Pengenalan kitab Tafsir al-Qurtubi
Biodata Ringkas Penulis :
Nama beliau adalah Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr bin Fahr Al-Ansori Al-Khazraji Al-Andalusi Al-Qurtubi. Tiada sebarang rujukan yang menyatakan tarikh kelahiran beliau, namun sebahagian ulama menyatakan beliau lahir di akhir-akhir kurun ke-6 hijrah. Beliau membesar di Cordova, Andalus, kemudian beliau pergi ke Mesir untuk menuntut ilmu dan menetap di sana. Beliau seorang ulama yang hebat dan zuhud, waktu-waktunya dipenuhi dengan beribadah kepada Allah dan menulis kitab. Antara kitab-kitab yang beliau tulis adalah : Kitab At-Tazkirah Bi Umur Al-Akhirah (Peringatan Tentang Perkara-perkara Akhirat), Syarah Asmaโul Husna, dan kitab tafsir beliau yang sangat terkenal dan menjadi rujukan ulamaโ. Beliau meninggal di Minya Bani Khasib, As-Soโid, Mesir dan dikuburkan di sana pada bulan Syawal tahun 671 hijrah.
Pengenalan Tafsir :
Al-Jamiโ Li Ahkam Al-Quran Wa Al-Mubayyin Li Ma Tadhammanahu Min As-Sunnah Wa Aiy Al-Furqan (ุงูุฌุงู ุน ูุฃุญูุงู ุงููุฑุฃู ูุงูู ุจูู ูู ุง ุชุถู ูู ู ู ุงูุณูุฉ ูุขู ุงููุฑูุงู), itulah nama yang diberi oleh Imam Al-Qurtubi bagi kitab tafsirnya yang agung ini. Kitab ini adalah rujukan bagi segala rujukan dalam bidang tafsir Al-Quran, tiada seorang pun dari ulama tafsir yang datang selepas beliau melainkan mereka akan merujuk dan mengambil manfaat dari tafsir ini.
Sebab Penulisan :
Di dalam muqaddimah kitab tafsirnya ini, Imam Al-Qurtubi ada menyatakan perkara yang menyebabkan beliau ingin menulis tafsir ini. Berkata Imam Al-Qurtubi : โDan aku menulisnya sebagai peringatan buat diriku, dan sebagai bekalan untuk alam kuburku, dan sebagai amal soleh selepas kematianku..โ. Beliau menulis kerana terkesan dengan beberapa ayat Al-Quran dan hadis Nabi, antaranya :
โููุจุคุง ุงูุฅูุณุงู ููู ุฆุฐ ุจู ุงย ูุฏู ูุฃุฎุฑโ
Maksudnya : โPada hari itu, manusia akan diberitahu tentang apa yang telah ia lakukan (dari amal kebaikan atau kejahatan) dan apa yang telah ia tinggalkan (dari amal kebaikan atau kejahatan)โ. [Al-Qiyamah, 13]
Manhaj Penulisan Imam Al-Qurtubi :
Setiap ulamaโ tafsir mempunyai cara yang tersendiri dalam menyampaikan tafsiran mereka terhadap ayat-ayat Al-Quran. Dan kita juga sedia maklum bahawa di sana terdapat dua jenis tafsir, pertama : Tafsir bil maโtsur, yakni menafsir ayat Al-Quran dengan menggunakan ayat Al-Quran, hadis, atau kata-kata sahabat yang cukup syaratnya untuk menjadikan kata-kata tersebut dikira sebagai tafsir bil maโtsur. Kedua : Tafsir bi ar-roโyi, yakni menafsir ayat Al-Quran dengan menggunakan sumber-sumber selain dari yang telah digunakan di dalam tafsir bil maโtsur.
Dan di bawah tafsir jenis kedua ini terdapat beberapa pecahan, antaranya adalah tafsir Al-Quran dengan membawa perbincangan fiqh, dan di bawah jenis inilah terletaknya kitab tafsir yang agung ini. Sesuai dengan namanya Al-Jamiโ Li Ahkam Al-Quran yang bermaksud โYang Mengumpul Hukum-hakam Al-Quranโ, Imam Al-Qurtubi memuatkan segala macam ilmu dan hukum-hakam Al-Quran, seperti ilmu nahu, qiraat, syair-syair arab dan hadis-hadis Nabi, cuma beliau lebih fokus kepada perbincangan fiqh, khilaf ulamaโ dan meโrajihโkan pendapat dengan penuh adab dan kebijaksanaan, dan beliau meโrajihโkan pendapat-pendapat tersebut tanpa taksub kepada mana-mana mazhab.
