Soal JawabWanita & Kekeluargaan

Harta pusaka untuk anak dan penukaran nama

 

Assalamualaikum ustaz, soalan saya, apakah anak dari isteri kedua arwah ayah, berhak mewarisi harta pusaka arwah ayah? Apakah sah dgn mengagihkan sedikit wang saja kepada mereka tanpa mengambil kira harta pusaka arwah. 2. Sementara menunggu pengagihan dibuat apakah boleh ditukarkan semua harta arwah ayah kepada nama ibu? Terima kasih-wan shuri

 

Walaikumussalam,

1) Sekiranya anak dari isteri kedua arwah ayah adalah anak tiri, maka si anak tiada hak untuk mewarisi harta pusaka arwah ayah kerana anak tiri tidak termasuk di dalam mereka yang layak mendapat harta si mati.Manakala jika anak dari isteri kedua arwah ayah adalah anak kandung ayah, maka si anak berhak mewarisi harta pusaka ayah, dan bahagiannya telah ditetapkan oleh syarak.

Adapun jika anak tersebut merupakan anak tiri ayah, maka adalah dibolehkan untuk mengagihkan harta kepadanya daripada bahagian jika ada  wasiat harta peninggalan ayah yang tidak melebihi satu pertiga daripada keseluruhan harta peninggalan ayah. Ataupon dia berhak untuk dapat harta dengan persetujuan kesemua ahli waris iaitulah menjadi hibbah.

2) Sementara menunggu pengagihan dibuat, jika penukaran  semua harta arwah ayah kepada nama ibu adalah untuk memudahkan proses pengagihan harta pusaka selepas itu, maka ianya dibolehkan.Manakala jika penukaran semua harta arwah ayah kepada nama ibu adalah dengan bertujuan untuk ibu memiliki kesemua harta peninggalan tersebut, maka ianya tidak dibolehkan. Bermaksud penukaran nama itu hendaklah atas dasar memudahkan urusan dan bukan pemilikan harta.

Wallahu a’lam.

 

kak sanah
 
Ustazah Hasanah binti Khairuddin
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)
BA(Hons) Syariah Universiti Al-Azhar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *