MEREKA MUSUH KITA DI HADAPAN ALLAH.

Mengikuti ucapan Abu Ubadah pada malam tadi, terdapat beberapa isi dan fokus penting yang mesti diambil perhatian segera, iaitu
1. Sesungguhnya sedang tertanggung (ancaman Allah) di atas leher-leher kita sebagai para asatizah dan ulama jika kita bersikap tidak menyertai perjuangan mereka dengan cara apa-apa yang kita mampu.
2. Mereka akan jadi MUSUH kita di hadapan Allah nanti akibat daripada kecuaian kita.
3. Realiti yang berlaku di negara kita, masjid-masjid pun tidak terpimpin untuk mengadakan siri-siri pencerahan kepada isu mereka, hatta doa untuk mereka pun tidak lagi diangkat seusai solat.
4. Pada hari ini, terdapat perhimpunan-perhimpunan besar di mana umat Islam berkumpul, samada dianjurkan secara rasmi atau tidak oleh NGO mahupun kerajaan, namun isu mereka (di Palestin) ada yang langsung tidak disentuh.
5. Kita melihat, terdapat banyak pengajian dan kuliah di masjid-masjid dan surau-surau, maka alangkah bagusnya jika ia dijadikan sebagai ‘platform peledak’ kepada kesedaran isu ini.
6. Isu Palestin tidak boleh ditanggapi hanya dengan pendekatan Islam wasatiy yang disalahfahami atau disalaherti sebagai sekadar bersederhana dan seadanya, bahkan perlu bersifat agresif, berstrategi dan meletakkan ia sebagai antara perkara keutamaan pada waktu kini.
7. MUIS akan cuba menggerakkan kesedaran di kalangan badan-badan ulama dan para asatizah dengan pendekatan Islam Wasatiy yang sebenar iaitu memimpin masyarakat ke arah halatuju memperjuangkan isu Palestin sebagai isu hidup dan mati roh perjuangan umat ini.
SS Dato’ Haji Zamri bin Hashim
Pengerusi
Pertubuhan Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)
19 Julai 2025
Rapat Setia
IPOH.