Di dalam muqaddimah kitab tafsirnya itu, beliau ada menerangkan dengan terperinci tentang cara atau manhaj beliau dalam penulisan tafsir ini. Dan saya ringkaskan sebegini :
1) Menyandarkan suatu kata-kata kepada pemiliknya, dan hadis-hadis kepada penyusunnya.
Ini kerana beliau percaya bahawa antara keberkatan ilmu itu adalah menyandarkan kata-kata kepada pemiliknya, dan beliau mengatakan bahawa kebanyakan hadis yang ada di dalam kitab-kitab fiqh dan tafsir datang dalam bentuk yang kabur, yakni tidak diketahui sumbernya dan menyusahkan para penuntut ilmu untuk mengetahui status kesahihan hadis-hadis tersebut.
2) Meninggalkan kebanyakan kisah-kisah dan para ulama tafsir dan sejarawan, kecuali beberapa kisah yang tidak boleh dibuang dan perlu diceritakan untuk menjelaskan ayat Al-Quran.
3) Menjelaskan ayat-ayat hukum dengan menafsirkan makna-maknanya, membimbing penuntut ilmu kepada keperluan ayat-ayat tersebut, dan menggabungkan ayat-ayat yang mempunyai satu atau dua hukum.
4) Memasukkan perbincangan-perbincangan lain seperti sebab penurunan ayat, qiraat, iโrab, makna bagi lafaz-lafaz yang susah difahami, serta mengutip syair-syair arab sebagai penguat dalil dalam perbincangan bahasa.
5) Sekiranya ayat yang ditafsir bukan ayat hukum, maka beliau akan menyebut tafsiran dan takwilan bagi ayat tersebut.
Keistimewaan Tafsir Al-Qurtubi
Bukan sengaja para ulama tafsir menjadikan kitab tafsir yang agung ini sebagai rujukan utama mereka, tetapi pasti ada sebab dan keistimewaan yang terkandung di dalam kitab ini. Antara keistimewaan Tafsir Al-Qurtubi adalah :
1) Beliau adalah seorang ulama yang bermazhab Maliki, tetapi dalam membincangkan masalah fiqh, beliau akan menyebut pendapat-pendapat ulamaโ serta perbincangan mereka dalam masalah tersebut, kemudian beliau akan membandingkan antara semua pendapat tersebut, dan menilai manakah pendapat yang paling โrajihโ. Dan penilaian beliau tidak terkesan langsung dengan sifat taksub pada mana-mana mazhab, terutamanya mazhab Maliki.
2) Antara masalah yang dihadapi oleh penuntut ilmu adalah, kebanyakan kitab-kitab tafsir dipenuhi dengan israiliyyat, dan perkara ini tidak dinafikan lagi banyak menyusahkan para ulamaโ dan penuntut ilmu, serta berbahaya bagi orang awam. Adapun Tafsir Al-Qurtubi ini mempunyai keistimewaan yang jarang ada pada kitab-kitab tafsir lain, seperti mana beliau tegas dalam menaqalkan sebarang kata-kata atau hadis, begitu juga beliau tegas dalam memasukkan sesuatu yang tidak ada sandarannya dalam agama Islam. Tafsir Al-Qurtubi adalah salah satu kitab tafsir yang jarang mempunyai kisah-kisah israiliyyat.
Itulah sedikit pengenalan bagi sebuah kitab tafsir agung yang sebenarnya tidak mampu dihuraikan dalam penulisan yang ringkas sebegini. Dan kitab ini tidak sesuai dibaca sendirian oleh orang awam kerana pembawaannya adalah perbincangan ilmiah, bukan pembawaan yang ringan, perlu berguru sekiranya hendak membaca kitab ini. Semoga Allah merahmati seorang imam yang hebat, Imam Al-Qurtubi atas jasa dan usaha beliau dalam mengembangkan dan menjaga keaslian ilmu tafsir. Wallahuโalam.
Rujukan :
1) Al-Quran
2) Tafsir Al-Qurtubi โ Imam Al-Qurtubi
3) At-Tafsir Wa Al-Mufassirun โ Dr. Az-Zahabi
Kuliah Usuluddin tahun 4, Jabatan Tafsir Al-Quran