhan yang ditanam oleh Barat terhadap Islam selama ini.
“Barat keseluruhannya perlu bertanggungjawab menghidupkan api peperangan salib terhadap umat Islam sejak akhir-akhir ini”
Syiekh Dr Ahmad Raisuni, Ketua Pertubuhan Ulama Muslimin Sedunia berkata demikian terhadap tragedi pembantaian umat Islam yang berlaku di New Zealand jumaat lepas.
Tegas beliau lagi, tragedi tersebut sebenarnya bermula sejak tindakan serta kempen yang dibawa oleh organisasi atau negara barat sendiri yang menyeru ke arah Islamofobia iaitu menanam perasaan benci terhadap umat Islam.
Oleh itu, tiada beza antara pelaku tragedi ini dengan tindakan Islamofobia barat selama ini.
“Antaranya seperti tindakan rasmi kerajaan Perancis sendiri yang selama ini memberi tekanan berterusan terhadap umat Islam disana dalam isu tudung hinggakan menutup masjid-masjid disana”
“Tindakan-tindakan seperti inilah sebenarnya yang membawa kepada lahirnya pelampau seperti yang berlaku dengan pembantaian ini!”
Tambah beliau lagi, tragedi ini juga menunjukkan bagaimana terdapat pelbagai simbol pada senjata pelaku tersebut memang secara jelas mengambil semangat daripada peperangan salib dalam melakukan kekejaman tersebut.
“Penyelesaian terhadap isu ini adalah dengan dialog serta penyataan secara tegas oleh umat Islam supaya kelompok dan barat menghentikan kempen Islamofobia terhadap umat Islam seluruh dunia”
Setakat ini, pihak berkuasa New Zealand mengesahkan 50 maut dalam serangan pengganas di dua masjid di Christchurch ketika penganut Islam ingin menunaikan solat Jumaat dan lebih 20 orang dilaporkan cedera.
sumber: alyaoum24.com